Hanya yang ada akal fikiran yang waras, hati budi yang bersih, yang tahu bersyukur dan reti berterima kasih sahaja layak membaca kenyataan di bawah ni...!
Kita tunggu apa lagi pembangkang nak memekak lepas ini, setelah
penyelidikan oleh agensi berita kewangan antarabangsa Bloomberg,
menyenaraikan harga minyak di Malaysia, iaitu pada RM7.29 segelen atau
RM1.90 seliter yang kelapan paling murah di dunia dan nombor satu di
Asia Tenggara.
Ini penyelidikan yang dibiayai oleh mana-mana kerajaan, sebaliknya
kajian Bloomberg itu adalah untuk pelanggan-pelanggan mereka di serata
dunia buat perbandingan bagi tujuan pelaburan.
Syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Barisan Nasional.
Bloomberg yang buat penyelidikan bertajuk ‘Highest & Cheapest Gas
Prices by Country’ itu, harga petrol di negara ini dalam dolar Amerika
Syarikat (AS) adalah pada AS$2.36 segelen, juga paling murah di Asia
Tenggara.
Lebih menarik lagi kajian itu dibuat berdasarkan himpunan profil data
daripada Associates for International Research Inc (AIRINC); portal
pemantau tenaga Eropah, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); dan Energy
Information Administration dari Amerika Syarikat (AS).
Bloomberg dalam kajiannya membabitkan 60 negara itu menyenaraikan
Venezuela sebagai negara dengan harga petrol paling murah di dunia,
diikuti Arab Saudi, Kuwait, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran,
Nigeria, Malaysia, Mexico dan AS.
Turki disenaraikan sebagai negara dengan harga petrol paling mahal di
dunia, diikuti Norway, Belanda, Itali, Portugal, Greece, Sweden,
Belgium, Perancis dan Denmark.
Dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia berada di tempat ke-11, Thailand (13), Filipina (17) dan Singapura ke-22).
Harga petrol di Singapura dijual pada AS$6.26 atau RM19.43 segelen;
Indonesia (AS$3.66 atau RM11.31 segelen); Thailand (AS$4.42 atau RM13.65
segelen); dan Filipina (AS$4.87 atau RM15.05 segelen). Purata 1.17
liter sehari
Bagi Malaysia, kajian Bloomberg itu menyatakan, seorang rakyat di
negara ini perlu membelanjakan 7.5 peratus daripada purata gaji harian
mereka, iaitu AS$32 (RM98.90) sehari untuk membeli segelen petrol.
Mengikut kajian itu, secara purata seorang penduduk negara ini menggunakan 0.31 gelen (1.17 liter) petrol sehari.
Sebagai perbandingan di rantau ini, seorang penduduk di Indonesia
dengan purata pendapatan harian AS$11 (RM33.99) perlu membelanjakan 33
peratus, manakala di Thailand yang penduduknya memiliki purata gaji
harian AS$17 (RM52.53) pula 25 peratus.
Rakyat Filipina dengan pendapatan harian AS$7.11 (RM21.96) perlu
membelanjakan purata 69 peratus, sementara penduduk Singapura yang
memperoleh purata pendapatan harian AS$139 (RM429.5) sehari sebanyak 4.5
peratus.
Berbanding sembilan negara dengan harga petrol paling murah pula,
yang mana kecuali Mexico adalah dalam kalangan 20 negara yang memiliki
rizab minyak terbesar, penduduk Venezuela dengan purata pendapatan
harian AS$31 (RM95.79) hanya perlu membelanjakan 0.2 peratus, manakala
penduduk Arab Saudi dengan purata pendapatan harian AS$64 (RM197.76),
sebanyak 0.7 peratus.
Penduduk Kuwait pula dengan purata pendapatan harian AS$123
(RM380.07) perlu membelanjakan 0.7 peratus; sementara penduduk Mesir
dengan purata pendapatan harian AS$9.04 (RM27.93) pula sebanyak 13
peratus.
Di UAE, penduduknya dengan purata pendapatan harian AS$180 (RM556.20)
perlu membelanjakan satu peratus dan penduduk di Iran dengan purata
pendapatan harian AS$18 (RM55.62), sebanyak 12 peratus.
Penduduk di Nigeria yang memiliki purata pendapatan harian AS$4.74
(RM14.64) perlu membelanjakan 49 peratus, manakala penduduk Mexico
dengan purata pendapatan harian AS$29 (RM89.61) sebanyak 11 peratus.
Penduduk di AS dengan purata pendapatan harian AS$140 (RM432.60) pula
perlu membelanjakan sebanyak 2.4 peratus.
Berbanding Turki, rakyatnya yang berpendapatan purata AS$30 (RM92.70)
sehari pula perlu membelanjakan purata 33 peratus daripada gaji mereka
untuk membeli segelen bahan api itu.
Sementara itu, rakyat Pakistan dengan purata pendapatan harian
sekitar AS$3.55 (RM10.96) sehari, iaitu paras paling rendah dalam
kalangan 60 negara dikaji, terpaksa bekerja kira-kira sehari setengah
hanya untuk membeli segelen petrol.
Negara yang dipilih dalam kajian Bloomberg itu adalah negara yang
memiliki purata pendapatan individu minimum AS$3.50 (RM10.81) sehari,
manakala harga petrol yang dinyatakan pula berasaskan pada harga segelen
petrol biasa tanpa plumbum dalam nilai dolar AS.
Harga yang diambil kira pula ialah yang paling murah bagi setiap negara berikutan gred petrol berbeza mengikut negara.
Maklumat data negara yang terbabit dalam kajian itu diperoleh agensi
berita itu daripada CIA World Factbook dan Pertubuhan Kerjasama dan
Pembangunan Ekonomi (OECD)
Sumber Agenda Daily
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
DASAR FUCKATAN BROO..TAK TAU NAK BERSYUKUR NIKMATI YG ALLAH LIMPAHKAN KEHKEHKEH
BalasPadamTunjal kepale anwar yg bebal nak mampos tu asyik merapu nak turunkan harga minyak !! Poodahhh kaki liwat!!!!
BalasPadamooo bn / umno larang katanya ... tapi undang-undang kata tak larang...
BalasPadam31 Dec 2009 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Lee Ban Lan ) telah membenarkan Gereja Khatolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya. ( *** LARANGAN TIDAK BERSIFAT UNDANG-UNDANG).