Kali ini nampaknya para kuda belang hamPAS sudah tidak lagi mahu disamakan dengan anjing..bagi mereka jika Hadi nak jadi anjing, maka Hadi jadilah anjing sendiri! Hadi jadi lah anjing jinak peliharaan DAPig sekor sekor! mereka tak mahu..! mereka tak rela..! mereka sudah dibukakan taufik hidayah! mereka lari meninggalkan kesesatan..! mereka menuju kebenaran..!!!
Seramai 80 pengikut PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan di sini keluar dari parti itu hari ini. Mereka terdiri daripada penyokong tegar dan golongan muda dari Bukit Berangan.
Wakil mereka Ramli Abdullah, 54, berkata, mereka melihat Pas tidak konsisten dalam perjuangannya termasuk berhubung isu kalimah Allah selain pemimpin sedia ada gagal melaksanakan tanggungjawab.
Sebaliknya, transformasi yang dibawa Barisan Nasional (BN) dilihat lebih banyak membawa manfaat kepara rakyat, katanya yang sudah 35 tahun bersama Pas.
Kawasan itu dikatakan merupakan kubu kuat Pas dan 90 peratus penduduknya pengikut PAS.
Ahmad Aminuddin Ramly, 28, pula berkata, golongan muda mahukan pembangunan dan perubahan namun Pas gagal melaksanakannya.
"Anak muda mahukan perubahan dan pembangunan, tetapi Pas tidak dapat melakukannya, sebaliknya hanya menyemarak pergeseran dalam masyarakat," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengalu-alukan pendirian mereka dan yakin kehadiran mereka dapat menguatkan lagi BN. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan