Ahad, 17 Februari 2013

Rupanya Kadir Gian Beb...


Ingat apa? ingat MIC? Jenis Kadir ni MIC pun tolak nak jadi ahli...Itu yang meroyan nak paksa ROS luluskan ikatan..ikatan apa? ikatan haram..! Tujuan Kadir jelas..Kalau Ikatan di luluskan maka boleh la Kadir masuk PRU pakai lambang parti dia sendiri, bila masuk PRU Kadir boleh bagi duit tunai seperti mana yang dia dakwa selama ni..Kalau ikut teori bagi duit Kadir tu..pasti Kadir akan bagi duit lagi..! tak gitu?

Satu lagi hal..dapat la Kadir title Presiden..! title yang cukup di idam idamkan Kadir sejak kecik hingga dia  tutup mata nanti, maka boleh la dia bersuara dikalangan pakatan haram nak bertanding di sana sini.!

Kadir tahu setakat bowtie yang dia pakai dengan modal lobang hidung tak kan membolehkan dia bertanding dalam PRU..itu yang terdesak lagi tersedak nak cepat tu..! gian la katakan..  Semuanya demi kepentingan diri..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir memfailkan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman bagi mengarahkan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mendaftarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Abdul Kadir, yang merupakan pengasas IKATAN, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kesavan.

Afidavit sokongan Abdul Kadir mendakwa pihaknya menyerahkan Borang Pendaftar bagi mendaftar parti itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 6Jun tahun lepas.

Beliau mendakwa telah beberapa kali berjumpa dengan pegawai pejabat pendaftar bagi memastikan semua kertascara adalah teratur dan lengkap, bagaimanapun tidak menerima sebarang jawapan berhubung status permohonannya itu selepas tiga bulan.

Abdul Kadir berkata pada 15 Januari lepas, peguamnya menghantar sepucuk surat bagi mendapatkan status terkini pendaftaran IKATAN namun masih tidak menerima apa-apa jawapan.

Dakwanya dua hari selepas itu, beliau sendiri telah menulis surat kepada Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk merayu agar permohonan tersebut diluluskan segera, namun masih gagal.

Abdul Kadir mendakwa beliau percaya responden telah bertindak secara ultravires dan bertentangan dengan prosedur undang-undang kerana gagal memberi jawapan terhadap permohonannya itu.

Beliau juga mendakwa responden gagal menggunakan kuasa budi bicara untuk memproses pendaftaran IKATAN mengikut Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 bagi meluluskan permohonannya.

Peguam Murnie Hidayah Anuar, yang mewakili Abdul Kadir, berkata pihaknya akan menyerahkan permohonan itu kepada responden (ROS) minggu depan. - BERNAMA

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

3 ulasan:

  1. tak silap aku ada dua tiga lagi parti berasas melayu masuk PRU13..

    bertambah pecah lah undi melayu jika umno lemah atau parti baru tu semua bakal hilang wang taruhan.

    gen2felda

    BalasPadam
  2. MAMAK TU KEPINGIN NAK JADI PEMIMPIN BROO..NK SGT ORG PANGGIL TUAN PRESIDEN..NAK TNGOK ORG TUNDUK HORMAT KAT DIA..JADI KENE LER MELABUR SKET..TP KLU MAMAK NIH NK JD CALON MANE PARTI SKALI PUN GERENTI KENE REJEK. SILAP2 BLEY MATI KEMPUNAN BROO KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. Kadiak ni ada masalah perjuangan yg tidak ikhlas.. Kalau nak di Bogelkan Ada Banyak Dalil Yg mengaibkan! Harap bertaubat! Usia dah senja

    BalasPadam