Kenapa jadi begitu kak wan?
Baca lanjut..
Kebelakangan ini nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terus tenggelam.
Walaupun macam-macam isu babitkan parti itu, DAP dan PAS, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang jadi fokus.
Boleh kata beliau kini satu-satunya presiden sebuah parti politik yang hanya tukang pemanas kerusi.
Tengok saja ketika konvensyen PR ke 4 di Shah Alam pada Isnin, Wan Azizah hanya membatu di kerusi atas pentas – tanpa sebarang ucapan.
Guan Eng berucap sebagai Setiausaha Agung DAP,Haji Hadi atas kapisiti Presiden PAS sebaliknya PKR oleh suaminya Anwar.yang berjawatan tidak rasmi sebagai 'ketua umum'.
Kali terakhir Wan Azizah atau Kak Wan jadi tumpuan pada Julai tahun lalu apabila umum mahu bertanding dalam PRU 13.
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke parlimen pada akhir 2008.
Bagaimanapun, tiada halangan untuknya bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) malah dalam sidang media mengumumkan perkara itu, Wan Azizah cukup bersemangat dan membayangkan akan bertanding di kawasan beliau mengundi.
Ada desas desus kononnya beliau akan bertanding di DUN Penanti dalam parlimen Permatang Pauh.
Selain itu, Selangor turut menawarkan beberapa kerusi selamat untuknya bertanding di negeri yang kini dikuasai PR kerana Kak Wan menetap di Selangor.
Apapun, pada November lalu, Kak Wan buat kejutan lagi dengan membatalkan hasratnya untuk bertanding pada PRU 13 dengan alasan untuk bebas berkempen ke mana-mana sahaja.
Keputusan Kak Wan disahkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Azmin diketahui ‘kurang ngam’ dengan Kak Wan kerana dakwaan hubungan isterinya Shamsidar Taharin dengan Anwar.
Tidak tahulah mengapa bukan Anwar mengesahkan isterinya tidak bertanding dan namanya tidak tersenarai di mana-mana kerusi DUN pada PRU 13.
Namun disebalik semua itu, tentu ramai tertanya-tanya kenapa Wan Azizah semakin ‘mendiamkan’ diri dan jika benar beliau enggan bertanding kerana mahu berkempen, jarang kedengaran Kak Wan naik pentas berceramah.
“Kak Wan merajuk agaknya,” itu komen Anuar Shaari bekas setiausaha sulit Anwar satu ketika dahulu.
Beliau melihat kemungkinan itu setelah Wan Azizah menyedari Tan Sri Khalid Ibrahim yang memihaknya tidak tercalon lagi bertanding kerusi DUN di Selangor sama ada mempertahankan kerusi Ijok atau tempat lain.
Anwar sendiri sudah mengeSahkan Menteri Besar itu akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak yang dimenangi pada 2008 tetapi tidak menyebut Khalid kekal di kerusi DUN.
“Kerana ini Kak Wan fikir tidak ada sebab bertanding walaupun sudah umum akan berbuat demikian. Lagipun, Azmin dillihat sudah berjaya untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi Menteri Besar selepas PRU nanti,” katanya kepada Agendadaily.
Menurut Anuar, Wan Azizah tidak mungkin mahu bertanding di Pulau Pinang kerana jika menang, mustahil beliau mahu jadi wakil rakyat biasa.
“Mengenali Kak Wan, beliau tak mungkin merendahkan dirinya ke tahap itu walaupun mungkin ditawar jawatan Timbalan Ketua Menteri,” katanya.
Bagi Anuar, sikap menyepi dan enggan bertanding lagi adalah sebagai‘protes’ dan rasa ‘kecewa’ kerana semakin jelas peranannya sebagai Presiden parti dinafikan oleh suaminya.
“Semakin jelaslah cakap-cakap Kak Wan hanya boneka atau patung PKR.
Sudah tiada siapa dengar atau pedulikan beliau lagi berbanding semasa Anwar dalam penjara dulu,” katanya.-27/2/2013- OLEH ROSLAN BIAN AGENDA DAILY
LU FIKIR LASENDIRI!!!
patut dia berundur. tak ada aura pemimpin langsung. nampak macam bodoh saja. tak ada karisma
BalasPadam