Khamis, 17 Oktober 2013

MT ~ Ismail Sabri Perlu Diberikan Kemenangan...


Masa yang berbaki tidak sampai lagi 48 jam sebelum perwakilan UMNO seluruh negara membuat pemilihan barisan Majlis Tertinggi yang bakal bersama sama YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden memperkasa parti dan mengemudi negara bagi kesejahteraan kita semua.

Selama tempoh ini juga dilihat pelbagai cara para penyokong dan wakil wakil calon 'menjual' calon pujaan hati mereka. MT ada 25 kekosongan. Maka para perwakilan boleh memilih mengikut penilaian mereka sendiri. 

Sama ada para perwakilan sudah pun membuat ketetapan mahukan terpesona dengan pelbagai rayuan pasti semua kekosongan yang perlu diisi akan terisi pada Sabtu nanti.

Cuma satu sahaja pesan dan saranan kami, pilih la calon yang benar benar mampu membawa parti kearas yang lebih tinggi. Pilih la pemimpin yang telah teruji dan terbukti akan semangat dan keikhlasan diri dalam memperjuangkan matlamat parti selama ini. 

Pilih la pemimpin yang mampu bekerja membangunkan negara dengan asas Alif, Ba dan Ta.

Pilih pemimpin yang mengutamakan kita yang telah memilih mereka sebagai kerajaan. Pemimpin yang tahu berterima kasih kepada orang Melayu dan Bumiputera yang telah mengekalkan kuasa BN dalam PRU yang lalu. Pemimpin yang kita yakini kuasa yang ada ditangannya tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan suci.

UMNO masih lagi mempunyai ramai pemimpin yang bersifat sedemikian dan salah seorang darinya adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah membuktikan dirinya berjaya membela nasib dan mengutamakan orang Melayu semasa di KPDNKK dahulu sehingga mampu membuatkan dahi cinabeng berpeluh jantan dengan KR1M dan lain lain lagi.

Ismail Sabri bukan hanya berjawatan Menteri baru menggorak langkah malah sejak menjadi EXCO Pemuda UMNO hingga menjadi Ahli Parlimen biasa ( backbencher ) dulu pun beliau sudah bersilat mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Kini tanggungjawabnya telah diberalih ke Kementerian Pertanian. YAB PM tahu bahawa Ismail Sabri akan berjaya dalam menggalas amanah yang diberi dalam misi membela nasib bangsa di Kementerian yang begitu dekat dan amat diperlukan keberkesanannya oleh orang Melayu dan Bumiputera. 

Kalau PM sendiri sudah meletakkan Ismail Sabri sebagai wakilnya untuk menjaga sebuah Kementerian yang besar dengan tanggungjawabnya yang menyentuh seluruh rakyat maka sudah barang tentu kita sebagai ahli UMNO juga bertanggungjawab mempastikan nasib bangsa dan negara diletak ditangan mereka yang amanah dan ikhlas menguruskan kuasa.

Satu tempat telah kita berikan kepada calon MT no 4, YB Datuk Seri Ismail Sabri, maka 24 lagi cari la yang sama atau yang seakan dengannya...!

Kita memilih pemimpin, pilihan mesti adil dan saksama..! bukan memilih kerana kita suka atau kita buat secara suka suka..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. This man is not impressive at all.He has not given any special contribution to the country.At best his performance is average.

    BalasPadam
  2. Tolong tulis laporan yg ikhlas terhadap menteri ni.Apa dia sumbangan telah diberi olejnye. Yang nampak dia pandai jaga DS Najib da DN Rosmah..itu je.

    BalasPadam
  3. Dier ni macam orang sakit..lembab. Cari lah orang lain yg lebeh produktif.

    BalasPadam