Rabu, 16 Oktober 2013

Apa Hal Ni?


Apa dah jadi sebenarnya? apa yang telah berlaku dalam pemilihan sayap baru baru ini? Dilaporkan Mesyuarat Wanita di Gombak dan Klang juga mempuyai masaalah sehingga ramai lelaki asing bebas keluar masuk ke kawasan pengiraan undi. Di Klang nak kira undi sebanyak 376 undi pun memakan masa sehingga jam 11.30 malam? apa hal?

Ada seorang Setiausaha Kerja Bahagian yang ditangkap kerana membawa kertas undi yang sudah ditanda dari luar. Pergerakan Puteri Lipis juga menghadapi masaalah orang luar masuk kebilik mengundi dan pengiraan undi. Kemuncaknya hari ini 14 dari 15 orang AJK Wanita Kalabakan meletakkan jawatan. Apa yang tak kena ni?

Sehingga kini jawatan Naib Ketua Pemuda Pusat masih tidak dapat diisytiharkan..kenapa? sedangkan semua yang berada di PWTC tahu sejak hari Sabtu yang lalu bahawa perbezaan undi popular diantara keduanya berjumlah sehingga 4000 undi...Apa yang susah nak umum? Atau memang berlaku  majik yang heboh diperkatakan kini? Baca kupasan Double Y disini.

Terbaru, AJK UMNO Bahagian Kalabakan akan mengadakan mesyuarat khas bahagaian...


Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Khamis bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Perwakilan Khas Wanita Umno Bahagian itu untuk diadakan pemilihan semula ahli jawatankuasanya.
"Mengikut Fasal 12.11 Peraturan Pergerakan Wanita Umno, Jawatankuasa Umno Bahagian boleh mengadakan mesyuarat perwakilan khas jika dua pertiga atau lebih ahli jawatankuasa Pergerakan Wanita bertindak meletakkan jawatan mereka," katanya pada Rabu.
Beliau mengulas mengenai tindakan 14 daripada 15 ahli jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Kalau begitu apa maknanya keputusan yang dirujuk kepada pihak JPU jika setiap Bahagian boleh mengatur perjalanan mesyuarat mereka sendiri...akhirnya kalau setiap Bahagian mengambil tindakan tidak ke haru biru jadinya nanti?
UMNO Pusat kena cepat bertindak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan