Tulisan Dr Redhuan Tee Abdullah...
Isu kalimah Allah terus kuat bergema setelah mahkamah rayuan membuat keputusan. Pihak Kristian dan bukan Islam ultra kiasu yang tidak kena-mengena dengan kalimah amat tidak berpuas hati. Tidak kurang pula segelintir kalangan orang Melayu yang mahu menunjuk pandai.
Pada Melayu ini, Allah adalah kepunyaan semua manusia, tidak kira Islam atau tidak. Saya tidak hairan kerana saya sudah kenal Melayu Melayu ini. Cuma saya terkilan kadang kala tindakan kita lebih Kristian dari orang Kristian, sehingga bukan Islam mengambil kesempatan untuk terus menekan kerajaan hasil keputusan mahkamah itu.
Ya, saya tidak pertikaikan hujah akademik, semua manusia berhak menggunakan kalimah Allah. Memang Allah itu adalah untuk semua manusia dan segala makhluk yang ada di bumi dan di langit. Pendek kata, Allah adalah segala-galanya, kerana Allah Maha Pencipta, Maha Besar, Maha Mengetahui dan semua Maha yang ada, yang ingin digunakan, melebihi 99 nama Allah.
Namun, isu kalimah Allah tidak harus dilihat dalam konteks hak asasi manusia semata-mata seperti diperjuangkan oleh pihak berkepentingan. Jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain seperti yang dilakukan oleh ultra kiasu. Saya bimbang nanti atas nama hak asasi manusia, surau jadi tokong dan tidak mustahil masjid jadi gereja. Sudahpun berlaku.
Isu kalimah Allah perlu dilihat secara holistik. Antara hak, strategik licik musuh Islam dan perlindungan perlembagaan terhadap Islam.
Dalam soal hak, siapa lebih berhak? Sudah tentu Islam lebih berhak. Selama ini, pihak bukan Islam tidak pernah sama sekali menggunakannya kecuali secara peribadi.
Pergilah ke negara barat, tempat bersarangnya Kristian, tontoni filem-filem barat, sepatah perkataan Allah pun tidak pernah muncul. Yang ada hanya God dan Lord. Apa yang Kristian Semenanjung begitu gatal mahu menggunakan kalimah suci ini. Lagipun, boleh dikatakan semua, lidah mereka tidak dapat menyebut Allah dengan betul.
Panggil semua bukan Islam yang begitu obsess dengan kalimah Allah, suruh sebut Allah dengan betul. Saya yakin yang keluar adalah allaaa. Jadi, Allah mana yang dimaksudkan jika sebutpun tak betul.
Sebab itu, saya amat hairan, kenapa Kristian di Semenanjung ini, yang rata-rata baru masuk Kristian, termasuk perempuan yang berada dalam parti ultra kiasu, begitu obsess menggunakan kalimah Allah ini.
Mereka mendakwa, gereja-gereja di Semenanjung turut menggunakan bahasa Melayu dalam interaksi dan khutbah. Janganlah menipu! Saya kenal sangat dengan puak-puak ini, mereka memandang rendah kepada bahasa Melayu, kecuali mereka dari Sabah dan Sarawak.
Apapun, saya ingin mengingatkan orang Islam yang pro kepada mereka ini. Lihat isu ini dari segi perancangan strategik untuk mengKristian orang Melayu secara halus. Maklumlah semakin ramai Melayu liberal hari ini.
Kesempatan ini akan digunakan untuk mengelirukan mereka dan seterus mengkristiankan mereka seperti yang dilakukan di Indonesia. Sebab itu, kita lihat mereka begitu agresif. Hairannya, kita pula menjadi semakin penakut. Sedangkan Islam dilindungi dalam perlembagaan.
Sama juga sembelihan yang dipertikaikan oleh seseorang yang bernama ‘saravanan’. Rujuk http://www.youtube.com/watch?v=5un8hgiIFe0. Lihat betapa kurang ajar mereka. Boleh dikatakan tidak ada bukan Islam yang tampil mengatakan tindakan ‘saravanan’ itu salah?
Kenapa dalam isu ini, mereka bercakap sekolah kebangsaan untuk semua. Sebelum itu, mereka begitu kuat mempertahankan sekolah vernakular. Lebih berani lagi, beliau berkata bolehkah jika bukan Islam menyembelih babi di sekolah?
Nasib baik bukan saya Guru Besar sekolah itu, jika tidak, jawapannya adalah, kalau tidak suka berada di SK, boleh belah! Balik terus, jangan balik lagi!
Bukan Islam selalu berfikir secara strategik. Bukan seperti kita, lurus bendul. Di sinilah ‘kelemahan’ Melayu kerana terlalu bertoleransi dan menjaga hati orang. Persoalannya, adakah ultra kiasu ini menghargai?
Kalaulah dikatakan sembelihan lembu mengerikan, menjadikan kanak-kanak trauma, kenapa tidak pertikaikan orang yang menyeksa diri sendiri dengan cucuk sana cucuk sini di badan sehinga berdarah-darah. Adakah kanak tidak trauma?
Bayangkan kita jika buat polisi, tidak boleh berarak ketika perayaan cucuk badan. Buat dalam dewan atau padang sahaja seperti sembelihan korban. Apa reaksi mereka?
Sebenarnya, kalimah Allah, sembelihan korban dan apa jua isu yang dibangkitkan ultra kiasu, sebenarnya bukan isu. Mereka nak tunjuk kuat, sengaja rancang sesuatu untuk menyakitkan hati kita. Mereka mahu mencabar umat Islam ketika berada dalam keadaan kritikal berpecah dan bergaduh tidak pernah habis.
Justeru, sudah sampai masanya kita bertegas dan jangan sesekali tunduk. Kali ini saya bersetuju dengan ketegasan Dato’ Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, kepada pihak pentadbir SJKC Chin Woo dalam isu penggunaan tanah kementerian oleh sekolah tersebut. Kata Nazri, You fight with me, I fight you, I kill you. I take back the land, don't mess around with me. It's government land, it's my land. There no law in the world to say that you (can) enclose the land, steal my land for 30 years and say is yours. You go to court.Tahniah Dato’, inilah sikap seorang negarawan. Kita juga sepatutnya bersikap sebegini dalam isu kalimah Allah.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan