Sabtu, 19 Oktober 2013

Permatang Pauh Muka Baru Sementara Ku Li & Shaharudiin Masing Masing Kekal Ketua Bahagian..!



Bukit Mertajam: Kepimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh melalui transformasi besar-besaran apabila dua jawatan tertinggi bahagian itu dimenangi muka baru dalam keputusan tidak rasmi di sini sebentar tadi. 

Bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd Zaidi Mohd Said dijangka menang dengan majoriti besar 303 mengalahkan tiga calon lain termasuk penyandang yang memegang jawatan itu selama tiga penggal berturut-turut, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. 

Manakala, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, dimenangi Ibrahim Ahmad yang mengalahkan penyandang, Datuk Mohammad Nasir Abdullah dengan 272 undi serta dua calon lain. 

Seramai 588 perwakilan membuang undi dalam pemilihan bahagian itu di Politeknik Seberang Perai di sini. 

Abdul Jalil dan Mohammad Nasir kelihatan meninggalkan dewan kira-kira jam 2.45 petang. 

GUA MUSANG 19 Okt. - Keputusan tidak rasmi pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang hari ini menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah berjaya mengekalkan jawatan tersebut setelah memperoleh 423 undi.

Sementara pencabarnya, Datuk Bazlan Baharuddin sekadar memperoleh 154 undi, manakala 19 undi rosak.

Kemenangan tersebut tidak mengubah landskap kepimpinan UMNO Gua Musang yang kekal diterajui Tengku Razaleigh sejak 51 tahun lalu. - UTUSAN ONLINE
RAUB 19 Okt. - Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Raub dalam pemilihan parti di sini hari ini.

Beliau yang merupakan penyandang jawatan itu menewaskan pencabarnya, Datuk Mohd. Ir. Ghazali Kamaruzaman. - UTUSAN ONLINE

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen