Ada betul jugak cadangan ni...melihat kepada keputusan Naib Ketua Pemuda yang berlaku Sabtu lalu, rasanya cadangan Badan Perhubungan UMNO negeri Perak ini merupakan salah satu jalan penyelesaian agar pemilihan UMNO kali ini benar benar dilihat dan berjalan dengan tulus lagi mulus..! Tak gitu?
Lagi pun para perwakilan Bahagian berhak untuk mengetahui keputusan yang telah mereka ambil..! apa masaalah? Bukankah kuasa JPU di Pusat juga sudah diturunkan ke peringkat bahagian apabila wakil JPU ada di setiap bahagian. Kalau JPU diperingkat bahagian dipercayai dan diyakini mampu melaksanakan urusan pemilihan..kenapa tidak dalam urusan mengumumkan kemenangan?
Cer baca...
Badan Perhubungan Umno Perak pada Khamis mendesak Jawatankuasa Pemilihan Umno pusat supaya membenarkan keputusan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) parti Sabtu ini diumumkan di hadapan perwakilan bahagian masing-masing.
Setiausahanya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata selain itu, setiap keputusan hendaklah disahkan oleh pengerusi pemilihan Umno peringkat bahagian dan wakil calon yang dilantik serta salinan keputusan diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri dan setiausaha bahagian sebagai rekod.
"Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi ketelusan dan keterbukaan dalam proses pemilihan jawatan-jawatan dalam Umno, sebagaimana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti dan anggota akar umbi.
"Perwakilan bahagian perlu mendapat hak untuk mengetahui keputusan hasil daripada pengundian yang mereka buat," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya arahan yang menghalang pengumuman keputusan bagi jawatan-jawatan peringkat tertinggi parti dibuat di peringkat bahagian adalah terlalu janggal dan boleh mengurangkan kepercayaan anggota parti terhadap ketelusan parti.
"Apabila parti inginkan transformasi, maka peraturan-peraturan yang mengelirukan anggota parti hendaklah diminimumkan, serta mengelakkan ianya menjurus ke arah memenuhi kepentingan pihak dan individu tertentu," katanya. - BERNAMA
Jangan sampai rumah siap...! pahat berbunyi...!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Mana depa setuju yop! klo umum depan perwakilan bahagian nanti mcm mane nak ejas klo calon deme kalah??? mcm azwanbro la, klo umum depan perwakilan pemuda bahagian hari tu dah menang dah KP negeri perak ni. soaeinya, sape dan nape tak mau azwanbro?
BalasPadam