Calon cium tangan kita tolak tepi..calon yang hanya tahu mengampu kita tolak jauh jauh..! UMNO tak tertegak kerana ampu mengampu! UMNO parti keramat..! UMNO hidup atas keringat, darah dan nyawa para pejuang bangsa terdahulu. Kita bertanggungjawab mempastikan agar parti berjasa ini kekal hingga anak cucu cicit generasi Melayu akan datang...fikirkan lah..!!!
Orang Melayu perlu mengelak daripada bersikap yes men dalam memperjuangkan nasib bangsa serta mereka juga mesti bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama.
Atas kesedaran itu, Datuk Musa Sheikh Fadzir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Sabtu ini selepas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak bertanding.
“Kalau perkara tidak betul saya akan bersuara bagi akar umbi,” kata Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu di sini hari ini.
Menurutnya, MT adalah penasihat kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti dan kerana itu UMNO perlu mempertahankan landasan perjuangannya untuk orang Melayu dan Islam.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan