Sabtu, 19 Oktober 2013

Ahmad Ismail Ketua Bahagian Pertama Diumum Menang...!



GEORGETOWN: Datuk Ahmad Ismail dipilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera bagi Penggal 2013-2016 pada pemilihan bahagian itu hari ini, selepas menewaskan pencabarnya, Rose Akmar Ahmed. 


Kesemua 135 perwakilan yang hadir sebulat suara memilih Ahmad sebagai Ketua Bahagian yang baru. 


Selain Rose Akmar, Ahmad dilaporkan sebelum ini bakal berdepan Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman dan Datuk Mohd Salim Abd Bari. 


Bagaimanapun, Mohamed Ismail menarik diri bagi bertanding jawatan berkenaan pada mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang diadakan sebentar pagi ini. 



Mohd Salim pula hilang kelayakan bertanding kerana masalah teknikal ketika proses pencalonan. 



Proses mengundi bahagian Bukit Bendera bermula pada jam 9.50 pagi dan tamat sejam kemudian.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

2 ulasan:

  1. TAHNIAHH...JGN LUPA TANGGUNGJWB SUDA HUHUHU

    BalasPadam
  2. UMNO Bukit Bendera adalah hak muktlak keluarga Ahmad Ismail. Hampir 30 tahun UMNO Bukit Bendera dikuasai oleh kaum keluarga Ahmad Ismail. Jika UMNO membuat penyemakan pada keahlian dicawangan Bukit Bendera nescaya akan ada cawangan yang hanya ada nama tapi tiada orang. Ahmad Ismail memang hebat melakukan kerja2 yang sedemikian. Ahmad Ismail anak didik Anuar Ibrahim memang seorang yang hebat bilamana memberi ucapan. Untuk pengetahuan pembaca semua jawatan ketua pemuda Bt Bendera disandang oleh anak saudara Ahmad Ismail. Beliau adalah anak kepada abg Ahmad bernama Rahim Ismail. Bergitu juga Ketua PUTERI anak kepada Rashid Ismail dan Ketua WANITA adalah isteri kepada anak saudara Ahmad Ismail iaitu isteri kepada Mohamd Imail atau lebih dikenali dengan nama Ali Gemuk. Seorang lagi abang Ahmad Ismail berada dalam jawatankuasa bahagian. Sejarah Ketua bahagian Bt Bendera yang pertama ialah Sulong dan diikuti oleh Syed Mohamad Adid. Selepas itu Rashid Ismail dan diikuti oleh Ahmad Ismail. Pabila Ahmad digantung maka jawatan itu dipangku oleh anak didik yang setia iaitu Jalil. Kini ianya dikuasai semula oleh Ahmad Ismail. Bergitu la UMNO Bt Bendera. Semasa era Anuar, Ahmad Ismail ialah seorang yang mempuyai kuasa sehingga dalam keadaan muflis pun masih boleh menerajui bahagian dan mempengerusi mesyuarat. Tiada siapa yang boleh menghalang waima Perhubungan Negeri mau pun Pak Lah. Ini disebabkan kebanyakan cawangan yang diujukan adalah merupakan cawangan hantu. Hebat Ahmad Ismail bermain politik untuk kelangsunggan kehidupan mewah. Pernah semasa era keakrapan bersama Ketua Menteri PP ketika itu Koh Tsu Koon, Ahmad Ismail mengaktifkan telepon bimbitnya dengan Tsu Koon untuk Tsu Koon mendengar segala apa yang dibincangkan dalam mesyuarat Perhubungan UMNO PP. Ahmad Ismail juga merupakan seorang pemimpin UMNO yang merobohkan hampir semua kampong2 orang melayu disepanjang jalan Tanjung Tokong. Malah ada sebuah kampong yang namanya dari seorang pengasas UMNO iaitu Hj Ibrahim Mahamud juga dirobohkan dengan bergitu mudah tanpa ada halangan dari UMNO Bt Bendera. Kini tersegam indah kondo2 mewah disepanjang jalan TG Tokong. Flat kos rendah hanya ada 2 atau 3 sahaja. Sesungguhnya UMNO Malaysia membuat kejutan memeriksa akan keahlian di bahagian Bt Bendera untuk memastikan akan UMNO Bt Bendera tidak dijadikan UMNO Bukit Bendera Sdn Bhd. Hak kekal milik Ahmad Ismail

    BalasPadam