Khamis, 3 Oktober 2013

Siapa Tipu Siapa?


Setiap kali pembentangan audit dibuat pasti kita akan mendengar, membaca dan melihat pelbagai perkara yang seharusnya tidak berlaku mahupun boleh diatasi...saban tahun..! tapi..!!!

Apabila KJ selaku Menteri KBS menyatakan...


Sedangkan kita semua dihidangkan dengan kenyataan dari KSU Kementeria Belia dan Sukan pada waktu tiu ialah...

KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
SIARAN SEGERA
  
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
 
KBS TIDAK BAYAR K-POP GUNA WANG KERAJAAN
 
PUTRAJAYA, 1 JUN 2012-- Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, tidak menggunakan sebarang wang kerajaan untuk membayar persembahan K-Pop daripada Korea untuk persembahan mereka di Himpunan Jutaan Belia dari 23 hingga 27 Mei 2012.
 
Ini kerana kos untuk membawa tiga kumpulan tersebut ke Malaysia oleh Stadium First bernilai RM900,000 (USD300,000) akan dibuat melalui wang tajaan yang diterima oleh KBS daripada penaja-penaja.
 
“Bagaimanapun sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ianya masih dalam proses perincian.
 
“Kos RM900,000 ini telah ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerima tajaan daripada pelbagai syarikat swasta bernilai RM28juta dalam bentuk wang tunai, barangan dan juga pelaksanaan program.
 
KBS ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4juta yang telah diedarkan di dalam blog-blog itu adalah invois awal yang dibuat berdasarkan perkiraan awal yang dikenakan oleh agen kepada Stadium First.   
 
Bagaimanapun menerusi perbincangan dengan agen tersebut akhirnya pihak Stadium First telah berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-pop tersebut hanya RM900,000.
 
Tiga kumpulan K-Pop dari Korea yang membuat persembahan di Himpunan Jutaan Belia adalah U KISS, TEEN TOP dan DAL SHABET.
 
Persembahan K-pop ini adalah salah satu daripada lebih 500 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh 5 hari Himpunan Jutaan Belia 2012.
  
DATO’ MOHID MOHAMED
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA.
 
1 JUN 2012

Hakikatnya pendedahan dari Audit negara pula..


Kalau benar ada perjanjian yang menyatakan bahawa pihak swasta yang perlu menaja artis artis tu kenapa sehingga kini tidak kedengaran pihak Kementerian menyaman pihak yang engkar dengan perjanjian?

Ada pula berita dari seorang bloggers marhaien mengatakan yang dia hanya dibayar RM500 dan bukannya RM1000 seperti yang dipaparkan didalam jadual audit diatas...betul ke?

Kalau benar la..maknanya ada kong kalikong..! ada pihak tidak berkata benar..! ada pihak yang mengaut untung..! ada pihak mencekik duit rakyat..! pihak ini perlu segera di bawa ke muka pengadilan..!!!

Siapa tipu siapa? Siapa sebenarnya penipu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Inilah yg saya telah tekankan dari dulu lagi, sikit2 Menteri UMNO yang kena jawab kesilapan, penipuan, penyonglapan yg dilakukan oleh Pegawai-Pegawai Kerajaan, YG MANA MEREKA INI TERDIRI DARIPADA KALANGAN YG MAJORITINYA daripada NEGERI PEMBANGKANG,, iaitu KELANTAN..

    Puak2 Pegawai ini, bila Mengundi Sokong Pembangkang supaya negeri mereka kekal dalam Pembangkang.

    Bila Pencen mereka nie macam bertaubat nak Masyarakat nampak Baik.. pergi Masjid.. Jadi Orang Pas.. Majoriti Pegawai Kerajaan Menteri UMNO kena Scan Balik siapa dia orang nie

    BalasPadam
  2. Dia ingat RM1.6j tu BAPAK dia punya dan boleh dibazirkan dgn senang ... kut.

    Kalau dipilih KP-UMNO menunjukkan UMNO pun sama bersubahat ... kut.

    BalasPadam