Ahad, 13 Oktober 2013

Pemilihan UMNO - Berkepok, Tepok & Terus Bengkok..!!!


Sayap sudah selesai...maka yang tinggal hanya pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi. Tataetika pemilihan kali ini diubah dan digubal bertujuan untuk mengelakkan politik wang yang dikatakan berleluasa dikalangan wakil bahagian atau G7 pada pemilihan yang lalu.

Orang lain tak sebok memperkatakan politik wang..! yang sebok dan yang bising ialah puak puak yang kalah didalam pemilihan. Kalau dia menang mungkin tak timbul isu politik wang..! tapi bila wang habis, undi tak dapat maka berkokok la para pemimpin ini mengatakan bahawa UMNO dilanda politik wang..!!! Itu budaya orang UMNO..!!!

Maka berserulah kepada ahli UMNO bahawa tata etika dan cara pemilihan yang digubal kini merupakan satu cara untuk mengelak politik wang berleluasa. Takkan pemimpin dan mereka yang bertanding mampu menyuap perwakilan yang berjumlah 100 ribu lebih orang tu?

Tapi bila bergerak ke seluruh negara dan melihat trend perjumpaan yang dibuat dikalangan para calon atau agen mereka berkempen, rasanya budaya ini tidak juga hilang malah dilihat lebih agresif..! dilihat budaya ini sudah menggejala di peringkat cawangan pula.

Ada seorang calon tepok ponggong pada Khamis iaitu sehari sebelum majlis memperkenalkan calon di Perlis, Kedah dan Penang telah bertemu dangan perwakilan di Kelab Cinta Sayang dan menjalankan kerja tepuk ponggongnya. Habis ditepuk para perwakilan yang dijumpai oleh beliau. 

2 hari sebelum itu di Sabah calon tepuk ponggong juga bertemu dengan perwakilan di Sabah juga melakukan tepokkan yang sama..! Soalnya berapa banyak duit penepok ponggong ini ada? dan berapa ramai yang mampu ditepok nya?

Kalau begini la budaya nya, bermakna budaya kotor ini tidak juga berjaya dibenteras dan ianya dilihat semakin membarah. Kesannya bukan sahaja parti rosak malah diakhirnya nanti hanya mereka yang berkepok dan mampu menepok sahaja la yang bakal menerajui parti seluruh umat Melayu ini. Kesannya hanya yang kaya akan menjadi pemimpin sementara yang marhaien dan miskin hanya layak sebagai mereka yang dipimpin...!

Diperingkat Naib Presiden dikatakan lebih hebat lagi, kita akan dedahkan sedikit masa lagi..!!!

Itu ke demokrasi dan transformasi yang kita mahu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. JGN SILAP TEPOK SUDA...KANG BERBINTAT DAHI PLAK HUHUHU

    BalasPadam