Jumaat, 18 Oktober 2013

MT ~ Kelebihan Menteri Ayam Yang Perwakilan Perlu Tahu...!


Hebat Menteri ayam ni..! Penyayang sangat nampaknya...! Tentu negara bertuah kerana mempunyai seorang Menteri yang amat penyayang...!

Tentunya beliau merupakan seorang yang berhati mulia dan sangat menghormati ketuanya, gambar ini diambil tahun lalu semasa pembukaan sidang dewan rakyat, ketika itu Hassan hanya berjawatan sebagai Timbalan Menteri. Mungkin dengan cara mencium tangan seperti itu diambil kira dalam pemilihan kabinet Mei lalu. Syabas Tok Hassan..!

Hassan genius..! genius kerana beliau dilihat amat mudah menyelesaikan masaalah. Kalau ayam mahal, rakyat jangan makan ayam..! Nasib baik Hassan tak terfikir harga batu dan kayu murah..! kalau tidak mesti rakyat boleh diajak makan batu dan kayu..!!!

Kalau rakyat ada masaalah buat report..! kalau tak buat report pegawai Hassan tak tahu dan tak boleh buat kerja..! Pegawai Hassan hanya akan buat kerja jika ada report..! Hassan ni kira problem solver..! Hebat..!!!

Kepada rakyat itu pesanan Hassan, namun bila berdepan dengan Boss nya Hassan juga cekap dan amat berbudi bahasa..! budaya yang Hassan tunjuk diatas seharusnya dijadikan rujukan didalam matapelajaran adab di sekolah sekolah pada masa hadapan..! 

Sebagai orang yang lebih tua tentu kemuliaan Hassan akan lebih tinggi maqamnya dengan mencium tangan bos seperti yang ditunjukkan. Mungkin juga gambar ini boleh dijadikan inspirasi kepada semua pekerja bagaimana cara dan budaya menghormati majikan mereka..!

Itu kelebihan Hassan...! kini Hassan mengadap rakyat, berjumpa dengan perwakilan UMNO yang mahukan dirinya dipilih sebagai MT..! mungkin ahli UMNO yang menyokongnya juga sudah terserap dengan budaya mencium tangan Hassan seperti diatas.

Para perwakilan boleh menilai value politik  yang Hassan bawa. Politik ampu dan bodek..! Itu lah nilainya..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. As Salam Bro

    Itulah budaya yang membawa REBAH... aku ni tak boleh blah dengan kaki bodek dan ampu ni... pantang betul aku...

    BalasPadam