KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Umno pada Jumaat memutuskan pemenang bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno akan ditentukan menerusi pengundian semula di tiga bahagian iaitu Sabak Bernam, Gelang Patah dan Bachok pada Rabu depan.
Pengundian akan dibuat hanya untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang membabitkan membabitkan empat orang calon.
Pada pemilihan sayap minggu lalu, dua calon teratas jawatan itu memperoleh undi seri.
Mereka ialah, Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun, masing-masing memperoleh 73 undi daripada 190 bahagian.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, keputusan kemenangan bagi jawatan nombor dua pergerakan itu akan ditentukan berdasarkan kiraan undi popular setelah mereka seri.
Di bawah sistem undian 'Electoral College' yang diperkenalkan buat pertama kalinya dalam sistem pemilihan parti, seseorang calon yang mendapat undi terbanyak dari sesebuah bahagian hanya dikira sebagai mendapat satu undi dari bahagian itu.
Undi popular pula berdasarkan kepada jumlah undi sebenar yang diberikan perwakilan kepada setiap calon.
Selain Jamawi dan Khairul Azwan, jawatan itu turut ditandingi Mohamad Iruan Zulkefli dan Lokman Noor Adam, masing-masing meraih 26 dan 18 undi.
Sebanyak 191 pergerakan Pemuda Umno bahagian mengadakan mesyuarat Ahad lalu dan semuanya selesai mengadakan mesyuarat kecuali bahagian Gelang Patah ditangguhkan susulan masalah 'dalaman'.
Duit lagiii..!!!
Duit lagiii..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan