Isnin, 18 Mac 2013

BERDOSA PILIH TUNGGUL KAYU NI WEII...!


Sesungguhnya berdosa pilih mereka ni... Cuba baca dan fahamkan...!

Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa sahaja dari sekarang. PRU 13 semakin hampir. Dahulu kita sering dengar, jika BN letakkan calon tunggul kayu sekalipun pasti akan menang. Kini, tidak lagi. Jika calon tunggul kayu dipertaruhkan, akan hilanglah wang deposit. Peredaran masa telah menyebabkan rakyat sudah pandai menilai antara kaca dengan permata.

Cuma orang politik sahaja kadang kala tidak pernah sedar. Mahu terus bertanding atau kekal menjadi wakil rakyat sampai mati. Faktor usia yang semakin meningkat dan tenaga semakin merosot, tidak diambil kira. Bila bertanding, menang, tidak lama selepas menjadi wakil rakyat, dia pun mati. Maka berlakulah pilihan raya kecil. Wang habis lagi. Bukankah merugikan.

Tetapi, tidak kepada rakyat. Rakyat gembira, kerana dengan adanya pilihan raya kecil, mereka akan dapat jalan baharu dan lain-lain kemudahan. Pendek kata, semakin banyak pilihan raya kecil, makin berubahlah keadaan dan prasana sesebuah kawasan terlibat. Inilah budaya politik kita. Keadaan akan berubah apabila ada pilihan raya. Jika tidak, puas menjerit baru ada perubahan. Calon yang bertanding pula akan terhegeh-hegeh, tersengih-sengih dan senyum selalu untuk meraikan undi. Sebelum itu, batang hidungpun tidak nampak.  

Kadangkala ada juga logiknya orang berkata, ada kalangan rakyat berdoa agar wakil rakyatnya mati cepat. Bila mati, ada pilihan raya kecil, ketika itu berpusu-pusu peruntukan dan berbagai kemudahan masuk. Bukankah bantuan terhadap rakyat dan kawasan tidak kenal musim?

Namun, lawak jenaka ini tidak menginsafkan mereka yang mahu menjadi wakil rakyat. Semua terus berebut-rebut mahu jadi wakil rakyat. Wakil rakyat ada kuasa, apatah lagi jika ada jawatan dalam kerajaan. Pendek kata, mereka ingin terus jadi wakil rakyat, walaupun mereka tahu rakyat doakan cepat mati, tetapi dia tetap tidak mahu mati. Mereka mahu mati di atas takhta.

Paling tidak pun jika sudah tidak dapat bertahan lagi, dia akan memastikan kepada ahli keluarga, kroni dan kerabat naik menggantikannya. Jika kepimpinan tertinggi memutuskan ada calon yang lebih lanyak, jawapannya, boikot. Akhirnya calon tersebut kalah.  Kejadian ini sudah banyak kali berlaku.

Begitulah takutnya seseorang itu akan kehilangan kuasa. Takut tidak dipedulikan. Duduk di masjid tiada yang menyapa. Inilah akibat apabila berkuasa tidak tinggalkan jasa, terutama kepada agama, bangsa dan negara. Pendek kata, kuasa itu bukan segala-galanya.

Sebab itu, saya cukup menghormati wakil rakyat yang sanggup mengundurkan diri bila tiba masanya. Dia tahu jawatan itu amanah. Jawatan ada perkiraan dosa dan pahala, dunia dan akhirat. Inilah baru namanya wakil rakyat. Tahu, ketika diperlukan. Sedar diri, bila tidak berkemampuan. Keadaan biasa dilihat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Ada yang menawarkan diri, tetapi ditolak, kerana Rasulullah SAW tahu siapa yang lebih layak. Hari ini, sudahlah tidak layak, cari jalan untuk jadi layak. Jika tidak berjaya. Boikot.

Sepatutnya, kita memberi laluan kepada orang lain yang berwibawa. Persoalan timbul, apabila calon yang muda dan berwibawa tidak mendapat sokongan akar umbi. Mereka bukan ketua bahagian, mahupun cawangan. Pencalonan mahupun kemenangan mereka akan menimbulkan masalah kerana, ketua bahagian atau cawangan tidak akan memberikan laluan. Kedudukannya terawang-awang. Inilah dilemma yang dihadapi oleh sesetengah wakil rakyat. Mempunyai kedudukan dan kuasa dalam kerajaan, tetapi tidak mempunyai jawatan di peringkat akar umbi. Menang pun tiada erti. Hidup dalam dilema.

Lebih serius lagi, mutakhir ini, seringkali kedengaran ugutan untuk tidak mengundi parti-parti tertentu dalam PRU 13 jika tuntutan dan desakan mereka tidak dituruti atau dipenuhi. Semua mahu jadi calon, tidak kira dirinya kuat atau tidak. Yang penting mesti bertanding. Kuota yang sedia ada mesti dipenuhi. Kalau boleh ditambah lagi. Sehingga ke peringkat jawatan dalam kabinet.

Sampai bilakah kita boleh sampai ke tahap kematangan dalam berpolitik? Sepatutnya yang dibincangkan adalah soal strategi, ciri-ciri calon yang boleh menang dalam PRU 13, bertangungjawab, ada agenda agama, bangsa dan negara. Boleh menjadi contoh kepada orang lain atau rakyat. Mempunyai latar belakang dan keluarga yang baik-baik. Bukan sekadar memenuhi kuota. Apa guna kuota, jika kalah pilihan raya.  

Justeru, menjelang PRU 13 akan datang, penegasan perlu segera dilakukan. Mereka yang menjadi parasit hendaklah digugurkan. Patuhi arahan ketua atau risikan. Ingatlah jawatan itu adalah amanah, bukan untuk keselesaan atau mengumpul harta. Sekarang bukan masa untuk boikot atau membalas dendam.

Selain itu, kawasan yang menjadi majoriti sesuatu kaum hendaklah diwakili oleh kaum tersebut. Jika tidak ada majoriti, maka fikirkanlah cara lain untuk mewakilinya. Bukan apa, kadangkala kita terlampau baik dan bertolak ansur. Meletakkan calon bangsa minoriti di kawasan bangsa majoriti. Pembangkang membaca strategi tersebut, mereka meletakkan calon bangsa majoriti di kawasan bangsa majoriti. Akhirnya, mereka menang. Bukan tidak boleh, tetapi jangan terlalu kerap.

Kesimpulan, apapun yang kita lakukan, ingatlah di situ ada perkiraan dosa pahala, kebahagiaan dunia dan akhirat, kerana menjadi wakil itu adalah amanah.

2 ulasan:

  1. Semua yang ditimbulkan oleh Anugerah Tuhan dan puak2 suku-sakatnya untuk apa? Cuba cari sebab apa? Senang je wa cakap lu sebab sekarang dah dekat benar nak pilihanraya. Kena buat melayu dgn melayu bergaduh, baru puak2 yg nak sangat ke putrajaya ni boleh menang. kalau tak jangan duk mimpi la...

    Sebab-sebab utama cerita2 bangang ni kluar kerana nak tutup... wa ulang.. nak tutup cerita besar yg ada, bab cerita kecik tu toksah nak cakap la, hari-hari ada :-

    DAP :
    - Nak tutup cerita bersih dan isu pemilihan anggota CEC dlm DAP, yg konon nya nak pilihanraya bersih. Kerajaan buat apa pun x bersih bagi puak2 makan khinzir ni. Bersih tuk nek puak lu la kapiaq.. Pilihanraya parti lu pun x bersih sampai la ni pun x bg apa2 pd ROS.
    - Nak tutup cerita tanah yg kerajaan sediakan utk bangunkan perumahan rakyat la ni dah jual pada kapiaq singapork.
    - Nak tutup cerita statement bangang kalipah Guano Eng bab persamaan penggunaan Kalimah Allah.
    - Nak tutup scandal Kalipah Guano Eng kena baling dgn terompah oleh Betty Chuah sebab berstubuh dgn setiausahanya.

    PAS :
    - Nak tutup cerita Mursyidulam hina Nabi.
    - nak tutup cerita persamaan penggunaan kalimah allah.
    - Nak tutup cerita tebang balak utk buat lot jamban di kedah dan kelantan.
    - Nak tutup cerita seleweng tabung memali yg puak2 ni joli sakan dari bagi pada anak yatim.
    - Nak tutup cerita rakyat kelantan lama x mandi sbb air x dak.
    - Nak tutup cerita tanah 10,000 ekar kat lahanat kembar khinzir tak seiras DAP supaya Nizar lilin jadi MB ikut telunjuk salib.
    -nak tutup cerita tanah melayu bg cina utk 999 tahun.

    PKR :-
    - Nak tutup cerita China Doll.
    - Nak tutup cerita Azmin bg anak yatim makan aiskrim.
    - Nak tutup cerita dalang insiden lahad datu dgnbawa Jeneral pengkhianat yg expired.
    - Nak tutup cerita naib presiden bangang yg hina pejuang2 negara yang gugur.
    - nak tutup cerita kerajaan selangor bg duit kat syarikat cina (talam).
    - Nak tutup cerita kes saman rakyat kepada manifesto bukan janji.
    - Nak tutup cerita Elizabeth Wong pakai jubah masa tido.
    - Nak tutup cerita Teresa Kok x suka dengar azan.
    - nak tutup cerita masjid bg khinzir masuk buat tazkirah.
    - Nak tutup cerita rumah kesihatan Ronnie Liu yg berlambak2.
    - dan byk lagi...

    yang paling2 utama dan baru terhangat dipasaran...

    nak tutup cerita "Raja Goyang" Anugerah Tuhan bagi tazkirah penggunaan selimut ganti kain ihram buat tawap lubang kunyit.

    kalau semua melayu dalam Malaysia x sedar2 lagi.. Samalah lu orang semua dgn puak2 Anugerah Tuhan yang tinggal sedikit sgt ni dan semoga lu selamat di hari akhirat. Yang ini dah nyata sebab? Sebab terdesak nak menang PRU 13 supaya boleh menjahanamkan bangsa melayu islam dan negara malaysia...terdesak sebab 5 tahun memerintah di 4 negeri x ada contoh apa pun yg boleh diikut melainkan bagi pelingkup lebih teruk lagi danh terbukti.

    Cina support cina... melayu dengki melayu... cina kaya raya.. melayu jahanam.. Ini lah keje puak2 pakatan rakyat ni. nak bersatu konon, bersatu pak dia la.. sampai la ni x boleh duk satu pasukan dgn berdaftar. "Pakatan rakyat" tu samalah dengan tanda "TANDAS" je x membawa apa2 erti sebab hanya sebutan semata2. Antara puak2 ni pun x boleh setuju langsung dgn benda yg kecil2 inikan benda yg besar2. Macam sesumpah yg x de pendirian langsung. PPuak lebai kata babi.. Puak mata separuh kata kambing... Puak roket bahan dua2 x de hal sebab memang makanan dia... Faham!!!

    Lu pikir lah jgn jadi bangang macam puak2 ni...

    BalasPadam
  2. Hahahaha,,,,,! Tutup segalanya termasuk PR jangan bagi undi satu pun...

    BalasPadam