Selasa, 20 Julai 2010

Bunuh Jer Melayu Tu..!!!



Agaknya dah makin jauh taufik hidayah, dah semakin hilang kasihan belas dari nya, itu sebablah susah betul nak disatukan bangsa Melayu kini.

Bangsa lain walau macam mana gaduh sekalipun tetap boleh duduk semeja, baca di
http://parpukari.blogspot.com/2010/07/panas-cina-boleh-bersatu-anytime-kenapa.html

Anak cucu cicit nampaknya dah tak boleh lagi bergantung harap kepada pemimpin politik melayu masa kini, kita semua boleh berjaya dan lupa diri kerana datuk nenek sedar dan bertanggungjawab kepada generasi akan datang, malah jauh dari itu ramai dikalangan melayu yang biadap dan kurang ajar malah besar kepala kerana hasil tangan dan buah fikir pejuang politik lampau yang meletakkan keutamaan anak bangsa dalam apa jua tindakan.


Pendek kata mereka tetap sayangkan bangsanya, tapi pemimpin politik kini berbeza! barangkali masing masing dah 'kenyang' dan dah tak peduli kerana bagi mereka anak cucu cicit mereka dah 'gerenti' selamat dengan hasil yang mereka rompak selama ini!!!


Itu sebab mana ada pemimpin melayu baik BN mahupun Pembangkang yang peduli tentang nasib bahasa bangsanya, itu pun Perlembagaan sahaja yang menjaganya kalau ikut hati perut pemimpin...dah lama pupus bahasa bangsa melayu ini!!!

Raja Raja pulak carilah hamba rakyat yang lain, sebab bangsa ini kalau dah sampai ke puncak dalam kehidupan, mereka akan buang apa jua yang menjadi asas dan payung mereka selama ini.


Yang diberi tanggungjawab jaga telekomunikasi dan komunikasi langsung tak peka malah pekak dengan 'urusan' mengampu!!! itu sebab bila tengok chanel 555 di astro 'mereka' boleh kuliahkan audience dengan versi sejarah mereka sendiri!!!

Anak bangsa ini pulak bukan main ghairah dengan hiburan! hiburan cukup enak disuapkan ke hati perut bangsa ini setiap masa! betapa hebatnya kuasa monopoli telekomunikasi,
Program Akedemik AlQuran yang menjadi pengubat rindu bangsa ini untuk mendalami agamanya dibayangi dan disaingi dengan program imam muda dengan waktu dan hari yang sama!!!

Menteri dan KSU memang tak tengok program ini. itu sebab tak kisah!!!
Iklan toyota yang jelas mencemuh pejuang kemerdekaan yang menghadapi liku liku perjuangan dimomok dan dihina hanya kerana mereka tidak memiliki toyota!

Yang jaga pelajaran dan pendidikan pulak sebok bergelut 'melampiaskan nafsu' mendapatkan projek projek yang cukup banyak, itu sebab letak ustaz pun disitu pasti tertanggal songkok! lebih lagi kalau 'bos' tak ambil peduli, kesannya anak bangsa tercicir siapa yang peduli? cuba baca utusan di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Penduduk Melayu dihalau dari kampung! Peniaga Melayu diarah pindah! Pusat Pendidikan Melayu ditutup dan dipindahkan! belum lagi cerita dikriminasi bangsa yang jelas berlaku di tempat tempat kerja swasta!
Tak heran kalau hak dan kepentingan bangsa dan agamanya dinafi dan di anaktiri kan.

Bilik sembahyang kecik, itu pun diletak disebelah bilik air di shopping shopping complexs, Sembahyang Jumaat hanya dibenarkan 2 kali sebulan, kena buka tudung kalau nak bekerja, kena fasih bahasa mandarin, banyak lagi ketempangan dan ketidakadilan kepada bangsa yang mengaku sebagai bangsa 'TUAN' ditanah air ini.


Ini semua kerana bangsa ini sendiri membenarkan ianya berlaku!!! membiarkan segala kebobrokan ini berleluasa hanya kerana 'mereka' mendapat 'habuan' darinya!!!

Kan ke elok dibunuh sahaja bangsa ini! kalau pun tidak dihapuskan sekaligus!!! tapi sebenarnya bangsa ini sedang dibunuh dan dicacatkan kewujudannya!!!


Melayu mana yang peduli???

1 ulasan:

  1. AAHHHH PESETAN LAAA KT PUAK2 MILITAN PARTAI PISS TU SEME. SELAGI WALLY SLIPOR DAN SEKUTU2NYA IDOP SELAGI TU LA AKU X YAKIN MELAYU AKAN BERSATU!...HARKKK PTUIHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!! >|(

    BalasPadam