Sabtu, 17 Julai 2010

UMNO Berubah?


UMNO...UMNO! Parti keramat orang melayu ini tidak bermasalah! Yang bermasalah ialah kepimpinan dalam parti...itu sebab UMNO dilihat masih lagi 'sakit' sekarang ini hanya kerana masaalah diperingkat kepimpinan parti.

Sebagai contoh hishammuddin selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu berkata -


Hishammuddin yang ditanya ketika mengadakan sidang media di lobi Parlimen petang Khamis menegaskan bahawa tidak timbul soal tidak ada kemampuan kerana keadaan di Badan Perhubungan UMNO berkenaan sudah dilihat stabil.

"Kalau tidak ada kemampuan, saya rasa perhubungan masing-masing sudah lama berada dalam keadaan masalah berbanding sebelum ini yang boleh dilihat dalam keadaan tertekan," tambahnya.

Hishammuddin memberi contoh keadaan di Terengganu yang mana beliau selaku Pengerusi telah berdepan dengan pertembungan dua pihak tetapi keadaan sekarang tidak timbul berpecah dua pihak lagi.

Tapi lain pulak yang berlaku di Setiu semalam apabila TS Muhyiddin kata -

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini melahirkan rasa kecewa dengan persidangan perwakilan Umno Bahagian Setiu yang dipulaukan oleh beberapa wakil rakyat di kawasan itu. Mereka adalah ADUN Jabi, Ramlan Ali; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh; ADUN Langkap, Asha'ari Idris dan ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat.

"Empat wakil rakyat tak hadir, saya pun dukacita jugalah, saya tak sebelahi mana-mana pihak dalam soal politik, tapi sebagai timbalan presiden saya rasa agak kecewa.
"Mungkin ada masalah tertentu, mungkin ada hubungkait dengan jawatan dan pimpinan. Apa yang saya nak tekankan, apa saja isu dan permasalahan yang timbul antara kita, mesti kita selesaikan dengan bijaksana," katanya kepada Bernama.

Di Kedah hal yang sama berlaku, UMNO Bahagian yang baru habis bersidang masih lagi merungut dan menyuarakan rasa tidak puas hati yang mahukan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dipikul dan digalas oleh orang Kedah sendiri.

Di Penang, Zahid dah 'signal' untuk melepaskan jawatan...Di Selangor masalah Noh yang lebih pentingkan kroni dan 'hasil masyul' dari menyerang Khalid Gagap dan puak pakatan, malah Noh dicop sebagai 'keras kepala' apabila menempelak pimpinan UMNO dan BN bahagian apabila mereka menyuarakan masaalah 'kewangan' untuk menggerakkan jentera diperingkat Bahagian masing masing baru baru ini.

Itu belum masaalah di negeri negeri lain seperti Sabah, N. Sembilan...

UMNO...UMNO..!


Lu Fikir La Sendiri!!!


1 ulasan:

  1. Patutlah kalah. Kalau gitu, kalah lagi lah dia.

    agbr47: Kalau berubah tu dah betul. Yang tak betul kalau masih tidak berubah.

    BalasPadam