Khamis, 22 Julai 2010

Perpaduan Melayu...Ada Sinar Dihujung Terowong!!!



Kata Tok Mad Aziz...sudah ada isyarat dari PAS yang mahukan perpaduan Melayu dijayakan...


KUALA LUMPUR 21 Julai – Gesaan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan supaya UMNO dan Pas segera menamatkan persengketaan melalui satu pelan damai, menghidupkan kembali harapan orang Melayu untuk melihat kedua-dua parti itu bersatu.

Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz berkata, kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas itu boleh disifatkan sebagai isyarat positif bahawa Pas juga mahukan perdamaian sama seperti UMNO.

Menurutnya, gesaan itu perlu dipandang serius oleh pucuk pimpinan kedua-dua parti kerana ia boleh menjadi titik-tolak terhadap permuafakatan orang Melayu.

‘‘Majlis tertinggi kedua-dua parti perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin dan ulama untuk sama-sama mencari jalan ke arah perdamaian demi kepentingan agama, bangsa serta negara.

‘‘Bagi merealisasikan hasrat itu, saya tawarkan diri sebagai wakil UMNO untuk menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tersebut,’’ katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. baca lanjut disini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm




Dipihak PAS pula nampaknya PAS Kedah dibawah kepimpinan Menteri Besarnya Dato Azizan Abdul Razak menyambut baik dengan menyatakan kesedian untuk mewujudkan kerjasama/perpaduan antara PAS dan UMNO dalam isu Melayu dan Islam yang begitu mendesak kini.

Beliau bagaimanapun menolak pelan damai kerana UMNO dan PAS selama ini tidak pernah 'berperang' namun katanya kerjasama antara PAS dan UMNO inilah telah pun wujud sejak dari 1974 lagi...

Mudah mudahan kedua dua pihak dapat mengenepikan ego masing masing dan meletakkan kepentingan agama dan bangsa didepan, seharusnya UMNO dan PAS membentuk barisan perunding masing masing yang sejuk hati dan sejuk jiwa untuk melihat kerjasama dan permuafakatan sebangsa dan seagama ini dapat dijayakan.

UMNO dan PAS perlu terbuka! nothing to hide! nyatakan secara terbuka akan usaha dan gerakkan untuk duduk berunding, tiada apa yang perlu disorok, tiada apa yang perlu disegani jauh sekali ditakuti...Ini negara Melayu! Ini negara orang Islam!

Apapun duduk dulu, yang lain akan datang kemudian InsyaAllah...

2 ulasan:

  1. KITA TUNGGUUUUU..UNTUNG SABUT TIMBUL...UNTUNG2 AL JUBOREE TENGGELAM! HUHUHU

    BalasPadam
  2. Apa pun mesti mula dengan satu,@ A dahulu.Masaalahnya tidak mahu.Ego tinggi.masing-masing menegak sianu masing-masing walaupun dah kerepot.

    BalasPadam