Rabu, 28 Julai 2010

Bila Gani Setahil Menari...


TIMBALAN PEDAKWA RAYA WANITA KES LIWAT ANWAR DI GUGURKAN SERTA MERTA

Timbalan Pendakwa raya, Farah Azlina Abdul Latif yang terbabit dalam kes liwat Anwar Ibrahim, digugurkan dari pasukan pendakwaan kes itu berkuatkuasa serta merta.

Peguam Negara, Abdul Gani Patail ketika mengumumkannya berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak persepsi negatif masyarakat terhadap pihak pendakwaan.

Dalam laporan sebuah laman web semalam, Peguam Anwar, Sankara Nair mendesak Peguam Negara, memberikan maklum balasnya berhubung dakwaan Raja Petra Kamaruddin iaitu salah seorang timbalan pendakwa raya wanita dikaitkan dengan saksi utama kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Komen

Sahabat bloggers PapaGomo telah menghantar sms kepada penulis yang mahukan isu ini diberikan perhatian.

Tuduhan Zina RPK keatas Saiful Bukhari dan Farah Azalina Timbalan Pendakwaraya adalah FITNAH JAHAT bagi menjejaskan perjalanan kes liwat Anwar Aljuburi.

Ianya juga bertujuan menjatuhkan kreadibiliti Saiful Bukhari dan juga barisan pendawaraya dalam kes tersebut!


Bagaimana RPK boleh menyampaikan kepada dunia bahawa Saiful berzina sedangkan RPK sendiri berada di UK! Apa buktinya???

Gani Patail menggugurkan Timbalan Pendakwaraya Farah yang difitnah tanpa sebarang siasatan mahupun sebarang laporan ! Apakah Gani Patail tertekan dengan fitnah pembangkang atau gani setahil telah masuk perangkap pembangkang untuk menari mengikut rentak mereka!
Kenapa pula Gani setahil percaya kepada fitnah jahat tersebut???

Gani setahil perlu membuktikan bahawa fitnah RPK Jahanam ini ada asas! sila nyatakan lokasi, masa dan saksi yang menyatakan bahawa Saiful telah berzina dengan Farah! Jika benar maka heret kedua mereka ini ke mahkamah atas kesalahan zina!

Jika tidak maka gani setahil sebenarnya sedang membenarkan fitnah jahat RPK dan pembangkang dan apa pulak sebenarnya permainan yang sedang dimainkan oleh gani setahil?

Tindakan ini hanya menyebabkan rakyat membuat persepsi sendiri berkenaan tindak tanduk gani setahil yang dilihat condong, berat dan berpihak kepada puak pembangkang...itu sebab kes liwat sengaja dilewat lewat !!!


Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Bro,

    Ada asaslah tu xkan nak buang mcm tu je, beliau kan lawyer.....

    BalasPadam