Isnin, 5 Julai 2010

Zin Badak Bakal MB Selangor!!!


Rasanya dah lama dah isu jawatan Pengerusi perhubungan UMNO negeri negeri diberikan kepada anak negeri untuk memegangnya, terbaru apabila Zahid Hamidi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang menyatakan akan kewajaran jawatan ini dipegang oleh MB atau sesiapa jua orang UMNO negeri itu sendiri.

Zahid telah menjual isu ini lebih awal termasuk Shafie Afdhal di Kedah yang rela untuk menyerahkan jawatan ini dipulangkan kepada anak negeri.

Samaada mereka ini bakal mendapat usul untuk diganti dalam konvension UMNO negeri negeri akan datang itu isu yang lain... Isu nya ialah jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri mestilah dijawat dan disandang oleh anak negeri...full stop!


Begitu jugalah di Terengganu , Wilayah Persekutuan dan Selangor, khabarnya UMNO Selangor bakal dapat pengganti Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baru. Ahli Parlimen Sepang yang juga bekas Menteri Kerjaraya katanya akan dinobatkan sebagai Pengerusi Perhubungan sekaligus bakal Menteri Besar Selangor jika UMNO berjaya merampas kembali kuasa yang ada di bangunan SUK Selangor itu pada PRU yang akan datang.

Sebenarnya jika benar ini berlaku sememangnya Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO telah berjaya menyelesaikan satu (1) masaalah besar yang membelenggu UMNO negeri terbabit selama ini. Biarlah mereka menyelesaikan masaalah negeri mereka dan kita harapkan Zin di Selangor dapat benar benar menyediakan barisan serta jentera yang kukuh dalam usaha merampas kembali Selangor.

Begitu jugalah dengan Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan, maka kalaulah negeri negeri ini gagal merampas kuasa dari tangan pembangkang, waktu itu sudah tiada sebab dan alasan mereka untuk menyalahkan PM di Selangor, TPM di WP dan mereka yang lain.

Negeri dah dilanggar Garuda, maka berusaha lah kita untuk membunuh dan menghapus garuda! Jangan pulak kita melatah kerana kehilangan kuasa hingga bukan sahaja gagal membunuh garuda malah rumah dan tempat persembunyian untuk melindungi diri dari garuda pulak yang kita bakar!!!

Warga UMNO kena ingat...masa sudah suntuk! sekarang masa bekerja, bukannya masa menyalah itu dan ini...UMNO perlu bangkit ! kalau sebelum ini UMNO gagal menguasai negeri negeri terbabit bukannya kerana UMNO lemah ! yang lemah pemimpin dan ahli UMNO !

MASA BEKERJA DAN BERJAYA ! BIAR PUTIH TULANG ! JANGAN PUTIH MATA !!!

Sendiri Mau Ingat !!!

1 ulasan:

  1. zin badak is a money launderer from bangladesh

    nak buktinya yg akan di beri kepada PM Najib

    BalasPadam