Khamis, 22 Mac 2012

Ingatkan Pandai..Rupanya Bodoh!


KENYATAAN AKHBAR

EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA
DAN KETUA WANITA UMNO NEGERI-NEGERI

KENYATAAN AKHBAR DATO’ HJH KAMILIA HJ IBRAHIM
DALAM THE STAR BERTARIKH 22 MAC 2012 (KHAMIS)

Kami, Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita UMNO Negeri-Negeri merakamkan kekesalan di atas kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Kamilia Dato’ Hj Ibrahim dalam The Star bertarikh 22 Mac 2012 (Khamis) yang mendesak YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Kenyataan tersebut merupakan agenda dan kenyataan peribadi beliau yang langsung tidak memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di dalam Pergerakan Wanita UMNO tentang isu tersebut samada di peringkat Exco, Negeri, Bahagian mahupun akar umbi. Malah sokongan kepada YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil amat padu dan memberangsangkan seperti yang ditunjukkan ketika siri jelajah beliau ke negeri-negeri sebelum ini dan yang terakhir semasa Pelancaran Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor.

Kami selaku Exco dan Ketua UMNO Wanita Negeri-Negeri ingin menegaskan bahawa kami akan sentiasa memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan YB Sen. Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.


22 MAC 2012 (Khamis)


Ingat pandai si Kamilia ni..rupanya bodoh!

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. KEHKEHKEH DIA NI LER SPESIS PEMAKAN BANGKA BROO..TUNGGU MASA NAK AMIK KESEMPATAN. GLOJOH X BETEMPAT

    BalasPadam
  2. org dah nmpk isu KRONI BOLOT PROJEK...APE LAGI...LEPAS KN LAH JAWATAN...NAK TAK NAK PUN ORG LAIN JUGA SURUH TURUN....

    BalasPadam
  3. menangok di air keroh. dekat pru 13 beb, "aku pun nak juga tonjolkan diri", nak popular juga

    BalasPadam
  4. mungkin ini doa dato sri didepan kaabah dulu ... baru tau siapa musuh dalam selimut.

    BalasPadam