Isnin, 19 Mac 2012

Saifudin Nasution...Bodoh Dan Membodohkan..!

















Setelah dibelasah teruk dan dibodohkan oleh YB Datuk Mohamad Aziz Ahli Parlimen Sri Gading dan YB Dato Bung Mokhtar Radin Ahli Parlimen Kinabatangan didalam Dewan Rakyat tengah hari tadi, Saifudin Nasution nampaknya bukan sahaja membawa kebodohan beliau keluar dari Dewan malah lebih malang lagi cuba membodohkan rakyat terutama kuda belang pakatan haram yang sedia bodoh.

Memetik minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri beliau berkata bahawa PM cuba campur tangan! Pihak Eksekutif mencampuri urusan badan Kehakiman Negara! Cuba perhati dan baca minit yang ditunjukkan diatas...mana yang dikatakan campur tangan?

Apakah ayat mempastikan Hakim dan Peguam diberikan kefahaman merujuk kepada campur tangan dan cuba mengatur keputusan Mahkamah? Kalau itu maksudnya...memang patut la kuda tunggangan Anwar ini kena titik oleh Sri Gading dan Kinabatangan.

Sebagai Ketua Kerajaan yang bertanggungjawab...tentu lah YAB PM mahukan pihak pengurusan Felda memberikan kefahaman penuh kepada peguam yang mahu mewakili mereka agar para peguam ini juga dapat berhujah dengan bernas yang akhirnya nanti mampu memberikan kefahaman yang jelas kepada YAA Hakim.

Justeru jika YAA Hakim dapat memahami dengan jelas hasrat murni Kerajaan ini pasti penilaian dan keputusan yang bakal dibuat boleh memberikan kemenangan kepada pihak Felda. Kemenangan di pihak Felda penting dalam mempastikan Felda terus makmur, maju dan berjaya pada masa mendatang.

Penekanan berkenaan perkara tersebut oleh YAB PM kepada pihak pengurusan Felda apa salahnya? PM bukan bercakap kepada YAA Hakim! Jauh sekali bercakap kepada YAA Hakim yang membicarakan kes! Dimana campur tangannya? Apa salahnya?

Jenis macam Saifudin ni..apa juga akan diputar belitkan! akan dikelirukan! Bagi Saifudin dan pemimpin haprak Pakatan Haram ni, itu lah strategi dan budaya berpolitik! Soal kebenaran tak timbul! soal hak tak penting! Yang penting spin! auta! tipu! itu la kerja mereka! mereka mencekik gaji dan elaun sebagai wakil rakyat sebab nak buat kerja jijik ni laa..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: