Rabu, 3 September 2014

Betul Ke Najib Bapak Penghapusan Akta..!


Islam, Melayu, Bumiputera perlu baca dan fahamkan..! Sementara kapir laknat, melayu liberal dan yang sekutu dengan nya tak payah sebok..!

Layan...

(MELAYU LIBERAL CELAKA) Peguam Muda BALACI Majlis Peguam Akan LANCAR KEMPEN Mansuhkan Akta Hasutan


KUALA LUMPUR: Kempen #MansuhAktaHasutan yang akan dilancarkan Khamis ini merupakan 'promosi' berpanjangan selama satu tahun untuk memberi penerangan mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948.



Pengerusi Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan, Syahredzan Johan yang merupakan balaci kepada Majlus Peguam berkata, ini merupakan kali pertama diadakan bagi menuntut Kerajaan mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan.
"Kempen ini sebenarnya satu kempen yang akan dianjurkan Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam yang merupakan simbol menentang Akta Hasutan peninggalan British.



"Ini pertama kali kempen kebangsaan nasional yang akan dilancarkan. Ia usaha kami bagi menuntut kerajaan supaya mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.



Pelancaran kempen #MansuhAktaHasutan akan diadakan pada Khamis ini di Bangunan Majlis Peguam di sini.



Jelasnya, pada Julai 2012, Perdana Menteri, BAPA PEMANSUHAN AKTA, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyatakan Kerajaan akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Hasutan.
Bagaimanapun, ia disifatkan tidak tertunai selain tiada usaha serius untuk memansuhkan undang-undang berkenaan.



Ujarnya, seramai 50 tenaga penggerak utama akan menjadi tonggak kempen berkenaan.



"Kita ada lebih daripada 50 ahli jawatankuasa dan tenaga penggerak kempen ini.



"Bukan semuanya peguam, ada yang belum jadi peguam, penuntut, aktivis dan ada rakyat biasa selain aktivis mahu melibatkan diri dalam kempen ini," jelasnya.



Dalam pada itu katanya, antara penceramah pada hari pelancaan kempen itu ialah, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong, Bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan dan Pemimpin UMNO Liberal & Ketua Pegawai Eksekutif, Pergerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah.



Petikan ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam.


KENAPA MEREKA BERANI?



Kumpulan itu menjadi lebih berani kerana:



1. Mereka telah melihat orang Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.



2. Mereka telah berjaya mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama dengan mereka.



3. Mereka telah berjaya memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka diperalatkan.



4. Ketiadaan tindakan terhadap mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.



5. Pemansuhan Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.



6. Persepsi rasuah di kalangan pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan mereka.



KERAJAAN NAJIB TERLALU BERLEMBUT



Pada masa yang sama, Kerajaan semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi mereka.



Saya boleh faham mengapa Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.



Dalam tahun 1970an, seorang Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.” Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun dari segi undang-undang ia adalah sah.


TIDAK FAHAM KENAPA ISA DIMANSUHKAN


Tetapi, saya dapati sukar sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.



Memanglah undang-undang yang membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan dan kertas kerja saya bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia” yang boleh didapati dalam lman web saya.)



Saya faham bahawa Kerajaan mahu melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.



SOSMA HILANG TARING



Sekarang ISA telah “digantikan” dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.



Setakat ini sebanyak 38 orang telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to terrorism).


SOSMA HANYA CANTIK ATAS KERTAS


Ertinya “terrorism” yang memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism? Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya, dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat perkembangannya.



Bagi saya ukurannya bukan sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA jika SOSMA disalahgunakan.



Sebaliknya, jika SOSMA dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA lebih baik.



NAJIB HENDAK MANSUH AKTA HASUTAN PULA



Selain daripada itu Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.



Akta ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:



“…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”



Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.



Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei.



Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. 



Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya.



RUU HARMONI HANYA HELAH MANSUHKAN AKTA HASUTAN


Bagaimana dengan RUU Harmoni yang JPNIN sedang buat itu?



Mereka mengaitkan Akta Hasutan dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi penghalang perpaduan. 


Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan akan tercapai. 

Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata “Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!


Maka kita perlu faham bahawa alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya. Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.



Apa untungnya orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Itu kita mesti faham.

6 ulasan:

  1. mansuhkan semua sekali ...
    akta hasutan, akta dadah berbahaya, akta senjata api, akta cukai pendapatan, akta pendidikan, akta duti setem, akta pengangkutan, akta apa lagi ....
    korang tambah ...
    kita bagi kat najib ...
    kira sekali harung .. senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. mansuhkan Parlimen sekali. biar raja kembali berkuasa.

      Padam
  2. tanda-tanda najib dan umno nak mampus dibumi Malaysia. Menangislah anak cucu..menangislah bapak-bapak kemerdekaan terdaulu dikerjakan najib si pink! apakah melayu masih buta mata buta hati?? semestinya YA! jadi kemana perginya suara-suara garang dipentas politik yg kononnya memperjuangkan melayu islam? kemana lagi kalau tak ke lubang taik! hanya samseng bila dlm kelompok melayu, bila bersama bangsa mata sepet, maka mukanya dialih letakkan kejuburnya sendiri. Berkokok setiap tahun dipentas, tapi ekor bergelumang TAIK!

    BalasPadam
  3. Susah, semua pemimpin melayui/bumiputra adalah penjilat bontot cina tegar, kupiah, Haji, tok Haji, UMNO, PAS, PKR, semuanya hanyalah penjilat tegar CINA CINA KOMUNIS PPS DAN DAP.

    Sudah tiba masanya kita melihat kepada alternatif yang betul betul memperjuangkan masa depan kita tanpa perlu tunduk kepada mana mana tuntutan Cina sial dan celaka DAP dan PPS.

    BalasPadam
  4. Pokoknya ketidak tegasnya peranan Peguam Negara....
    Najib masih ikut cakap"Pendek Kata"
    Menteri Dalam Negeri sama saja macam yang lepas...Cakap lebih lepas tu senyap.
    Menteri MH370 MH17 lagi tak guna....
    Kesemua MEREKA NI patut bolih berundur secara TERHORMAT dah...
    Terlalu banyak DAMAGE yang mereka telah buat ke atas Malaysia ini.

    BalasPadam
  5. Selain daripada gelaran Bapa Pemansuhan Akta, Najib juga merupakan satu-satunya PM di Malaysia yang mempunyai gelaran yang paling banyak;

    -Bapa Liberal
    -Bapa Durian Singapore
    -Bapa Kangkung
    -Bapa Ayam RM 1

    Nasib baik lah gelaran Bapa Rosmah tak sesuai.

    BalasPadam