Nampaknya Tun M sudah meneruskan gerak..! Selepas kenyataan sinis berkaitan perletakkan jawatan sebagai PM kini Tun M menghalakan muncung penanya ke syarikat 1MDB yang mempunyai pengaruh dan jumlah perdagangan yang amat besar namun terlalu kecil maklumat yang kita semua fahami dan ketahui..!
Layan...
SSK dengan 1MDB
1. Saya tertarik dengan tulisan sahabat saya Saleh Said Keruak (SSK) berkenaan 1MDB.
2. Beliau berpendapat 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran. Saya akui saya tidak tahu akan kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran. Tetapi ada iklan yang menyebut sudah lebih satu juta rakyat dapat bantuan pelajaran dari 1MDB. Bahagi 1 juta dengan 4 tahun ini bermakna 250,000 setahun. Jika benar, Alhamdulillah.
3. Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan. Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit.
4. Baru-baru ini 1MDB akan memiliki sebahagian besar daripada saham stesen janakuasa yang akan dibina oleh Tenaga Nasional dan pihak lain. YTL telah tarik diri. Ramai yang menegur Tenaga kerana projek ini, kerana tidak mengadakan tawaran terbuka.
5. Pembangunan projek Tun Razak Financial Exchange di jalan Tun Razak akan di laksanakan dengan dana 1MDB juga.
6. Selain daripada itu berbillion dollar di urus melalui bank di sebuah Pulau Caribbean.
7. Sahabat saya tentu tahu bahawa dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.
8. Banyaklah Negara pengeluar minyak mengadakan sovereign wealth fund daripada lebihan yang didapati setelah menjual beratus juta tong minyak setahun. Kuwait dan Qatar membeli banyak hotel terkemuka dengan wang yang banyak yang ada pada mereka.
9. Malaysia mengeluarkan hanya 650,000 tong sehari dan tidak ada lebihan wang daripada penjualan minyak oleh Petronas. Sebahagian besar keuntungan diserah kepada Kerajaan, selainnya untuk dilabur. Wang yang diserah ini tidak begitu besar.
10. Sebenarnya perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas. Oleh itu bajet kita menghadapi defisit, bukan lebihan.
11. Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi. Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami deficit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini.
12. Biasanya dalam Kerajaan kita mengadakan belanjawan – iaitu catitan wang yang akan diterima oleh kerajaan bagi sesuatu tahun serta wang yang akan dibelanjakan oleh kerajaan pada tahun berkenaan. Pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan. Diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.
13. Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek.
14. Untuk pelajaran kita tidak perlu berhutang. Sejak dahulu lagi kita peruntukkan hampir 25% dari bajet untuk pelajaran. Kita tidak pernah hutang untuk maksud ini.
15. Ada juga cerita-cerita yang merunsingkan berkenaan pembiayaan oleh 1MDB. Saya harap sahabat saya SSK dapat beri butiran lanjut dan dokumen tentang penggunaan 1MDB untuk semua tujuan, termasuk pelajaran.
Agak agak ada jawapan tak..!
Lu FIkir La Sendiri!!!
Jangan salahkan orang saja Tun tengok juga rekord sendiri.IPP tu semuanya Tun beri pada diorang,sekarang kenalah pelan-pelan ambil balik.Semua yg dapat IPP tu dah tak sokong BN.Dulu KWSP pun kena ambil alih PLUS,itu pun Tun yg beri pada Renong,rakyat kena bayar tol tinggi,sekarang kenaikan tol tidak lagi macam dulu lagi pun dah masuk poket rakyat juga bila KWSP yg untung.Mungkin kalau Tun yg jadi PM sekarang macam-mcam juga projek atau perbelanjaan mega yg Tun akan buat.Tun boleh kritik orang jadi saya nak kritik lah Tun sikit.Boleh kan?.
BalasPadamSalam sejahtera saudara,
PadamSaya tak kisah pun kalau saudara nak kritik Tun sekiranya mmg wajar Tun dikritik. Tetapi persoalannya di sini atau lebih tepat 'point'nya di sini ialah, kalaupun perkara2 yang saudara utarakan pada Tun tu benar, sekurang2nya duit negara kita pada waktu itu mempunyai LEBIHAN(PROFIT), bukannya DEFISIT(KURANGAN) mcm waktu sekarang ni di bawah Najib. Renong dulu under Tan Sri Halim Saad. Tun nak tolong Melayu punye pasal bg la dia handle tapi mcm biasa la Melayu ni dah ditolong, mengada2 plak last2 tak ke mana2 pun.
Disebabkan duit negara sekarang ni mengalami defisit, Tun dapati 1MDB ni byk gile berbelanja tapi tak pasti apa sebenarnya "role" 1MDB ni sampai nak kene berbelanja besar2 camtu. Datuk Saleh Said Keruak ckp kononnya 1MDB byk berbelanja untuk bantuan dlm bidang pelajaran padahal setiap tahun di bawah Belanjawan Negara, mmg telah diperuntukkan 25% drp bajet belanjawan khusus untuk bidang pelajaran sejak dr zaman Tun lg. Kenapa pula bidang pelajaran perlukan bantuan lg sekiranya peruntukkan telah pun diberi dlm belanjawan? Ada PAHAM??
Lg satu, disebabkan pada zaman Tun duit negara sentiasa mempunyai LEBIHAN, barula megaprojek seperti Putrajaya, KLIA, KLCC dpt dibina utk kemudahan dan keselesaan rakyat seperti saya dan saudara. Ada PAHAM??
DIA MANA FAHAM , APA YG TUN BUAT KITA SEMUA RASAI , JGN SEBUT TAK TERKIRA BNYAK , PROJEK PROTON , PLUS HIGHWAY , LRT , PUTRA JAYA , TWIN TOWER AIRPORT SIME DARBY , PORT ,ETC ETC ETC , NAMPAK KITA MERASAI ,,,,TAPI TUN DOL APA DIA BUAT , ISLAM HADARI SUDAH LARI , NAJIP BUAT APA DIA BUAT ? YANG KITA TAK KN LUPA PERISTIWA TERJADI MH370 , MH17
PadamIM4U DITUJUKAN PADA ISTERI DIA ROSMAH
MEMANG TAKSAMA ZAMAN TUN DAN SEKARANG TAPI PATUTNYA DLM KIRAAN SEKARAN TABUNG NEGARA ''TIADA LEBIHAN'' ,, TUN M NAMPAK AKU YG BENGONG MUNKIN ORG PUSIANGAN NAJIB TERBIJAK BIJAK , ADIK NYA PAKAR KEWANGAN YG BUAT KERJA MELAYU BAWAHAN YG NAIK PANGKAT CINA SENTOLAN
rocky the great flesh brown vibrator says: dalam bab deficit & belanja ni aku setuju dgn Tun M. Malas la aku nak ulas cerita2 ekonomi dia dulu. Dia pon banyak akui silap dia. Aku ada masa suma IPP tu nak di sain kat EPU termasok kertas Syabas yang masih belum bukak fail lagi tapi bisnes dia dah on (kesian JBA). Takkan la Tun & engkorang sume tak tau 1MDB tu untuk ape? siapa barua yang jaga 1MDB tu (melayu ke?) ape da jadi dengan Tanah airport sg besi? ek eleeh.. Tun buat2 taktao lak akaun2 kat Carribean.... rasa nak keluar buasir
BalasPadamDasar-dasar masa Tun lah menyebabkan Pembangkang menjadi kuat.BN di kritik kerana projek mega,bailout kroni,ISA,penswastaan IPP,Lebuh raya,rasuah dan salahguna kuasa di katakan bermaharaja lela.Rakyat percaya pada Anwar semuanya keran Anwar berjaya membangkitkan isu berkenaan sebagai modal membela diri.Kedukan kewangan negara juga tidak kukuh,spekulasi mata wang oleh BNegara menyebabkan negara kerugaian melebihi 10 billion.Akhirnya negara di timpa malapetaka ekonomi,Krisisi ekonomi 1997 adalah krisis ekonomi yg terburuk,ianya bukan zaman Najib jadi PM,tapi zaman Tun.Boleh kau orang semua ternagkan pada aku ke pasal itu semua.
BalasPadamBila masanya zaman Tun negara ada belajawan lebihan?.cer semak balik.
BalasPadamMana2 negara pun memang payah nk mencatatkan belanjawan lebihan, terutama apabila sesebuah negara mempunyai tanggungan perbelanjaan sosial yg tinggi spt subsidi. Cuba pikirla, kos perubatan kat hospital kerajaan hanya dikenakan caj minimum rm1 ajer utk perubatan biasa contohnya demam sket2 pun... Sedangkan ubatan adakah harganya rm1 jugak??? Jadi bila kerajaan nk memperkenalkan sistem insurans kesihatan nasional adakah kita boleh menganggap tindakab tersebut sbg nak menekan rakyat??? Sedangkan ianya secara tidak langsung memberikan rakyat akses kpd rawatan kesihatan secara lebih meluas dan tidak hanya bergantung kpd hospital kerajaan. Itu sbg contoh. Dlm hal 1MDB, teguran tun M nie ader asasnya klau terlalu byk benda yg grey zone, yg kabur, sedangkan impak kepada negara tak nampak. Yang hanya org sanjung skrg adalah sponsorship haji kpd imam2 dan ketua kampung. Memang patut pun utk ditegur supayanya 1MDB nie kalau pun betul dari segi perjalanannya sepatutnya memberikan impak yg maksima kpd negara... Bukan hanya menampilkan diri seolah2 sebuah badan sosial yg di dalamnya ada segelintir org2 yg suka mencari dan mengambil kesempatana.
BalasPadam