Ahad, 7 September 2014

Video Hadi Tembak Burung Anwar & Mad Sabu..!


Hadi mula menembak..! Dahsyatnya pulak sebab Hadi menembak dengan satu peluru tapi mati banyak burung..! Terutama burung Anwar Aljuburi dan Mad Sabu..!

Burung pertama..!

PETALING JAYA:  Keputusan PAS menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu tidak ada kaitan dengan gendernya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.
"Jika beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin yang kuat?
"Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak," katanya pada satu ceramah di Terengganu.
Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube pada Jumaat.
Beliau berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai untuk memimpin, kerana Selangor memerlukan seseorang "pemimpin yang kuat untuk menguruskannya".
Hadi memperjelaskan bahawa parti menghantar tiga nama untuk calon Menteri Besar kepada Sultan apabila beliau diminta untuk memberikan "lebih dua nama", dengan mendakwa sekutu partinya "bodoh".
"PAS mahu menghantar dua nama, tetapi kemudian Sultan menghantar surat meminta lebih dua nama. Lebih dari dua bermaksud kita boleh menghantar seberapa banyak yang kita suka.
"Adakah PAS mahu pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai bodoh? Sultan meminta sekurang-kurangnya tiga nama, tetapi anda hanya beri satu," katanya yang merujuk kepada PKR dan DAP yang bertegas untuk mencalonkan satu nama bagi jawatan itu.
"Jika kita hanya hantar satu nama, bagaimana Sultan mahu memilih? Rakyat kata kita tidak faham arahan (dari Pakatan). Tetapi sebenarnya, kita yang hanya faham dan mengikut titah Sultan," katanya.
Tambah Hadi, PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan berkata, sesiapa yang mahu memulakan parti baharu dialu-alukan untuk meninggalkan pakatan itu.
"Sesiapa yang mahu memulakan parti baharu boleh pergi kerana ia lebih baik untuk mereka berbuat demikian. Kita masih bersama Pakatan."
Burung kedua..!
PETALING JAYA: Ahli dan pemimpin PAS yang tidak sependapat dengan parti itu dicabar supaya meninggalkannya dan menubuh parti baharu.
Cabaran keras itu dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada sebilangan ahli partinya yang diumpamakan seperti 'nyamuk' hingga boleh mengganggu tidur.
"Mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia berasa nak tubuh parti...sila. Baik dia keluar, dia tubuh parti dia sendiri, senang. Tak payah duduk di dalam (PAS).
"Jadi duduk di dalam ni, kalau ada nyamuk seekor tak jenero (nyenyak) tidur jugak kita pun. Itu dia, senang. Nak tubuh parti...sila,” katanya pada sesi penjelasan isu semasa di Marang, Terengganu pada Jumaat.
Difahamkan kenyataan Abdul Hadi itu merujuk kepada kemunculan sebuah organisasi baharu oleh pemimpin PAS yang dikenali sebagai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA) yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu.
PasMa dikatakan bakal menjadi parti alternatif kepada PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan konflik yang timbul antara parti itu dengan sekutunya daripada PKR dan DAP berikutan pemilihan menteri besar Selangor yang baharu.
Mengulas lanjut Abdul Hadi dilihat tidak tergugat dengan kewujudan mana-mana parti politik baharu termasuk PasMa selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa. Dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa dia nak tubuh parti, sila tubuh," katanya.
Burung ketiga..!
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS mempunyai kuasa budi bicara untuk mencadangkan nama calon menteri besar daripada parti itu tanpa perlu merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
Perkara itu termaktub dalam perlembagaan parti, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya mengikut perlembagaan parti, presiden ada hak membuat keputusan dalam beberapa perkara berkaitan parti dan timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota perlu mendukung keputusan dibuat oleh presiden.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan seorang pemimpin tertinggi parti yang didakwa mempertikaikan keputusan Majlis Syura menghantar tiga nama kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan bagi jawatan menteri besar yang ditandatangani Abdul Hadi tanpa merujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
Pemimpin berkenaan perlu merujuk semula perlembagaan PAS, kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pelaksanaan Syariah Islam di sini, Sabtu.
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan ketiga-tiga parti pakatan pembangkang di Selangor menghantar lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Itu amalan parti (PAS) sejak (memerintah) tahun 1959. Bermula tahun 59 itu, saya ikut sampailah memerintah 1964, 1969, 1974, 1978 (di Terengganu dan Kelantan. (Nama calon dicadangkan untuk dilantik menteri besar tidak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat)," kata Abdul Hadi.
Berhubung spekulasi penubuhan parti 'serpihan PAS' dikenali Parti Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang dikhuatiri akan menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota PAS, beliau menyifatkan itu perkara biasa dan amalan sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.
"Itu adalah amalan negara demokrasi, terpulang kepada Pendaftar Pertubuhan sama ada nak terima pendaftaran Pasma, biasalah dalam negara demokrasi ini ada banyak parti politik," katanya.
Lain lain burung...!




Banyak burung mati tu..! 
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Komen