Rabu, 10 September 2014

Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Keatas AG..!


Print screen diatas ini adalah cerita 3 bulan lepas..! Apa cerita nya..! apa kesudahannya..! Siapa yang nak ambil tindakan...!!!

Namun cerita mengenai Jabatan Peguam Negara yang di ketuai oleh Gani Setahil ni terus menerus menerima kecaman dan kutukan rakyat..! Soalnya sekali lagi siapa yang nak ambil tindakan???

Semalam Gani Setahil dalam kenyataannya....

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara akan menyemak semula kes dakwaan Akta Hasutan terhadap Prof Madya Dr Azmi Sharom termasuk beberapa lagi kes lain yang dipertuduh di bawah akta yang sama.

Menurut Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan pada Selasa, keputusan mengenai penyemakan semula itu juga akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

"Jabatan ini menegaskan bahawa amalan ini adalah prosedur biasa yang dilakukan bagi mana-mana pendakwaan supaya tanggungjawab yang dilaksanakan adalah sentiasa adil, telus dan saksama," katanya.

Jelas beliau, Jabatan Peguam Negara prihatin terhadap apa jua isu atau kebimbangan yang dilahirkan berhubung mana-mana kes yang telah diputuskan untuk pendakwaan oleh pihaknya.

Justeru itu, Abdul Gani berkata adalah menjadi amalan bagi jabatan tersebut untuk menyemak semula mana-mana kes berkaitan.

Menyemak semula mana mana kes kerana perihatin terhadap kebimbangan puak yang risau penguatkuasaan dan pendakwaan atas Akta Hasutan? maknanya Gani lebih risaukan suara minoriti yang risau dengan tindakan pendakwaan keatas pengacau keharmonian?

Kalau macam tu AG@Gani Setahil ni sebelah siapa? Gani bekerja dengan Anwar Aljuburi ke? Gani berhaluan pembangkang ke? Kalau AG dan boleh dilihat menyebelahi pembangkang tentu Kerajaan yang membayar gaji dan memberikan tempat yang sebegini tinggi kepadanya perlu bertindak..!

Kerajaan BN selaku kerajaan yang berkuasa perlu bertindak..! masa bercakap dan merayu kepada AG sudah berlalu kerana AG sudah memperlihatkan warna dan belang sebenarnya..! apa yang nak dibincangkan lagi..!

Patut la Kerajaan pun dah macam rakyat marhaien yang lain terjerit terpekik...

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Jabatan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera dan tegas bagi membendung jenayah hasutan daripada terus menular dalam ma­syarakat sekali gus memastikan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat dapat dipelihara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) juga perlu mengambil tindakan sama dengan memperketatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada bagi menangani jenayah itu khususnya yang dilakukan di media sosial.

Beliau menjelaskan, tindakan sedemikian amat penting kerana sejak akhir-akhir ini telah wujud kecenderungan dalam kalangan se­gelintir individu tidak bertanggungjawab membuat kenyataan biadab menghina kaum dan agama tertentu sehingga menjadi viral di media sosial.

Kata beliau, jika kecenderungan itu tidak dikawal, ia berpotensi mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

"Seluruh rakyat negara ini tanpa mengira kaum perlu menghindari perbuatan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengancam keharmonian negara sebagai menghormati apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Saya percaya demi memastikan keharmonian kaum dan agama di negara kita tidak dicemari tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab, penguatkuasaan undang-undang sedia ada perlu diperketatkan, ketegasan kerajaan membendung jenayah hasutan adalah penting dalam memastikan keharmonian kaum dan perpaduan rakyat terus terpelihara,"katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Program Membudayakan Perpaduan Meraikan kepelbagaian anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional (JPNIN), di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup; Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Johari dan Ketua Pengarah JPNIN, L. Gandesan.

Menurut Muhyiddin, Perlembagaan Persekutuan telah memberi kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara bagi memastikan perkara-perkara yang telah termaktub dalam dokumen itu tidak mudah dipersoal oleh sesiapa pun.

Dalam konteks itu, kata beliau, tidak ada mana-mana pihak boleh menyatakan mereka mempunyai hak kebebasan bersuara dalam mempersoalkan perkara-perkara asas yang membentuk Malaysia sebagai negara majmuk yang aman dan harmoni kerana Perlembagaan sendiri tidak menganggap perkara itu sebagai satu hak.

"Peruntukan Perlembagaan dan undang-undang berkaitan dengan hak-hak bagi semua kaum di negara ini merupakan asas penting yang perlu kita pertahankan dalam memelihara keharmonian dan keamanan negara selain memberi jaminan hak yang adil dan saksama kepada semua kaum," katanya.

Muhyiddin berkata, Parlimen boleh meluluskan undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara itu di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan menghalang mana-mana pihak daripada mempersoalkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hak keistimewaan orang Melayu, anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah bagi kaum-kaum lain.

Selain itu, katanya, turut tidak boleh dipersoalkan ialah mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan semua kaum berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing serta hak-hak berhubung kerakyatan dan kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, Perlembagaan turut memastikan hak-hak bagi setiap kaum dijamin secara adil di bawah Perkara 153 dan 152 itu dan Perkara 3 yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama Perkara 11 menjamin hak penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni.

"Sehubungan itu, Akta Hasutan 1948 yang dipinda selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969 menetapkan tindakan mempersoalkan perkara-perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan ini sebagai satu perbuatan menghasut yang boleh dihukum oleh mahkamah," katanya.

Penat la menjerit jerit..! gunakan kuasa la..! ikut macam mana AG gunakan kuasa yang ada pada mereka..! kerajaan juga harus menggunakan kuasa..! ikut suara rakyat..! kerana kerajaan ini terbentuk atas kehendak dan pilihan rakyat..!

Tunggu apa lagi..! Ini bukan soal main selamat..! ini bukan soal berani..! ini soal memelihara hak dan keselamatan rakyat serta negara..!

Ini soal menjaga maruah dan harga diri agar sentiasa terpelihara supaya kekal dengan ketemadunan yang tinggi lagi mulia..!

Jadi...ada harga diri ke tak???

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Najib dan AG Patail ni sama shj gerakan mereka.
    Gerakan menangkap org yg pro-Melayu dan pro-Islam
    manakala melindungi pro-liberal, pro-pluralisme dan pro angkatan Ketum.

    Najib tidak menggambarkan beliau seperti pemimpin UMNO
    Beliau seperti sesumpah yang melaksanakan Agenda Pakatan Haram dan perosak melalui org2nya sepeti AG Pataik dan kumpulan2 liberal punasehat di Putrajaya.

    Jika sepantasa kilat Presiden ISMA ditahan, tapi entah apa cerita tentang Namee Wee yang sudah makan bertahun2. Ini tanda aras benchmarking 'transforbasi' kerajaan Najib laki Rosmah.

    Dia gunakan UMNO sbg tangga utk menzahirkan aspirasi Pakatan Haram yakni ketua Ketum. Dulu najib dikhabarkan ada perjumpaan sulit dgn Ketua Ketum di Indonesia ketika hampir PRU13, dikatakan ada 'perjanjian' sulit?

    Apakah Ketum telah mengugut Najib dgn proksi2 luar negara maka Najib akan akur sbg proksi Ketum dlm Krjn?

    Najib sgt pelik skrg. Begitu cepat dia akan tweet perkara2 remeh..beri ucapan tahniah dapat pingat dlm sukan, apakah beliau pekak tak dengar seruan dan bantahan rakyat dalam soal Akta2 Isa, Hasutan, penghinaan pada Institusi2 besar negara?

    Rasanya Najib yang perlu disiasat oleh pihak SB, dan juga kalangan pemimpin UMNO yang tahu latar belakang beliau, krn semakin pelik dan ganjil tindak tanduk Najib ini dizahirkan melalui orang2nya dalam kerajaan.

    Peguan Negara merupakan tonggak penting dlm melaksanakan dan menguatkuasakan pendakwaan jenayah tapi kenapa Najib seolah2 tidak tahu apa dan khayal dengan hal2 remeh lain?

    Najib wajib disiasat bersama dengan AG Ghani Pataik ini yg seperti SESUMPAH!

    BalasPadam
  2. Aku nampak... yang menghasut ketika ini adalah blogger-blogger "Blue Wave Army" :)
    ;) Jom lepak kat http://padijantan.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Now i believe what datuk idris abdullah of idris & co of sarawak told a group of us about gani patail. No wonder kes tak jalan.......unless gani is replaced, expect turbulence in malaysia

    BalasPadam
  4. BADAN PERUNDANGAN NEGARA DAH DIPENUHI OLEH NAJIS DAN TAIK PEMBANGKANG, INI AKIBAT KELEMBIKKAN PM 1 MALAYSIA YG SYOK SENDIRI,KALAU ZAMAN TUN M.HAKIM DAN AG YG MACAM NI DAH LAMA KENA HUMBAN KELUAR.AKU DAH LAM RINDU ZAMAN " REJIM KUKU BESI TUN" YG BERJAYA MENGHARMONIKAN NEGARA MALAYSIA NI.

    BalasPadam