Khamis, 25 September 2014

Siapa Lebih Minat Nak Tangkap Tun M..!


Tak salah apa yang nak ditakutkan..! Tun M seorang doktor..! Seorang doktor belajar untuk mengkaji setiap penyakit dan pesakit..! Selepas itu perlu mengambil langkah pencegahan dan mengubat..! kalau perlu pil, doktor bagi pil..! kalau perlu inject, doktor akan suntik..! kalau perlu bedah dan belah, doktor jugak tidak akan teragak agak untuk melakukannya..!

Tujuannya tetap satu..! untuk mengubat dan menyelamat..! cuma terkadang ada jugak pesakit yang mati..! dah kronik la tu..!

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia ditahan oleh pihak polis ekoran laporan terhadapnya yang dibuat oleh seorang anggota parlimen DAP hari ini.

“Saya cuma rakyat biasa sekarang, jika saya sepatutnya ditahan mengikut undang-undang, teruskan,” katanya ketika ditanya kemungkinan polis akan menyiasatnya.

Beliau juga berkata, sebagai ahli politik, beliau tidak menjangkakan layanan baik orang ramai terhadapnya pada setiap masa.

“Saya boleh petik kenyataan lebih ekstrem oleh sesiapa pun, tetapi saya tidak mahu lakukannya, sebagai ahli politik saya tidak harap dilayan baik setiap masa,” katanya.

Beliau diminta mengulas berhubung laporan Lim Lip Eng (Segambut) berhubung kenyataan sebelum ini dan gesaan supaya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi melayan sama rata laporan polis yang dibuat.

Pembangkang memang sentiasa malang bila berdepan dengan kebijaksanaan dan keberanian Tun M.. cuma sekarang ni dilihat pihak kerajaan terutama Najib juga sudah dilihat semakin lembik dengan tujahan demi tujahan yang Tun M lakukan..!

Seorang pemimpin mesti tegas, berani dan beriltizam dalam mengambil tindakan untuk menangani krisis sekalipun keputusan yang dibuat adalah tidak popular, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Beliau berkata krisis lazimnya tidak berlaku secara sendiri dan seorang pemimpin mesti meneliti puncanya.
    
"Dalam krisis kewangan, sesetengah orang memanipulasi wang dan ini boleh mencetuskan krisis," katanya dalam ucaptama bertemakan 'Kepimpinan dan Pengurusan Krisis' pada Forum CEO 2014 keenam anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
    
Beliau berkata sistem perbankan sangat penting kerana ia membekalkan modal yang diperlukan oleh perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi.
    
"Jika sistem ini disalah guna, maka ini akan membawa masalah seperti yang dihadapi oleh dunia semasa krisis kewangan ini," katanya.
    
Dr Mahathir berkata kerajaan harus bersedia untuk campur tangan dan menghapuskan sebarang amalan buruk.   
    
"Ini menuntut kepimpinan yang kuat bagi mengekang penyelewengan sistem perbankan," katanya. - Bernama

Jangan jadi pak turut dan pak sanggup ajer..!

Kalau melihat perkembangan politik tanahair hari ini nampaknya bukan sahaja pembangkang yang suka kalau Tun M ditangkap..! Mungkin pihak lain pun berhajat yang sama..!!!

Tak Gitu???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan