Selasa, 1 Jun 2010

Rombakan Kabinet!!!UMNO Tak Terlibat...

1. Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan)

2. Datuk G. Palanivel - Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

3. Datuk Richard Riot - Timbalan Menteri Luar (Ahli Parlimen Serian)

4. Datuk Donald Lim Siang Chai - Timbalan Menteri Kewangan

5. Datuk Manglin Dennis D'Cruz - Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

6. Datuk Rohani Abdul Karim - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

7. Datuk Lee Chee Leong - Timbalan Menteri Dalam Negeri (sebelum ini Timbalan Menteri Luar)

8. Gan Ping Sieu - Timbalan Menteri Belia dan Sukan

9. Jelaing anak Mersat - Timbalan Menteri Pengangkutan (sebelum ini Timbalan Menteri Dalam Negeri)

10. Chua Tee Yong - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (Ahli Parlimen Labis)

11. Heng Seai Kie - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat!

Nampaknya PM tidak mengumumkan rombakan besar-besaran... Semua Menteri yang sedia ada KEKAL! hanya Tee Keat terkeluar dan Kong Chor Ha mengambil tempatnya di MOT, rezeki Chor Chee Heung dilantik sebagai Menteri di KPKT.

Maka terselamatlah Menteri 60:40 dan juga lain-lain Menteri yang diselubungi beberapa kontroversi... harapan dan gesaan sahabat-sahabat bloggers untuk melihat desakan dan saranan selama 2 minggu ini menjadi kenyataan terpaksalah dilupakan buat seketika... Tapi kami bloggers tetap memantau secara dekat dan akan menyatakan apa jua yang PERLU bila tiba masanya...

Wee Jeck Seng nampaknya tersungkur! bekas setiausaha politik Ong Ka Ting ini digantikan dengan anak Presiden MCA! Setakat ini kehendak Chua Soi Lek yang mahukan anaknya mendapat tempat didalam kabinet telah berjaya! namun kita harap PM tidak hanya melihat hubungan darah dan kekeluargaan menjadi perkiraan, sebaliknya biarlah Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik benar-benar layak dan mempunyai merit yang tinggi untuk menggalas amanah!

Ini kerana jika kita perhatikan ada Timbalan Menteri dari MCA yang bertukar fotfolio jelas merangkak-rangkak menjawab soalan di Parlimen! Ini bukan sahaja kelemahan ketara namun kerap kali soalan yang dibangkitkan dalam soalan tambahan terutamanya GAGAL dijawab dengan baik dan berkesan! Tapi kekal juga Timbalan Menteri ni nampaknya!!!

Begitu juga dengan MIC yang sudah dibaca awal akan mendapat kerusi Timbalan Menteri! hanya kerana akujanji dan persetujuan yang dicapai oleh Samy No Value dan G.Palanivel tatkala merelakan kerusi Hulu Selangor diberikan kepada P.Kamalanathan. Soalnya apakah G benar-benar layak jika diukur dari rekod nya sebagai wakil rakyat di HS? Kedudukan MIC yang terumbang ambing juga dilihat apakah G mampu membawa rasa hormat rakyat kepada jawatan yang diamanahkan kepadanya?

Ada sahabat kata, macam mana dengan Razali Ibrahim dan Hamzah Zainuddin,? jika dilihat dari rombakan yang tiada kena mengena dengan UMNO maka kehadiran Timbalan-Timbalan Menteri yang baru ini hanya menjadikan Jawatan mereka sebagai TM ke 2.

Cuma agak teruja kemana agaknya Betina Tan Lian Hoe, Ketua Wanita Gerakan yang menjadi wakil rakyat Parlimen kawasan Melayu iaitu Grik... Ini kerana tempat beliau didatangi oleh Dato Rohani Karim sedangkan selama ini Jawatan TM disitu hanya diisi oleh seorang! Apakah mungkin beliau digugurkan kerana keceluparan dan kekurang ajaran nyonya ini yang mengatakan Melayu pendatang serta menjalankan kempen penggunaan Kalimah Allah di Gereja didalam facebook nya..

Yang jelas kehendak MCA dan MIC telah PM penuhi! sekarang masa bekerja untuk mempastikan kepercayaan kaum cina dan india balik menyokong BN! Itu kerja kamu! itu KPI kamu!

Lu fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Walaupun MCA/Gerakan berprestasi buruk dlm PRU sehinggakan Penang jatuh dan mereka juga tidak 'menolong' Najib bagi mendapatkan undi cina di Hulu Selangor & Sibu, tetapi Najib masih tetap sayangkan cina. Rombakan ini nampaknya ramai cina-cina jadi menteri.

    Walaupun orang Melayu bagi undi pada Najib, tak nampak muka baru Melayu dilantik.

    Najib ni lebih cina dari cina, apa lagi kalau dikira sekali bagaiman dia begitu mendaulatkan pendidikan cina dan bahasa cina.

    Wajarlah nama ditukar kepada Chin Na Jib.

    BalasPadam
  2. salam,
    ini bukan persoalan ramai melayu dilantik atau tidak,ini persoalan strategi,persoalan gabungan,persoalan kerjasama.Sebabtu lah bila ingin berpolitik,haruslah tahu permainan dan perlaksanaan dalam menjadikan setiap wawasan dapat dilaksana dengan berkesan.Sudah sampai masanya kita melayu dan bumiputera bersikap waras dan melupakan atau menghentikan laungan sentimen dan sensitiviti yg boleh menghuru-harakan masyarakat.Harus diingat ini bukan bermakna mengalah tetapi adalah langkah utk menguatkan lagi perpaduan bak kata menarik benang dalam tepung biarlah perlahan2,apa yg penting situasi menang2 berpihak kepada kita.Fikrkanlah dengan bijaksana.
    -wassalam-

    BalasPadam
  3. Kalau pemimpin MCA dan MIC masih tak dapat mengembalikan sokongan kepada BN, ganti semua tempat yang dah diberi itu kepada UMNO.

    Apostate and tithe.

    BalasPadam