Selasa, 22 Jun 2010
Sivakurap Gagal Lagi !!!
Sivakumar gagal rayuan saman dakwaan dipukul Ganesan
22/06/2010 6:55pm
PUTRAJAYA 22 Jun – Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V.
Sivakumar gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman sivil terhadap Speaker Perak Datuk R. Ganesan kerana dakwaan menyerang, dipukul dan salah penahanan.
Panel hakim tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K.N. Segara dan Datuk Abdul Wahab Patail hari ini sebulat suara membatalkan rayuan Sivakumar dan mengarahkannya membayar kos RM20,000.
Sivakumar mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September lepas yang membatalkan samannya atas alasan mahkamah tidak boleh mencampuri apa yang diputuskan oleh anggota DUN Perak di persidangan DUN pada 7 Mei lepas sejajar dengan Artikel 72 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Panel hakim itu bagaimanapun tidak memberikan alasan mereka membatalkan saman Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.
Sivakumar mengambil tindakan undang-undang ekoran insiden 7 Mei lepas dan mendakwa semasa beliau sedang mempengerusikan suatu mesyuarat DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan sahnya menduduki kerusi beliau di persidangan itu, pekerja atau ejen defendan telah menyerangnya dengan menangkap beliau dengan ganas, mengheret dan secara keras mengusirnya dari dewan itu atas arahan defendan.
Beliau memohon ganti rugi dan perintah injunksi bagi menghalang Ganesan atau ejennya daripada menghalang beliau daripada melaksanakan tanggungjawabnya sebagai speaker. – Bernama
Sendiri Mau Ingat!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sivakurap ni kalau dah orang biol memang lah macam tu. yang Melayu2 tu dok bodoh pi sokong apa kejadahnya.
BalasPadamIni jenis tak layak jadi pemimpin. Jadi pengacau masyarakat boleh la..
Kita benam depa semua PRU13!