Rabu, 2 Jun 2010

Alhamdulilah...Rakyat Kita Selamat...

12 Rakyat Malaysia Di Atas Kapal Mavi Marmara Selamat

SEPANG: Semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanahair. "Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, beberapa negara seperti Jordan dan Turki telah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu. "Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya," katanya.

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di Turki telah meminta secara rasmi kepada kerajaan itu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah Satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata, seorang lagi rakyat malaysia yang terlibat dalam kejadian ituialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur.

Anifah turut mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau juga memberitahu bahawa Wisma Putra masih sedang mengesan lokasi kesemua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu.

Menurutnya kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa manakala lima lagi kapal yang terlibat dalam misi itu berada di Ashdod.

Anifah berkata Wisma Putra telah mewujudkan satu bilik operasi yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan penahanan rakyat Malaysia itu. "Kita akan hubungi misi kita di Angkara dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa," katanya. Bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-88874570.

Ditanya tentang tiga kapal tajaan Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Anifah yang baru tiba dari Singapura selepas menghadiri mesyuarat menteri-menteri luar ASEAN-GCC berkata beliau dimaklumkan bahawa misi itu akan diteruskan ke perairan Gaza.

Katanya, wakil PGPO turut meminta agar negara-negara Aean-GCC menggesa Israel agar tidak menghalang perjalanan flotila bantuan itu. - BERNAMA

ALHAMDULILAH...

2 ulasan:

  1. kalau benar apa yg dikata oleh menteri luar , syukur pada Tuhan rakyat kita selamat , kita nantikan mereka sebagai wira dan mendengar bagaimana cerita sebenar yg berlaku ..

    Israel memang laknat , bangsa jahanam tak tahu diuntung ..

    BalasPadam
  2. The world should demand that Israel rogue state be sanctioned for this atrocities.

    Apostate and tithe.

    BalasPadam