Khamis, 16 Disember 2010

Anwar Bunuh Diri...!


Bagi pembaca yang masih ingat akan gambar diatas pasti kita semua tidak akan lupa bagaimana sifat kebinatangan yang tinggi, segar dan berkobar kobar wujud subur dihati naluri para puak pembangkang di Perak hingga sanggup menjadikan pokok sena sebagai tempat bersidang. Apa nak heran...kan kira sireh pulang ke gagang...beruk balik ke pokok!

Begitu jugalah halnya kepada puak kebinatangan ini sekali lagi hari ini, cuma ianya berlaku di Dewan Rakyat, dewan yang Mulia dimana DYMM Yang Dipertuan Agong bertahta dengan mewakilkan Speaker dan Cokmar dalam membentuk, meminda dan mengakru undang undang bagi menjamin kesetabilan dan keharmonian negara terus berjalan dengan sempurna.


Apa yang terjadi tetap terjadi, segala telahan yang dibuat semenjak dari semalam membuktikan bahawa puak kebinatangan ini akan melakukan apa jua onar bagi melampiaskan serakah kuasa yang mereka rasakan cukup hebat dan kuat menyebelahi dan mereka miliki kini.


Hakikat bahawa Kerajaan Malaysia yang bertuah ini tetap didominasi dan diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional! Perdana Menteri ialah YAB Dato Seri Najib Tun Razak! UMNO tetap menjadi 'big brother' atau tulang belakang kerajaan! bukan kepunyaan Anwar! bukan kepunyaan Pakatan Penipu Rakyat! UMNO dan BN tetap memegang Majoriti!!!

Bagi puak kebinatangan ini, segala undang undang mesti ditafsir mengikut tekak mereka! Dewan yang mulia cuba untuk di jadikan mahkamah! walhal Dewan Rakyat merupakan Dewan Tertinggi yang menjadi jantung didalam pentadbiran negara!!!

Secara mudah tindakan puak kebinatangan ini boleh ditafsirkan sebagai cubaan untuk menafikan kuasa DYMM SPB Yang di Pertuan Agong! bersikap biadap dan menafikan Institusi Kesultanan kerana Agong terdiri daripada kalangan Sultan Negeri Negeri yang jelas merupakan Raja Raja Melayu!!!

Sudah barang tentu mereka ini menidakkan Kuasa Melayu kerana Raja Raja ialah payung kepada hak dan keistimewaan bangsa Melayu!!!
Menidakkan Kuasa Melayu pasti akan terkait dengan menolak Agama Islam! Ini kerana Majoriti dan sinonim bangsa Melayu ialah mereka yang menganut Agama dan Ajaran Islam yang Syumul. Menolak budaya dan bahasa Melayu!!! dan banyak lagi yang akhirnya membuktikan Anwar Ibrahim Aljuburi dan puak kebinatangan yang lain sedang MENOLAK HAK RAKYAT MALAYSIA yang telah memilih UMNO dan Barisan Nasional sebagai Kerajaan!!!

Kalau mereka benar benar pejuang rakyat tulen, pejuang demokrasi dan pembawa reformasi apa yang mereka gawatkan! dari menjadi pembangkang yang lemah kepada pembangkang yang kuat, dari memegang tampuk 1 kerajaan negeri kepada 5 negeri, apa yang mereka tersampok sangat hingga gila babi, hilang kewarasan, buat lah kerja membela rakyat dan membangunkan negeri! penuhilah manifesto pilihanraya tempoh hari, kalau ini boleh dibuat dengan rajin dan yakin tentunya jalan mereka menuju ke Putrajaya tidak lah suram, kelam dan terus gelap dan malap.

Baiknya dengan tingkah puak kebinatangan ini, pasak kuasa BN selama ini di Kuala Lumpur dan telah berpindah ke Putrajaya sekarang pasti akan terus kukuh, utuh dan kekal selamanya InsyaAllah...

Sebenarnya tindak tanduk puak kebinatangan ini sebenarnya ialah tindakan membunuh diri! membunuh karier politik mereka sendiri! Itulah yang dikatakan yang hak tetap hak! yang bathil tetap bathil!!!

Kan dah bunuh diri namanya tu!!!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan