Jumaat, 17 Disember 2010

Idirs Perlu Sedar Dari Lamunan!!!

Dipetik dari blog sahabat semasa terkini...

BILA cakap-cakap ini bersambung dari mulut ke mulut, rama juga yang terkejut. Apa tidaknya, seorang yang mahu dikenali sebagai pencipta tamadun di Terengganu dan Malaysia, tiba-tiba menjadi bisu dan tidak boleh berkata-kata!

Rupa-rupanya bukan bisu yang tidak boleh berkata-kata itu hinggap kepada batang tubuh Idris Jusoh, ADUN Jerteh dan seorang yang hampa kerana tidak dilantik semula menjadi Menteri Besar Terengganu, dia hanya dilanda sindrom bisu ketika Persidangan DUN Terengganu, 13-16 Disember 2010 yang lalu.

Apa ertinya sidrom? Dalam Kamus Dewan sindrom bererti tanda-tanda yang menunjukan terdapatnya sesuatu penyakit. Jadi, Idris dan tiga lagi anak buahnya yang tidak bercakap apa-apa ketika persidangan tersebut baru-baru ini dilanda sindrom.

Mereka berempat ini, kalau kerajaan negeri ada hospital sendiri bolehlah dihantar untuk keempat-empat ADUN ini, termasuk Rosol Wahid (Ajil), Pehimi Yusof (Kota Putera) dan Din Adam (Bukit Besi) mendapatkan rawatan segera.

Jika tidak, bimbang sindrom ini akan merebak dan menyebabkan penyakit lain yang lebih teruk lagi. Dulu, dalam persidangan sebelum ini, Din Adam dan rakan sejawatnya Alias dari Marang pernah menyepak bola ke gawang sendiri. Tapi, kali ini, mungkin dia berhajat untuk menyepak bola lagi ke gol sendiri, malangnya, bola tidak sampai ke kaki pasangan Din dan Alias.

Khabarnya, keempat-empat pembawa wabak sindrom bisu ini tidak menghadirkan diri ke pre-council yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Terengganu. Turut tidak kelihatan di pre-council itu, ADUN Paka, Zakaria Abdullah.

Ada maklumat memberitahu, Zakaria menghadiri konvokesyennya menerima ijazah dari sebuah universiti di Laos. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu, tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Telinga Idris, Pehimi, Din dan Rosol rasanya masih belum pekak. Mustahil mereka berempat ini (saki baki kumpulan budak hitam…lima budak hitam, main lompat-lompat, satu patah kaki, budak hitam tinggal empat) tidak nampak, tidak dengar dan tidak faham apa yang diperkatakan ADUN Pas, Syed Azman Syed Ahmad dan Mohd Abdul Wahid Endut terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kalau dengar, nampak dan faham, kenapa tidak pertahankan Menteri Besar? Bukan batang tubuh Ahmad Said itu yang perlu dipertahankan tetapi institusi Menteri Besar itu yang penting kerana ia mewaili parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

Apakah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tahu kisah empat ADUN Terengganu ini dilanda sindrom bisu?

Kalau mereka bertiga sudah tahu, apakah tindakan segera terhadap keempat-empat ADUN ini? Pelru dihantarkan ambulan menjemput mereka untuk dihantar ke hospital mendapatkan rawatan atau, dibiarkan sahaja mereka supaya mereka boleh terus memperlihatkan politik Umno Terengganu sedang bergolak?

Sedangkan pergolakan itu berlaku kerana mereka ini yang melakukannya, kerana dendam kesumat, busuk hati dan cemburu dengan kedudukan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Kepada Idris yang kehilangan kerusi Menteri Besar, Rosol dan Din yang kehilangan kerusi Exco, ada serangkap pantun yang boleh mereka hafal buat pengubat hati yang luka;

Asal kapas menjadi benang,
Dari benang dibuat kain,
Barang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain.

Itu kisah empat ADUN Umno, yang lupa budi Umno. Itu cerita ADUN BN yang lupa budi BN. Lain pula kisah ADUN Pas yang tidak habis-habis mahu menunjukkan kehebatan walaupun terpaksa berbohong.

Pembohongan sebenarnya tidak bertahan lama. Lama kelamaan, orang akan tahu juga. Jadi, bila Menteri Besar bersumpah mempertahankan hujahnya, kenapa ADUN Pas yang pernah didakwa merajuk kerana tidak terpilih menjadi calon kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad hanya bersumpah ‘sekerat’?

Ketua Dewan Ulama Pas, datuk Harun Taib yang juga ADUN Manir sepatutnya boleh menegur budaya sekerat-kerat ini kerana ia bahaya. Saingan pengaruh Syed Azman di dalam Pas, Mohd Abdul Wahid Endut yang pernah dicabar Datuk Seri Ahmad Said ketika beliau (Ahmad Said) menjadi Exco dalam era kepimpinan Idris Jusoh dahulu, juga mahu menunjukkan kehebatannya kerana mungkin dia mahu membuktikan kepada kepimpinan Pas, Datuk Seri Abd Hadi Awang tidak salah memilihnya menjadi calon Pas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Budaya mengelar penipu dan sebagainya, memang budaya Pas. Jika di Parlimen, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menggelarkan pembangkang bodoh dan tolol kerana mahu mendakwa Speaker ke mahkamah, menteri Besar Terengganu yang selama ini dikatakan kesar dan brutal, tidak menggunakan perkataan bodoh dan tolol kepada ADUN-ADUN Umno dan Pas yang pernah menyerang dan mengelarnya dengan pelbagai gelaran.

Datuk Seri Ahmad Said boleh jika beliau mahu menggunakan perkataan bodoh dan tolol kepada mereka ini tetapi pernah sekali, beliau hanya menggunakan perkataan kurang cerdik kepada ADUN Bukit Besi, Din Adam kerana serangannya terhadap Zoo Bukit Takal, Kemaman.

Tidak tahulah apa ertinya kurang cerdik yang dimaksudkan oleh Menteri Besar kepada Din Adam itu, walaupun beliau boleh menggunakan perkataan bodoh dan tolol kepada Din Adam, tetapi beliau tidak melakukannya.

Ketika orang Jerteh mengharapkan Idris Jusoh masih boleh menjadi wakil rakyat di kawasannya, rata-rata mengharapkan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri memberi sedikit peruntukan khas kepada Idris untuk menjalani rawatan penyakit baru yang melandanya – iaitu sindrom bisu.

Jika tidak, ramai yang khuatir kalau-kalau penyakit itu merupakan virus berbahaya yang boleh berjangkit kepada ADUN-ADUN lain, khususnya yang terbabit dalam kisah 10 Budak Hitam.
Tapi, kalau sindrom bisu itu bukan penyakit yang boleh dirawat di hospital moden, mungkin perubatan tradisional boleh digunakan untuk mencegah sindrom bisu dari menjadi penyakit berbahaya kepada Umno dan BN.

Komen PM

Kalau dah bisu pekak, rasanya kuranglah peluang untuk menjadi wakil rakyat!!! kerana seorang wakil rakyat yang baik dan berkesan ialah wakil yang mampu mendengar akan keluh kesah rakyat dan menyalurkannya kepada pihak yang berwajib agar masaalah rakyat dapat diatasi...

UMNO dan BN tiada masa sebenarnya nak melayan perasaang pemimpin yang kecewa! masa yang ada ialah menjadikan diri sebagai wakil yang berkesan yang boleh mempastikan kerusi yang kita menangi sekarang dapat dipertahan pada PRU yang akan datang!!! kalau tak mampu dan masih nak menangis dan mengelamun...baik berenti jer laa!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan