Selasa, 28 Disember 2010

Shahidan Mahu MAZA Pengerusi Perhubungan Perlis!!!


' saya tidak mahu kata puas hati atau tidak, terima atau tidak jawatan tersebut. Perkara ini hanya akan ditetapkan selepas saya bertemu dengan Perdana Menteri.' - Shahidan Kassim

Nampaknya Shahidan tidak berpuashati dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Perlis, senang cerita beliau tak berpuas hati duduk dibawah Md Isa Sabu.

Sedangkan Md Isa berpendapat bahawa gandingan beliau dengan Shahidan merupakan gandingan mantap yang akan merapatkan jurang UMNO didalam negeri Perlis.


Jurang? semua orang tahu bahawa di Perlis UMNO ada 2 kategori. Kategori miskin dan kaya! kira antara 2 darjat laa. Shahidan seperti mana umum tahu seorang yang banyak duit, seorang yang gemar melakukan kebajikan, kebajikan yang beliau lakukan bukan sahaja didalam Perlis malah menjangkaui sempadan dan geografi.


Itu baik! itu kerja mulia dan jangan pula kita hipokrit untuk menafikannya! malah sikap yang dipamerkan oleh Shahidan ini adalah wajar! sebab boleh lah dikatakan segala kesenangan yang beliau miliki kini adalah hasil dari ehsan UMNO yang memang banyak melakukan kebaikan menolong siapa jua termasuk Shahidan. Duit securities dan proton tour pun tak habis makan...

Tapi bukan itu yang nak kita cerita disini. yang kita nak sampaikan ialah jenis pemimpin seperti Shahidan ni rasanya Dato Najib kena tengok dan fikirkan semula. Dari tidak berjawatan dan diberi kan jawatan masih lagi tak berpuashati!


Apakah Shahidan masih tidak dapat menerima bahawa Md ISa ialah Menteri Besar Perlis?
Apakah Shahidan masih lagi gagal menerima Qadaq dan Qadar bahawa beliau bukan lagi Menteri Besar Perlis?

Apakah Shahidan merasakan hina, keji dan jatuh maruah untuk duduk dibawah seorang ketua? Apakah Shahidan sudah tidak mampu berketua lalu merasakan bahawa rakyat dan ahli UMNO Perlis hanya layak berketuakan beliau seorang sahaja?

Apakah ini ajaran MAZA yang Shahidan dapat selama mengagongkan bekas Mufti kesayangannya itu? Apa punya manusia macam ni? Bukan berusaha untuk memperkuatkan UMNO/BN malah kelaku seperti setuju UMNO/BN ditolak oleh rakyat dan pengundi bila melihat perkara seperti ini terhidang didepan mereka!

Sabotaj parti ke? Lu Fikir La Sendiri!!!

7 ulasan:

  1. Salam Bro!

    shahidan ni bagi aku giler kuasa, tgk la persatuan,pertubuhan berapa banyak dia kuasai dulu dan kalau xsalah aku presiden kabadi malaysia pun dia jadi kot...macam dah xcukup org India nak bagi jadi, aku tgk shahidan banyak menghentam Md.Isa lepas Md. Isa naik, dia patut bantu kalau betul dia berjuang utk Agama, bangsa dan negara bukan semua org perlis sayang hang...dulu boleh la hang p antar lembu org kampung suka la ni org kampung tgk lebih dari tu lagi....aku harap shahidan sokong Md. Isa kalau xmau sokong jgn nak belot itu pun kalau hang ikhlas nak berjuang, MAZA tu lebih baik xyah daftar ahli UMNO dia dengan Anwar macam sama ja kumpulan nak glamour

    BalasPadam
  2. klu x tao keadaan politik perlis dok diam sdh la...elok pi turun perlis sembang dgn org sana sebelum nak bg komen...bg komen pun betoi bendoi sgt

    BalasPadam
  3. sokong anon 23:31

    Tak tau jgn dok jadi pak turut semua yg ketua hampa dok kata...

    Isa buat apa sblm ni? pi tanya orh perlis, depa nak sapa?

    BalasPadam
  4. orang luaq perlis tau komen ja, depa xtau hal yg sebenarnya.. bagi aku shahidan adalah orang paling layak untuk umno perlis, umno perlis yg ada sekarang ni penuh dengan dendam kesumat dan hasad dengki saja..

    BalasPadam
  5. perlis kotor gila skrg dibawah Isa Mat Sabu, kalau tanya rakyat Perlis sudah pastilah Shahidan yg bertakhta dihati.

    BalasPadam
  6. aku setuju dgn Tindakan Shahidan KAssim. Go Shahidan..benda gila, bila org tu bagus.,,,dan kepimpinan di abagus di buang...

    kat dlm UMNO dan dlm politik Malaysia aje ada benda ni..

    Perlis berjaya kekal ampuh ketika serangan tsunami 2008 dan hadiah buat Shahidan..ditendnag keluar.

    drmuzi

    BalasPadam
  7. Memang betul.. Perlis ni kalau tak nak panas suhu politiknya mesti kena bagi Shahidan pegang semua jawatan.. Kalau boleh jawatan raja pun kena bagi kat dia.. Baru tak panas!! Mulut orang Perlis mudah ditutup dengan duit Shahidan aje!Satu kepala RM50 @ RM100 cukup kan???Jom pakat2 kita pi sokong Shahidan!Hidup DS Najib!!!

    Anti Politik Wang

    BalasPadam