Isnin, 27 Disember 2010

Nik Aziz Nyanyuk...Umat Islam Wajib Mempertahankan Ahli Sunnah Waljamaah...


Umat Islam Nusantara Perlu Berjuang Pertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah

SHAH ALAM: Umat Islam di rantau ini perlu berjuang bagi membela ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan membersihkan Islam daripada ajaran-ajaran yang bertentangan dengannya.

Seorang pensyarah bidang Akidah (Theology) dari Al-Madinah International University, Arab Saudi di sini, Dr Muhammad Nur Ihsan berkata tidak semua orang Islam mampu melakukan jihad atau perjuangan membela ajaran Sunnah ini kerana ia perlu dilakukan oleh mereka yang berilmu dan mendalami ajaran Sunnah terlebih dahulu.

Ketika memberikan ceramah bertajuk "Prinsip-prinsip Beragama Imam Syafie dan Ulama Syafieyah di kampus universiti itu di sini hari ini, katanya Sunnah adalah ajaran Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis serta teladan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Selain itu, Muhammad Nur berkata umat Islam perlu juga berhati-hati dengan sesetengah golongan Islam seperti kaum Syiah yang menonjolkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada masa yang sama mencerca sahabat-sahabat Rasullullah dan mendakwa Al-Quran diselewengkan.

Ustaz Abu Ihsan Al-Atsari, seorang penulis dan penterjemah buku-buku Islam di Indonesia berkata Syiah adalah ajaran yang tidak sehaluan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata umat Islam di Malaysia dan Indonesia perlu berhati-hati dengan usaha penyebaran fahaman Syiah ke rantau ini kerana ada ajaran-ajarannya disebarkan menerusi penulisan dan juga ajaran tasauf.

Ceramah selama dua hari yang bermula semalam mengenai Imam Syafie merupakan anjuran bersama Al-Madinah International Universiti cawangan Malaysia dan Perniagaan Bushra.- BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan