Khir Toyo Lepas Jawatan Ketua Pembangkang Selangor Serta Merta
SHAH ALAM, 6 Dis (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana dituduh berhubung kesalahan dalam pemilikan dua lot tanah dan sebuah banglo, akan melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor berkuatkuasa serta merta, demikian menurut laman web www.drkhir.com hari ini.Mohamad Khir, 45, anggota jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Negeri, turut berkata beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung jawatannya dalam parti. "Jika ia menjadi masalah besar kepada parti, saya rela mengundur diri.
Namun sebagai wakil rakyat, saya akan terus berkhidmat walau atas platform manapun sehingga mahkamah membuat keputusan," katanya laman webnya itu pada pukul 5.18 petang ini.
Mohd Khir, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, berkata apa yang diharapkan ialah perbicaraan itu didapat dijalankan secepat mungkin.- Bernama.
Khir membuktikan bahawa beliau pemimpin sejati! malah episod ini akan menjadi gelanggang sebenar kepada beliau untuk membuktikan kepada pembangkang dan siapa jua yang sinis memandang beliau selama ini bahawa beliau bersih! ini peluang dan ruangnya...
Benar bahawa bahu yang memikul tentu lebih berat dari mata yang memandang, oleh yang demikian diharap beliau dan keluarga tabah dan sabar dengan dugaan berat ini, sesungguhnya setiap pemimpin akan diduga dan dicoba dengan pelbagai dugaan untuk menjadikannya lebih kental dan bersedia dalam apa jua keadaan...
Setiap yang benar akan tetap 'bersinar' apabila beraraknya mendung kelabu...cuma masa yang menentukannya tapi bagi orang politik masa selalunya tidak pernah cukup lebih lagi kalau masa itu dipegang oleh mereka yang memegang loceng masa!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan