Ahad, 19 Disember 2010

Pilihanraya Sarawak...Esok Pun Taib Mahmud Sedia!!!




KUCHING 18 Dis. - Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan seorang wanita Arab berusia 28 tahun dipercayai dari Lebanon dalam majlis tertutup yang diadakan di kediamannya di Demak Jaya malam ini.

Taib dan isterinya dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin pada pukul 9.30 malam dalam satu majlis sederhana yang diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau.

Turut kelihatan pada majlis akad nikah itu ialah anak kedua Abdul Taib, Mahmud Abu Bekir.

Semalam, ketika menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam Bersama Persatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, Abdul Taib menafikan bahawa beliau telah berkahwin dan sekadar menjawab: "Belum lagi."

Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri itu selepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April tahun lalu.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Abdul Taib memaklumkan bahawa pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan kerana ia merupakan majlis tertutup.

Majlis tersebut hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat kira-kira pukul 6.30 petang dan dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.

Antara kenamaan yang dilihat memasuki kediaman Ketua Menteri ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan dan Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Selamat Pengantin Baru Pehin Sri...

Taib Mahmud ada engine baru...kalau setakat anwar, hj hadi, nik aziz, kit siang jauh sekali karpal singh tak payah la nak lawan...buang masa beb... orang sarawak bukan bodoh dan kuda kayu nak dijadikan kuda oleh puak pakatan haprak!!!

Nampak Taib bukan sahaja mempersiapkan sarawak bagi menghadapi pembangkang dalam pilihanraya negeri yang bakal tiba malah mempersiapkan diri nya untuk lebih mudah dan fokus dalam kehidupan... orang lelaki kalau tak de orang perempuan memang susah beb!!! boleh langgar dinding!!!

Tahniah Pehin Seri! Tahniah Rakyat Sarawak!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan