Selasa, 15 Oktober 2013

Annuar Musa Tunjuk Jantan..!


Bila kita berani berterus terang maka akan ada la lalat langau yang datang mengurung menabur cerita yang kita bakal menentang, kita akan menyusahkan, kita bakal melawan...oleh kerananya kita mesti dikalahkan, kita mesti dihapuskan..! 

Jangan terperanjat..! kerana semua yang dikesahkan itu adalah kebiasaan dan asam garam berpolitik didalam UMNO.

Kenyataan terbaru Tan Sri Annuar Musa pasti akan menyebabkan mereka yang duduk menghuni war room akan mengusulkan bajet baru untuk melautan biru kan Annuar Musa. Annuar perlu dicampak ke laut..!!!

Veteran Umno Tan Sri Annuar Musa, yang bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengetengahkan keperluan terhadap pemimpin yang tidak mengalami masalah rendah diri dalam parti itu.


"Namanya mesti jadi tinggi sungguh dan mesti jadi badan terdiri daripada ahli politik yang tiada rendah diri, kerana yang berdiri di depannya ialah perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

"Kalau ada rendah diri, takut nak bersuara, siapa yang nak betulkan perdana menteri?" soal Annuar.

Annuar juga mengingatkan, rakyat memberikan mandat kepada parti dan tugas parti membentuk kerajaan.

"Kalau parti, terutamanya anggota tertinggi di majlis tertinggi tunggu nak cium tangan PM, tunggu nak cium tangan presiden saja, tak lama lagi Umno lingkup," katanya.


Berkata benar la walaupun pahit...ubat selalunya pahit dan payah untuk ditelan.

Kita ada cerita bagaimana seorang tua yang terlalu berbudi bahasa, begitu mengagumi dan menghormati ketuanya hingga menunjukkan contoh cium tangan yang bakal di patern kan agar dijadikan rujukan rakyat dimasa depan telah berjaya diangkat menjadi seorang Menteri. 

Begitu lah besar nya kuasa mencium tangan...cerita cium tangan dan gambar akan menyusul kemudian.

Apapun bagi orang Melayu pasti mereka berkata...cium tangan kan biasa.. 
adat la katakan..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Klu ramai lagi pemimpin umno mcm TS Annuar baru ade harapan umno kembali kpd kewibawaan lampau. dimana para pemimpin akan berkata benar tanpa sikitpun takut kehinlangan jawatan dan kekayaan yg diperolehi melaluinya. bila kepentingan parti, rakyat terbanyak dan negara senantiasa diutama dlm pemikiran dan tindakan. bukan sekadar kata2 yg lansong tiada makna.

    BalasPadam
  2. Pemimpin CIUM Tangan adalah pemimpin yang akan melingkupkan UMNO....Semua dasar dan Program untuk rakyat akan hancur sebab ramai dikalangan Pengarah / Pegawai yang kaki CIUM tangan maka laporan prestasi maupun kesesuaian sesuatu program tresebut juga akan gagal tapi bila BOS tanya maka jawapnya SEMUA OK padahal semua AUTA..... Syabas TS Annuar kami Usahawan Luar Bandar masih ingat jasa TS Annuar semasa menjadi Menteri KPLB ( KKLW sekarang ) ketika itu.. Ramai usahawan Desa berjaya dengan proram BIK ( Bantuan Industri Kampong ) Oleh
    Usahawan Desa Kedah / Ahli UMNO.

    BalasPadam
  3. Budaya mencium tangan ini pada aku budaya@nilai murni yg patut dikekalkan.....walau bagaimanapun tangan yg berhak dicium adalah tangan kedua orangtua....tangan abang@kakak yg lebih tua....dan tangan ibu@bapa saudara kita....sebagai tanda kasih sayang, penghargaan juga demi mengukuhkan silaturrahim....terhadap kaum keluarga kita sahaja....

    BalasPadam