Khamis, 24 Oktober 2013

TRAGIS ~ VIDEO PEGAWAI DITEMBAK PENGAWAL BANK..!

SILA BERI KERJASAMA UNTUK MENGHUBUNGI PIHAK POLIS JIKA TERNAMPAK SUSPEK @ IBLIS INI..!

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.
Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.
Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal.
Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai, dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan.
Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter.
Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.
Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.
Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.
Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

7 ulasan:

  1. Sure Pejuang hak Asasi manusia sunyi..sebab yg mati tu melayu..ooop mangsa..sure jika penjenayah di tangkap..polis kena pujuk, belai, amaran , amaran , beri calling card..whatapps., wechat, ...kalau penjenayah tu tembak..suruh Surendran tahan dada..., so mana dia suhakam, suaram, dan NGO, Mp...sunyi tak bantu mangsa can famili meka kah..

    BalasPadam
  2. ada ke lelaki jahanam itu melepaskan TEMBAKAN AMARAN sebelum melaksanakan jenayahnya seperti mana pejuang hak asasi manusia mahu POLIS melepaskan TEMBAKAN AMARAN sebelum tembak penjenayah.

    BODOH punya pejuang....

    BalasPadam
  3. Laknat punya binatang.....klu dia suruh 2 perempuan tu ketepi pun, diaorg mesti tak lawan. Lepas tu nak sakau duit tu ambik lah. Cara dia pun macam dah biasa membunuh....

    BalasPadam
  4. lepas ni sicelaka tu akan bagitau bahawa dia dengar suara halus / bisikan supaya tembak perempuan itu,,,,, dan dia pun tembaklah dalam keadaan tak sedar,,

    BalasPadam
  5. Laporan kata umur celaka tu 37 tahun.....cuba korang tengok muka dia....aku rasa lewat 40an....tak pun dah 50. Malaun macam ni ada banyak ic dan passpot.

    Korang bayangkan dia pakai kopiah dan kain pelikat masuk masjid....boleh kenal tak?

    BalasPadam
  6. babi,setan punya orang...moga2 di panah petir..

    BalasPadam
  7. I have an excited analytical eye regarding details and
    may foresee difficulties before these people take place.


    my web blog :: SEO

    BalasPadam