Rabu, 24 September 2014

Wan Azizah Bakal Dilantik EXCO..!

Soal jawatan Menteri Besar dah selesai...kini giliran menamakan barisan EXCO kerajaan negeri pula..! 4 orang EXCO dari PAS dah pun meletak jawatan..

SHAH ALAM - Empat Exco Pas yang bersama dan menyokong pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan serta-merta semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bagi pihak empat Exco, mereka akan menurut amalan perlu meletak jawatan bersama Abdul Khalid dan ia merupakan amalan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta sebab kita dilantik bersama dengan Abdul Khalid, jadi bila beliau  letak jawatan, kita semua pun perlu letak jawatan, ini memang amalan dalam kerajaan dan Exco baharu akan dilantik oleh menteri besar baharu.

"Kita juga mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberi semua pihak selama ini, " katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azmin pula dilaporkan akan mengadap Sultan Selangor untuk menamakan barisan EXCO yang baru esok...

SHAH ALAM: Azmin Ali memulakan tugas sebagai menteri besar yang ke-15 tepat pukul 7.55 pagi di Bangunan Sultan Setiausaha Kerajaan Negeri Shah Alam. 
Azmin, 50, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang melepaska jawatannya sebagai menteri besar. 


Beliau yang berpakaian sut berwarna hitam disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi dan kakitangan pejabat Menteri Besar. 


Khusrin kemudiannya memberikan taklimat ringkas kepada Azmin di pejabat Menteri Besar di tingkat 21. 
Selepas itu Azmin turut mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan di tingkat 22. 


Sempat meluangkan masa bercakap kepada pemberita, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Khamis untuk membincangkan barisan exco baharu yang akan mengangkat sumpah pada Jumaat. 

Pasti Wan Azizah akan dilantik EXCO bagi menjernihkan suasana dikalangan kuda belang yang taksub..! Sedangkan drama ini semuanya telah berjaya dilakonkan sejak dari ADUN Kajang meletakkan jawatan..!

Tujuan Anwar untuk meletakkan Azmin sebagai Menteri Besar dah berjaya..! Wan Azizah juga tersenyum lebar kerana dipilih sebagai ADUN dan bakal dilantik sebagai EXCO...! Bagi Anwar urusan membayar penat lelah lakonan yang dimainkan oleh Wan Azizah telah berhasil..!

Yang berhasil dan berair tetap Anwar..! Azmin pun Anwar..! Azizah pun Anwar..! Pi mai..pi mai...Anwar yang menuai..!!! Macai tetap macai..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. WATAK PENJAHAT UTAMA DI MALAYSIA

    BalasPadam
  2. Timbalan presiden jadi mb..presiden jadi exco..kalau zizah terima jawatan exco mmg menyerlahkan bahwa dia mmg tak de class..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kelas atau xde kelas pun manusia PKR beberapa ekor tu peduli apa. Muka mereka pun xde calar xde pucat xde nipis walau apapun dikata atau dikeji orang ramai. baginya ada satu perkataan.."ada aku kesah???"

      Padam