Khamis, 23 Julai 2015

Amaran Awal Nampak..!


Apa apa hal kasi amaran dulu..!

KUALA LUMPUR: "Jangan biarkan diri jadi pasukan belasahan!" Itu amaran jurulatih skuad bola sepak Pilihan Malaysia, Dollah Salleh kepada anak buahnya. Bagi Dollah, biarpun akan berdepan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool yang penuh dengan sejarah hebatnya, ia bukan alasan untuk skuad kendaliannya yang dibarisi pemain tempatan dan import dari Liga Malaysia, menampilkan aksi lesu di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok. 

Sebaliknya, ketua jurulatih kebangsaan yang diberi tanggungjawab mengendalikan pasukan Pilihan Malaysia pada aksi persahabatan antarabangsa itu, yakin pemainnya akan memberikan saingan sengit kepada skuad 'The Reds'. "Yang penting saya mahukan pemain memberikan saingan kepada Liverpool dan tak nak jadi pasukan belasahan...bagi yang terbaiklah.

"Saya cuma khuatirkan tentang kerjasama berpasukan sahaja kerana pemain baru berada bersama kita selama empat hari, ada yang baru dua hari. Namun pemain memang bersemangat untuk beraksi pada malam esok," katanya selepas sesi latihan rasmi pasukan di Stadium Nasional petang ini. 

Ini adalah lawatan kedua Liverpool ke Malaysia selepas menumpaskan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K Rajagobal 6-3 pada tahun 2011 di hadapan lebih 85,000 penonton di gelanggang yang sama. Mengulas kemungkinan pengurus pasukan Liverpool, Brendan Rodgers menurunkan barisan simpanan, Dollah berkata skuad bimbingannya tidak akan memandang ringan cabaran kelab Inggeris itu. 

"Tak kira sama ada skuad simpanan atau skuad utama, Liverpool adalah Liverpool, kita tidak boleh pandang rendah keupayaan mereka," katanya.

Alasan dah ada...kerjasama berpasukan..masa 4 hari..! 

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Pemain2 bola ini kena melalui sesi latihan macam angkasawan negara lalui... baru jati diri mereka terserlah. Baru boleh jadi juara.

    Ciri-ciri pemusnah :-

    1. Semangat tidak kental.

    2. Pentingkan diri, tiada semangat kawan, tiada semangat berpasukan sehingga objektif menjadi kabur.

    3. Keinginan setiap pemain yang ingin diri di nobatkan menjadi pemain pilihan, satu penyakit hati.

    4. Penyakit "inferiority complex" yang sering terserlah bila menghadapi lawan yang lebih kuat. Penyakit bangga diri bila bertemu pasukan di anggap lemah.

    5. Tiada stamina. Selalu hilang fokus - mesti memiliki sikap belasah dan menang ! Berikan mereka "bungee jumping" atau terjun payung dari angkasa....

    * pemain2 bolasepak mesti di asah mental dan fizikal - teori dan praktikal. Sikap berjuang secara profesional mesti wujud dalam diri setiap pemain. Bukan mengejar gaji lumayan dan ganjaran semata-mata.

    BalasPadam