Rabu, 22 Julai 2015

Terbakar Pulak..!


Macam macam ada sekarang ni..! Semoga kita dan negara dijauhkan dari sebarang bencana..!

Cukup cukup ler bencana menimpa..!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu audit keselamatan dilakukan terhadap perkhidmatan LRT berikutan insiden kerosakan brek di dua lokasi berasingan di sini, Rabu.
"Saya bersyukur tiada yang cedera dalam kejadian melibatkan LRT di hentian Setiawangsa dan Universiti.
"Satu audit keselamatan perlu dilakukan agar keselamatan para penumpang sentiasa diutamakan," katanya dalam laman Facebook dan Twitternya.
Dalam kejadian itu, dua tren LRT Laluan Kelana Jaya mengalami masalah sistem brek, satu berdekatan Stesen Universiti, Petaling Jaya dan satu lagi di Stesen Setiawangsa.  
Kedua-dua insiden menyebabkan gangguan di laluan tersebut serta menyebabkan keadaan dua-dua tren berkenaan diselubungi asap.
Kejadian pertama berlaku di Stesen Setiawangsa pada pukul 8 pagi dan kejadian kedua pada pukul 12.18 tengah hari.
Sementara itu, Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan di sini berkata, syarikat berkenaan menyedari masalah kegagalan brek tren berkenaan dan telah mengambil langkah untuk membaikinya dengan memasang brek baharu pada 35 tren empat gerabak berkenaan.
Langkah sementara itu dilakukan sementara menunggu syarikat pengeluar tren Bombardier dan Knorr Brake tampil dengan pelan penyelesaian jangka panjang sambil ia mengakui terdapat masalah dalam reka bentuk.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan