Panas beb..! berapi tu..!
Artikel Terbaru Tun Mahathir
(Terjemahan Bluee Oocean)
KONSPIRASI
1. Banyak yang di perkatakan oleh orang tertentu berkenaan konspirasi untuk mengulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri.
2. Wujud kah konspirasi tersebut? Wujud kah seseorang atau kumpulan yang berkonspirasi i.e. bergerak secara rahsia di bawah tanah untuk mengulingkan Najib?. Mungkin ianya wujud sebelum ini. Tetapi setakat ini selain daripada rakyat yang secara peribadi menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap pentadbiran Najib, tiada yang mengatur perancangan untuk menjatuhkan beliau. Dalam kata lain, mereka menyambut baik idea supaya beliau meletak kan atau mengosongkan jawatan nya tetapi tiada yang merancang atau bertindak secara aktif di bawah tanah untuk mengulingkan beliau.
3. Apa yang kita tahu ialah saya telah secara terbuka meminta beliau meletak kan jawatan. Tiada sebarang konspirasi. Cuma kenyataan terbuka kepada seluruh negara yang saya mahu melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri.
4. Jadi tidak perlu lah detektif atau agen khas jika sebarang penyiasatan perlu di lakukan. Gerakan atau desakan untuk Najib meletak kan jawatan telah pun di ketahui ramai dan bukan lagi satu rahsia.
5. Jadi di manakah yang di katakan wujudnya konspirasi tersebut? Segala nya secara terbuka. Kempen untuk beliau berhenti menjadi Perdana Menteri.
6. Kebelakangan ini kita melihat banyak kenyataan kenyataan yang melucukan. Utusan secara lantang mengistiharkan yang konon nya Perdana Menteri telah mengambil tindakan undang undang ke atas akhbar The Wall Street Journal.
7. Sebenarnya ianya bukan lah tindakan undang undang mahupun saman malu. Ianya tidak lebih sekadar sepucuk surat dalam nada berbudi bahasa bertanya kepada Wall Street Journal mengapa mereka menyiarkan artikel tersebut?.
8. Adakah perlu untuk bertanya soalan kebudak budakan seperti itu? Bukan kah telah jelas bahawa maklumat yang di dapati oleh Wall Street Journal adalah maklumat sensasi. Dan mana mana akhbar yang yakin dengan kesahihan maklumat tersebut tidak akan teragak agak untuk menyiarkan nya maklumat sensasi tersebut. Dan atas sebab yang jelas kepada kita sudah tentulah akhbar tempatan arus perdana tidak akan menyiarkan nya.
9. Demi untuk merapatkan diri mereka dengan Perdana Menteri mereka rela untuk mengelabui mata rakyat. Penyunting mereka begitu hebat di dalam menulis tajuk berita yang memesong kan rakyat. Sebagai contoh apabila kenyataan di buat untuk membenarkan pasukan khas empat anggota menjalan kan tugas mereka maka di jadikan tajuk berita sebagai sokongan kepada Perdana Menteri.
10. Kemudian seorang menteri yang setelah menyatakan bahawa laporan interim Ketua Audit Negara tidak menunjukan sebarang salah laku oleh 1MDB kemudian nya menasihatkan rakyat untuk tidak membuat sebarang ulasan sehingga lah laporan penuh di keluarkan. Tanpa menyedari bahawa beliau sendiri telah membuat kenyataan sebelum laporan penuh di keluarkan.
11. Jawapan lazim kepada kepada semua komen berkenaan 1MDB ialah untuk menafikan dengan berkata “ Tidak. Ianya tidak benar”. Ianya umpama seseorang yang apabila di tanya samada mencuri sejumlah wang seperti yang di dakwa hanya sekadar menafikan mencurikan wang tersebut dan berharap akan di bebaskan oleh hakim cukup sekadar dengan penafian nya.
12. Tiada sebarang penafian bahawa sejumlah wang telah di deposit kedalam akaun peribadi. Penjelasan setakat ini kepada UMNO bahawa ianya adalah untuk kegunaan pilihanraya. Dan UMNO berpuashati dengan penjelasan tersebut. Tidak kah mereka tahu bahawa wang milik kerajaan tidak boleh di gunakan untuk sesebuah parti politik memenangi pilihanraya.?. Tetapi wang tersebut adalah sumbangan. Siapa lah agak nya yang sanggup menyumbang RM2 billion?. Tiada jawapan.
13. Tetapi bagaimana pula dengan BRIM?. Bukan kah ianya wang milik kerajaan? Kesemua RM7 billion dan lebih lagi. Memang bijak. Ianya bukan lah untuk pilihanraya tetapi di beri sebelum pilihanraya dengan janji akan di tambah jumlah nya jika parti memenangi pilihanraya. Bukan kah ianya juga tak ubah seperti mengunakan wang kerajaan untuk memenangi pilihanraya?.
14. Benar seperti yang di kata..wang adalah raja!!
15. Kemudian ada yang bertegas konon nya memandangkan Najib adalah di pilih oleh rakyat maka tiada sesiapa berhak untuk meminta beliau meletak kan jawatan.
16. Begitu singkat ingatan mereka. Tidak kah mereka ingat bagaimana Abdullah yang juga di pilih oleh rakyat juga di minta meletak kan jawatan oleh Najib?. Dan beliau meletak kan jawatan seperti yang di minta.
17. Dan saya yang juga di pilih oleh rakyat sebagai Perdana Menteri meletak kan jawatan pada 2003.
18. Di seluruh dunia terdapat Presiden atau Perdana Menteri yang di pilih oleh rakyat juga pernah di minta atau di paksa meletakan jawatan. Dan mereka meletak kan jawatan. Malah di sesetengah negara adalah suatu kebiasaan jika berlaku sesuatu, Menteri atau Perdana Menteri nya meletak kan jawatan.
19. Jadi jangan lah seperti kebudak budakan dan menuntut memandangkan Najib di pilih oleh rakyat maka tiada sesiapa berhak untuk meminta beliau meletak kan jawatan. Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 berbanding Najib pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia meletak kan jawatan nya, Najib setelah prestasi nya yang mengecewakan di dalam pilhanraya umum sepatut nya tidak perlu menunggu untuk di minta meletak kan jawatan. Dia seharusnya bersara dari menjadi Presiden UMNO dan membiarkan orang lain untuk mengetuai UMNO dan menjadi Perdana Menteri.
20. Ada cadangan untuk meminda peraturan pemlihan di dalam UMNO untuk menjadikan nya lebih demokratik. Supaya lebih ahli berpeluang dari hanya sekadar lebih kurang 2000 perwakilan di Perhimpuan Agung UMNO.
21. Tujuan nya adalah untuk menghadkan jumlah pemilih yang terlibat di dalam pemilihan tersebut. Pemenang nya adalah adalah dari mereka yang mendapat jumlah undi bahagian terbanyak. Secara efektif nya ini bermakna jumlah pemilih sebenarnya telah di kurangkan dari 2000 kepada cuma 190 bahagian UMNO. Pengundian seseorang calon oleh ahli telah di mansuhkan. Jauh sekali dari menjadikan UMNO sebuah parti yang lebih demokratik, Naji telah menyekat hak memilih oleh ahli ahli biasa kepada cuma beberapa bahagian. Dan hampir kesemua ketua ketua bahagian di bawah cengkaman Najib.
22. Supaya UMNO lebih demokrasi. Konon nya.
Lu Fikir La Sendiri!!!
Salam. Tiada keperluan seorang PM mengikut telunjuk orang lain untuk berundur. Siapakah Tun M untuk mengarahkan seorang pemimpin negara berundur?
BalasPadamMungkin beliau terasa masih memerintah Malaysia atau berkuasa?
Kepada Tun M, hentikan segala sandiwara anda dan cukuplah bagaimana kami rakyat Malaysia diperbodohkan. Anak siapa yang menjadi Bilionaire dan Milionaire? Kami rakyat biasa dapat apa? ASB? ASM? Siapa yang mengkayakan siapa? Mana perginya wang RM30 Bilion yang hilang zaman pemerintahannya dalam forex? Duit pembayar cukai dengan begitu mudah hilang... Ehh silap buat pelaburan katanya tetapi bukan hilang dan dalam Business dikatakan rugi tetapi tidak hilang..Auta Mamak keling semua macam ni la.Zaman Tun M hilang ehh rugi 30 bilion tidak mengapa tetapi apabila Najib melakukan sesuatu yang baik lantas dikutuk dengan cara sopan tetapi diracuni pemikiran rakyat dengan kerjasama wartawan bangsat dari luar negara.
Tun M ludah kelangit dan kena dekat batang hidung dia sendiri. Cukuplah dan hentikan semua kenyataan yang tiada guna bagi kami rakyat malaysia yang diperbodhkan selama 23 tahun.
TUN BELA BUKAN UNTUK DIRINYA, TETAPI UNTUK RAKYAT, RAKYAT YANG KENA TANGGUNG APA YANG PM LAKUKAN, KENAIKAN BARANG-BARANG SEMAKIN HARI SEMAKIN NAIK, GST, KENAIKAN PETROL, BUKAN KATA TUN SEORANG SAJA YANG SURUH PM BERUNDUR, BERIBU-RIBU RAKYAT SURUH PM BERUNDUR, INI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT. PM BOLEH DICARI.
PadamMemang Tun Mahathir tak memgenang budi, sepatutnya dah lama dia dipenjarakan kerana memerintah negara tidak betul. Kekayaan negara terlalu banyak lesap, kemane hanya Allah dan dirinya sje yang tahu. Rakyat susah tak pernah merasa walaupun sesen pun duit negara. Tiada bantuan wang ringgit pada masa tu.Cukup2 lah Tun. Kebaikkan yang Tun telah buat kami ucapkan terima kasih dan akan dikenang sampai mati. Tapi klu Tun terus mengacau negara hingga hancur, Tun juga akan dikenang, dibenci dan dihina walaupun apabila telah tiada.
PadamBernas...SETUJU..mamak tu dah nyayuk...kesilapan dia lagi banyak, buat tak nampak.
PadamTun Mahathir semakin tua semakin busuk dan pengkhianat, sama seperti anak betina dia Marina Mahathir yang selalu mengkeritik PM Najib.
BalasPadamSemasa rejim T M dahulu, beliaulah yang membiakkan pemimpin Umno lama anwar Ibrahim menceburkan kegiatan homoseksual, tetapi, T M buat-buat tidak tahu sahaja.
Bagaimana dengan kes Port Klang semasa TN jadi PM dahulu, kenapa T M senyap?
s
Awat ko bodoh sangat? Cakap serupa orang tak ada akal saja.
PadamJika benar Najib di pihak benar, sila Mak Bedah terangkan mengenai RM 15.4 bilion wang 'pelaburan' yang 'dilabur' oleh 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Funds, serta Aabar Deposit, apakah jenis pelaburannya, dan di manakah pelaburan itu dibuat?
PadamHingga kini samada Najib, 1MDB, atau juak-juaknya termasuk Mak Bedah pun tak dapat menjawab isu ini.
Kosnya bukan sedikit, RM 15.4 bilion (RM 15,400,000,000.00). Dengan dana sebanyak itu, beratus ribu buah rumah kos rendah boleh dibuat, beribu-ribu kilometer jalan raya jenis R5 boleh dibuat, berjuta jambatan kampung boleh dibuat, jalan-jalan kampung pun beratus ribu kilometer boleh dibuat, berjuta padang futsatl, gelanggang badminton, litar lumba motosikal untuk elak lumba haram, gelanggang takraw boleh dibuat, beratus buah hospital boleh dibina, beribu buah sekolah boleh dibina, beratus ribu buah bangunan tadika KEMAS atau tadika Perpaduan boleh dibina dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion itu.
Sekarang ini kita mau tahu apakah yang sebenarnya 'dilaburkan' dengan menggunakan RM 15.4 bilion itu oleh 1MDB yang kononnya 'melabur' dalam ketiga-tiga institusi berkenaan.
Jangan sokong buta tuli sahaja Mak Bedah, jangan hanya kerana dilempar wang dua tiga ringgit ke muka maka boleh menjual maruah diri membela perkara salah, apakah maruah diri hanya dengan nilai dua tiga ringgit itu sahajakah, malahah diberikan dengan cara dicampakkan ke muka, pemberian secara hina.
Tun Dr. Mahathir, dan para blogger yang mengkritik Najib adalah konsisten dengan apa yang mereka utarakan dari permulaan kes ini hinggalah sekarang ini, hanya Najib dan kuncu-kuncunya sahajalah yang putar sana putar sini, sekejap tunai, sekejap aset, sekejap unit, lepas tu mula-mula justo ubah suai dokumen, kemudian jadi james steward pula ubah suai dokumen, apa ni semua, pasal apa selalu sangat Najib dan kuncu-kuncunya buat konar baring sana sini?
Malahan hingga kini tiada respon dari Najib apakah dia pernah membuka dua akaun di AmBank sebelum PRU 13 dan menutupnya beberapa bulan selepas tamat PRU 13, di mana dalam tempoh kewujudan akaun tersebut, sebanyak RM 2.63 bilion di masukkan ke akaun tersebut, hingga kini Najib tak menjawabnya, hatta YA atau TIDAK pun Najib tak berani beri jawapannya.
Malahan bukan setakat dua akaun itu sahaja, ada akaun lain lagi, malahan terdapat penyaluran wang yang dibuat secara bertingkat dari satu syarikat ke satu syarikat lain dan seterusnya digabungkan wang-wang itu dan dimasukkan ke akaun Najib seperti RM 10,000,000.00 (RM 10 juta) yang masuk ke akaun Najib yang lain pula sebelum ini.
Begitu juga dengan Rosmah, dia mengaku nombor akaun yang dinyatakan oleh pihak Sarawak Report itu adalah akaunnya, malahan dia tak berani jawab pun mengenai RM 2 juta yang dimasukkan secara berperingkat dengan setiap satu transaksi melibatkan antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00.
Bersambung..............
Sambungan.....................
PadamKita hairanya pihak berkuasa hanya sibuk menangkap orang itu dan orang yang dipercayai boleh dan mempunyai maklumat mengenai salah laku Najib, bininya, serta kuncu-kuncunya, tetapi pihak berkuasa tak tangkap Najib, bininya serta kuncu-kuncunya pun sedangkan kes utama adalah melibatkan mereka, malahan pihak berkuasa bermati-matian nak elakkan Najib disoal siasat, apa ini semua?
Saya mengerti bahawa Peguam Negara berjawatan kontrak, Ketua Polis Negara berjawatan kontrak, begitu juga dengan Gabenor Bank Negara pun berjawatan kontrak, malahan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencecahan Rasuah Malaysia pun berjawatan kontrak, apakah mereka ini risaukan kontrak jawatan mereka ditamatkan oleh Najib jika tidak ikut arahan Najib untuk menyelindungkan segala salah laku Najib selama ini?
Sebab itulah Najib perlu 'direhatkan' dari jawatan Perdana Menteri hingga kes selesai, supaya dia tak boleh campur tangan dan mempengaruhi pihak-pihak yang membuat siasatan itu dengan ugutan itu dan ini. Tapi kepimpinan di Malaysia dah jadi macam seperti negara dunia kelas ketiga, seorang pemimpin negara yang disyaki dan menjadi suspek kes jenayah pun masih bebas bergentayangan dan mempunyai kuasa penuh untuk mengganggu siasatan tanpa sebarang tindakan, inilah Satu Malaysia Najib Didahulukan, Najib Diutamakan.
Sedarlah semua.
Atuk Cincaluk.
Mak Bedah dalam kain tu wangi ke pekong ?
PadamTuduhan kamu adalah tekaan semata2, klu betul nti kamu boleh terus berkokok, tapi bagaimana klu perkara tu tak benar. Tak rasa bersalah dan berdosa ke. atau kamu rasa kot mne pun dia mesti benar kerana yang pertama Tun yang cakap dan yang kedua semua yang terlibat menyiasat melindungi DS Najib kerana takut, begitu.. Tun bukan maksom boleh buat silap sebagaimana di era beliau. Dan klu kamu tak percaya badan penyiasat tak tau nak kata ape dah.. teruskan lah memfitna hingga kamu dipanggil pencipta untuk diadili disana. Apa salahnya tungu keputusan dari badan2 penyiasat termasuk PAC. Bukan lama pun. Kami tak menyokong DS Najib tetapi sebagai ketua kita perlu menghormati beliau dan harus memberi beliau ruang untuk membela diri. Jika akhirnya terbukti Ds Najib buat silap samada secara segaja ataupun tidak, beliau harus kne terima hukuman yang sewajarnya.
PadamUsahlah dipedulikan sangat mereka ni....komen pjg berjela2 konon nak tunjuk pandai....aku tahu semuanya.... Pegi dah....pegi ceduk dari komen-komen pembangkang je. Bodoh. Suuuudahlah....Tun M memang manusia meloyakan.... pandai berlakon, skrg pun tengah berlakonkan...heheh...macam peribahasa Inggeris....filling old wine in a new bottle....thats Tun M
PadamSaya sebagai rakyat marhaen yang memberi undi kepada kepada Najib pada piihanraya 2013 dan tiada kaitan dengan apa2 projek kerajaan dan tiada terlibat dengan ahli politik umno mahupun pakatan rakyat mahu NAJIB berundur. Rakyat adalah raja..Mereka yang memberi makan pada pemimpin. Bukan pemimpin yang dilantik seperti ahli tertinggi UMNO dan ketua cawangan UMNO atau pihak pembangkang yang memberi makan pada rakyat. Rakyat hanya mengamanahkan mereka untuk mengurus duit2 rakyat dan sebagai saguhati rakyat memberi mereka ini sedikit gaji atas perkhidmatan mereka. Disebabkan perkhidmatan mereka tidak cemerlang malah merosakkan harta rakyat maka kami meminta ketuanya dahulu berundur. REMEMBER rakyat adalah Raja..bukan sebaliknya...tangan yang memberi undi jangan dihina dan dont insult our intelligence..
BalasPadamAnon 8.57..tolonglah banyak membaca seperti yang disarankan dalam alquran... Tulisan kamu diatas menunjunkkan kamu kurang membaca atau mereng seperti merengnya orang melayu selama hidup membaca satu sumber seperti UTUSAN dan satu mereng kesebelah lagi kerana seumur hidup membaca HARAKAH. Bacalah dengan nama tuhanmu..bacalah segala jenis sumber..maka dari itu kamu akan dapat menilai akan kebenaran...
orang yang membaca satu buku setahun tidak sama pengetahuannya dengan orang yang membaca 52 buku setahun..orang hidup 30 tahun (satu zaman) tidak sama dengan orang yang hidup 3 zaman (90 tahun)...Please...bacalah sebanyak mungkin dari sumber kerajaan, pembangkang dan yang neutral...dari situ kamu dapat menilai kebenaran...Jangan jadi mereng seperti kebanyakkan orang melayu...mereng kekiri atau kekanan sebab kurang membaca..tegaklah kepala dengan membaca sebanyak mungkin...
Matlamat terakhir sebelum Tun M tutup mata ialah Mukriz jadi PM
BalasPadamTak payah nak buat andaian gila wahai anon 22 Julai 2015 9:36 PG, kamu ini sah jahil dengan adat dan budaya UMNO.
PadamDalam UMNO, jika presiden bersara, maka timbalan akan gantikan, tempat timbalan digantikan oleh salah seorang dari naib presiden.
Persoalannya di sini adalah Datuk Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir bukannya Timbalan Presiden atau salah seorang dari Naib Presiden, malahan bukannya Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Datuk Seri Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir tak ada jawatan pun dalam UMNO Pusat, beliau hanya berjawatan dalam UMNO sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerlun sahaja, bagaimanakah seorang yang hanya Ketua UMNO Bahagian boleh melangkaui Ahli Majlis Tertinggi, Naib Presiden dan Timbalan Presiden untuk menduduki jawatan Presiden?
Malahan untuk mendaki jawatan Presiden pun, Datuk Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr. Mahatir perlu masa sekurang-kurangnya 10 tahun lagi, nak bertanding jadi jawatan Naib Presiden ambil masa tiga tahun, nak bertanding jawatan Timbalan ambil masa tiga tahun, nak bertanding jawatan Presiden ambil masa tiga tahun, lepas tu Najib tangguhkan pemilihan UMNO selama 18 bulan lagi, mau lebih 10 tahun, itu kalau kira nak bertandinglah, tapi dalam UMNO mana ada orang pernah buat begitu, nampak sangat tamaknya dan akan ditolak oleh ahli.
Sebenarnya Tun Dr. Mahathir bukannya nak DatuK Seri Haji Mukhriz jadi Perdana Menteri sebelum beliau meninggal dunia, kerana apakah faedah dan keuntungan yang beliau akan dapat? Beliau sudah tua, umur pun dah 90 tahun, tak ada maknanya beliau nak mengejar perkara-perkara sedemikian.
Malahan kalau Tun Dr. Mahathir nak naikan Datuk Seri Haji Mukhriz sebagai Perdana Menteri sebelum beliau meninggal dunia, sudah tentu semasa beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu, beliau akan naikkan Datuk Seri Haji Mukhriz jadi Ketua Pemuda, jadi Menteri, jadi Ahli Majlis Tertinggi, jadi Naib Presiden malahan dinaikkan jadi Timbalan Perdana Menteri supaya bila beliau bersara, Datuk Seri Haji Mukhriz yang gantikan beliau jadi Perdana Menteri, beliau punya tempoh yang sangat panjang untuk berbuat demikian, tetapi beliau tak berbuat demikian pun, kerana beliau ada prinsip.
Sekarang ini apa yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir adalah berdasarkan prinsip beliau iaitu melindungi kepentingan Malaysia, serta mempertahankan kekuatan, keutuahan serta kedaulatan UMNO dan Barisan Nasional supaya terus menjadi parti pemerintah di Malaysia, kerana UMNO dan Barisan Nasional adalah suatu wadah yang banyak berjasa dan mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara ini.
Tun Dr. Mahathir tak boleh biarkan UMNO dan Barisan Nasional dirosakkan oleh Najib yang mementingan dirinya sendiri sahaja itu, kerana rosaknya UMNO dan Barisan Nasional, maka rakyat tak sokong UMNO dan Barisan Nasional, malahan tumbangnya UMNO dan Barisan Nasional, maka rosaklah Malaysia, kerana PAS, PKR, dan DAP memang tak boleh diharap, tak guna, mereka itu tak tahu membangunkan negara, mereka hanya merosakkan negara sahajalah.
Inilah sebabnya Tun Dr. Mahathir berhempas pulas walaupun dimaki hamun oleh macam-macam jenis orang, tetapi kerana kepentingan negara, kepentingan rakyat, kepentingan UMNO, kepentingan Barisan Nasional, maka Tun Dr. Mahathir terus berjuang, dan perjuangannya disambut oleh rakyat berbagai lapisan, tua, muda, miskin, kaya, di kampung, di bandar, berbagai agama, berbagai bangsa, kerana perjuangan Tun Dr. Mahathir adalah untuk kepentingan Malysia dan rakyatnya, sebab itulah masyarakat menyokong perjuangan Tun Dr. Mahathir selama ini.
Ikhlas dari,
Atuk Cincaluk.
Tanpa Nama22 Julai 2015 10:02 PG
Padamaku sangat bersetuju dengan komen kamu. Mukhriz bergiat aktif dalam politik pabila Tun bersara. pendekata Mukhriz kena struggle untuk mendapatkan tempat dengan menempuh berbagai cabaran dinegeri dan diPusat. Kenapalah masih ramai lagi mereka mereka yang tidak faham apa yang Tun lakukan adalah untuk maruah agama, bangsa dan negara.
kak bedah yang kat atas tuh memang aku dah paham dah. otak dan pemikiranya tidak setempat. dulu selalu komen kat blog sebelah sana. entah kenapa berubah angin. mungkin punya agenda tersendiri kot. bukan kah baik komen kat blog pembangkang.
Tun boleh buat banyak benda yg orang lain tak mampu buat, DS Anwar sekejap je jadi TPM, tak perlu pun semua laluan tu.. lalauan mcm main teng teng je..
PadamTun boleh buat banyak benda yg orang lain tak mampu buat, DS Anwar sekejap je jadi TPM, tak perlu pun semua laluan tu.. lalauan mcm main teng teng je..
PadamAku bangga kalau ada orang2 melayu kaya raya tak kira lah sama ada dia kroni2 orang2 tertentu, yg penting orang2 melayu ini pandai menguruskan perniagaan & semakin maju.
BalasPadamDan ini memberi banyak peluang pekerjaan utk anak2 melayu bekerja dgn bangsa sendiri.
Najib pula sibuk bawa masuk 1.5 juta bangladesh ke negara ini, bila kos subsidi meningkat, akan ada lagi subsidi barangan yang masih ada subsidi akan dipotong lagi atau dimansuhkan terus kononnya berlaku ketirisan penggunaan oleh warga asing, tapi yang bawa warga asing ramai-ramai yang tak bayar cukai sesen pun kepada negara ini dan mempelahap subsidi milik rakyat Malaysia adalah Najib dan kuncu-kuncunya juga.
PadamAtuk Cincaluk.
Fitnah lagi, 1.5 juta yang baru menggantikan yang lama. Subsidi utk semua dibatalkan, ditukar kepada subsidi mengikut sasaran.
Padamapa sebenarnya yang tun M mahu? jika mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada 1mdb, biarlah dilakukan penyiasatan. setakat ini penyiasatan oleh PAC, audit negara dan bank negara sedang berjalan. jika mahu tahu bagaimana ada cerita berlakunya transaksi duit berjuta ke dalam akaun pm najib dan rosmah, buatlah report agar penyiasatan juga boleh dilakukan. namun sehingga ini semua diselesaikan, tidak perlulah desak dan paksa pm najib letak jawatan. sebabnya, penyiasatan belum berakhir dan keputusan pecah amanah dan penipuan oleh pm najib belum dapat dibuktikan. jika perkara ini benar, tiada sebab untuk pm najib tidak dapat disingkirkan sebab kuasa rakyat lebih besar. tak perlulah tun M bersungguh-sungguh minta pm najib berundur, seolah tun M adalah kepala hakim yang boleh tentukan bagaimana keputusan hasil siasatan itu nanti. tun M selalu keluarkan kenyataan bahawa seseorang itu tidak boleh dihukum bersalah sehingga keputusan bersalah dikeluarkan oleh mahkamah. kenapa tun M begitu terdesak meminta pm najib berundur sedangkan soalan2nya kepada pm najib hanya tidak dijawab dengan baik? adakah jawapan tidak sempurna menandakan tuduhan2 kepada pm najib itu benar belaka? sesekali tun M bercakap bahawa tindakannya adalah demi rakyat dan parti umno. adakah ini benar semuanya? jika demi rakyat ada kebarangkalian benar sebab isu 1mdb melibatkan wang yang sangat besar! namun jika demi umno, nampak sangat pembohongnya. bukankah terkini tun M memburuk2kan umno, bukan sahaja di dalam negara malah sehingga keluar negara. apa yang disebut oleh tun M kepada WSJ dalam temuramah akhbar tersebut? ibarat yang boleh diambil daripada kata2 tun M ialah umno busuk hingga ke usus. sedangkan beliau masih ahli umno dan anaknya mukhriz adalah menteri besar kedah dari parti umno. merepek sangat tun M ni.
BalasPadamkesimpulan yang boleh dirumuskan daripada isu skandal 1mdb ialah pm najib dan kerajaan kena telus, berani dan berlaku jujur dalam penerangannya kepada rakyat berkaitan dana begitu besar (sebut wang rakyat). jika rasa sudah tersilap langkah, beranilah meletak jawatan dan berani juga bertanggungjawab atas kesilapan. bagi tun M pula, tak perlulah berlagak seolah 'kasparov' yang mampu mencatur kepimpinan negara. jangan bertindak melebihi had seolah beliaulah kepala semua ketua hakim yang tahu siapa salah, sedangkan perbicaraan belumpun berlaku. setakat ini, siasatan beberapa pihakpun belum selesai.
tidakkah tun M melakukan analisis bahawa tindakannya telah menyebabkan kestabilan kerajaan semakin goyang? tun M lebih rela negara rebah asalkan kehendaknya dipenuhi. tun M sebut bahawa pembangkang bukanlah alternatif terbaik untuk menjadi peneraju kerajaan malaysia, namun hakikatnya tindakan tun M membawa negara ke arah itu. apapun, terpulanglah kepada kuasa undi rakyat dalam pru14 nanti. apa salahnya mencuba sesuatu yang baru, betul tak?
Tun M dah tua.
BalasPadamSampai masa dia akan pergi.
Dia taknak apa dah.
Cuma cara Najib tak berkenan di Hati.
Apa Cerita tentang Najib mesti Melibatkan Wang.
Keluar dari Mulut Najib semuanya Juta2 Billion2.
Dan org mengata Najib pun pasal Wang Juga.
Rakyat Terbeban. GST penguatkuasaan yg lemah. Pengilang & pemborong ambik kesempatan untung berganda 6% hasil gst. Pengguna jadi mangsa.
Harga mampu Milik rm400,000 hilang akal Najib ni. Alamat takde lagi lah rumah bawah 200,000...
Kaya Sgt ka rakyat Malaysia?.
Berapa ramai pendapatan isu rumah bawah 3000? Dan belum punyai rumah?
Pembangunan tak selari dgn garis pendapatan RAKYAT.
Tak lama lagi jadi mcm Indonesia & philipina
Yang kaya bertambah kata
Yang miskin bertambah miskin.
Setuju banyak perkara, khususnya rumah. Kerajaan kena buat tekanan pada developer. Setiap projek mesti ade 50% rumah mampu milik mengikut spesifikasi ditetapkan bernilai RM150,000 dibandar dan RM100,000 diluar bandar. Seorang berhak satu sahaje.
PadamSalam,
BalasPadamSaya pernah berkhidmat dengan kerajaan sejak di bawah zaman tun razak hingga zaman tun mahathir. Saya dapati kedua duanya mempunyai visi yang hampir sama di dalam memajukan negara dan bangsa nya . Kedua duanya juga secara rasmi tidak menggunakan penasihat asing terutama yahudi . Sementelah yahudi adalah musuh allah , rasul nya dan juga umat islam. Sudah pasti mereka tidak akan berlaku jujur. Berbeda dengan negara jiran majoriti rakyat mereka bukan umat islam . Jadi tidak wajar jika kita jadikan mereka sebagai contoh . Tun razak dan tun mahathir hanya menggunakan pegawai kerajaan sahaja termasuk profesor dari ipta sebagai penasihat serta pembangunan untuk rakyat dan negara dan telah terbukti kedua berjaya . Untuk tujuan analisis dalam konteks jangka panjang kelangsungan bangsa, agama dan negara bolehlah kita tunggu dan lihat dalam tempoh sepuluh tahun atau dua puluh tahun akan datang kaedah tun razak dan tun mahathir atau kaedah semasa lebih sesuai untuk pentadbiran negara ini. Saya rasa inilah barangkali yang dibimbangi tun mahathir, bukan kepentingan politik peribadi nya . Allah jua yang maha mengetahui segala. rahsia hati makhluk nya .
Berhenti aje lah Najib, kepimpinan kamu dah tercalar, baik dari segi ekonomi sehinggalah ke bala dan malapetaka semuanya tidak diuruskan dengan baik, tidak cekap, tidak bersih dan tidak amanah.
BalasPadamApa masalahnya jika kepimpinan ditukar?
Umno ada timbalan, naib presiden, MT pun ada, susah sangat tengku razaleigh pun boleh!
Letak jawatan ajelah Najib, selesai masalah!