Khamis, 23 Julai 2015

Cina Ni Berjaya Meransang BAbiga..!


Layan...

Jangan Jadi Hipokrit

Tidak semena-mena bekas Presiden Majlis Beguam melatah, dengan membuat kenyataan media, mahukan saya disekat daripada bersuara, kerana terlalu perkauman katanya. Beliau menggesa Sinar Harian, agar berhenti kolum mingguan  saya. Siapa nenek kebayan ini untuk berbuat demikian? Jika orang lain boleh berkata apa yang mereka suka, kenapa saya tidak boleh? Ini zaman media terbukalah!Sila buat kajian mendalam siapa lebih yang lebih rasisnya sebenarnya? Saya atau ultra kiasu?

Apabila kita mempertahankan hak kepada yang berhak, maka itu dikatakan rasis. Apabila ultra kiasu bercakap apa sahaja tentang hak mereka. Itu dalam kategori hak asasi manusia. Pemikiran rimba apakah ini? 

Jika nak tahu pemikiran saya, marilah berdebat. Jangan buat tuduhan melulu. Saya hanya berkata benar. Jika saya perkauman sekalipun, itu lebih baik daripada memperjuangkan hak asasi tanpa had sehingga mahu menghalalkan LGBT  dalam negara beridentitikan Islam. Kenapa pula peguam sebegini boleh diberikan ruang bercakap, saya pula tidak boleh? Apakah agama yang beliau anuti menghalalkan semua ini?

Malaysia tetap Malaysia. Tidak ada Malaysia baharu seperti yang beliau canangkan, seolah ada Malaysia versi lama. Versi Malaysia lama macam mana? Talibankah? Apakah versi Malaysia baharu, perlu menjadi seliberal-liberalnya, tanpa ada jati diri tempatan, yang disebut payung anak watan atau Malay Canopy. Malaysia tidak boleh lari berindentitikan Islam dan Melayu sampai bila-bila. Jika ada percubaan untuk meliberalkannya, pasti ada orang yang akan bangkit menentang. 

Inilah sejarah sistem kenegaraan Melayunya. Jika mahukan kebebasan tanpa had, bukan di sini. Negaraku tidak boleh dicemari oleh unsur-unsur yang boleh mengundang murka Allah. Nanti bergegar rumah peguam itu jika berlaku gempa bumi. 

Kenyataan saya mengenai bercawat masuk ke rumah ibadat tidak ada langsung dalam tulisan saya di Sinar Harian. Tetapi kenyataan saya yang diambil oleh laman Web Isma, dan seterusnya dipetik oleh laman sosial ultra kiasu. Nyata sekali peguam ini tidak membuat penyelidikan, tetapi tuduhan semborono. Jangan jadi lawyer buruk. 

Kenapa tidak pertikaikan parti-parti politik perkauman yang nyata memperjuangkan kaum mereka yang lebih ekstrem, seperti Malaysian Malaysia. Kenapa saya sebagai individu yang menjadi sasaran? Hebat sungguh saya, walaupun selama ini saya sangka diri saya sungguh kerdil?

Biar saya jelaskan kenapa LGBT lebih bahaya dari perjuangan saya yang dikatakan perkauman. Perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagaan dan Rukun Negara. Kenyataan saya mengenai bercawat ke rumah ibadat, kerana ultra kiasu tidak pernah percaya kepada etika berpakaian ketika berurusan dengan premis kerajaan. Mereka mahukan jadikan pejabat kerajaan seperti rumahnya. Mana boleh.

Ahli parlimen ultra kiasu dengan bangga memuatkan gambar sekumpulan orang Iban berpakaian tradisi membuat persembahan di gereja dalam laman FBnya, sebagai menyahut cabaran saya sebelum ini. Dia sangka dia hebat. 

Akhirnya, gambar yang dimuatkan itu, makan tuan. Pengguna FB mengutuk beliau seolah-olah melabelkan begitulah cara orang Iban berpakaian ketika berurusan dengan pejabat kerajaan. Sedangkan, pakaian tradisi tersebut hanya dipakai ketika pertunjukan sahaja. Orang Iban tetap berpakaian sopan ketika berurusan dengan pejabat kerajaan. Ternyata orang Iban lebih bertamadun. 

Saya amat memahami kehidupan orang Iban kerana penyelia tesis kedoktoran saya adalah Profesor Iban yang bersifat terbuka dan kuat keIbanannya. Malah, saya memuji orang Iban kerana bangga dengan pakaian dan jati dirinya. 

Bukan seperti segelintir pemimpin ultra kiasu, mata sepet, rambut hitam lurus, berlagak menggunakan nama orang putih dan mewarnakan rambutnya. Kemudian lupa diri, bertindak lebih orang putih dari orang putih. Belajarlah daripada bangsa Iban dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang penuh identiti. Mungkin sebab itulah beliau tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sama seperti saya. 

Pejabat kerajaan adalah tempat urusan rasmi. Sama seperti mahkamah. Adakah mereka yang berada di mahkamah, termasuk peguam tersebut boleh berpakaian sesuka hati. Ada etikanya. Kenapa tidak memakai pakaian tradisi masuk ke mahkamah?

Masih ingat lagi ahli parlimen ultra kiasu yang saya sebut di atas, memakai baju-T belang-belang menghadiri sidang parlimen sehingga ditegur oleh ahli parlimen BN. Kita yang bukan ahli parlimen, ketika membuat lawatan ke parlimen, dikenakan peraturan berpakaian yang begitu ketat, paling kurang bertali leher. Kenapa ahli parlimen yang sepatutnya menjadi contoh memakai baju-T? Peliknya, tidak ramai yang sensitif.  

Kenapa peguam ultra tersebut dan ultra kiasu yang lain begitu berpakaian sopan ketika menghadap dan menerima anugerah pangkat dan kebesaran daripada Sultan? Bila nak dapat sesuatu, seperti pangkat dan harta, sanggup buat apa sahaja. Tetapi dalam hal lain, tidak pula. Nampak sangat hipokrit. Adakah orang sebegini boleh dipercayai?

Pada saya, kerajaan tidak sepatutnya tunduk kepada desakan perlu adanya etika berpakaian. Saya tidak kisah sangat jika ia berlaku di tempat awam. Malah di setengah tempat, mereka boleh bertelanjangpun. Tetapi hormatlah institusi formal seperti pejabat kerajaan. 

Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UNISZA

Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan:

  1. Nak buat camna ,dah keadaanya begitu . Mungkin ini dasar Negara kot ,bersesuaian dengan dasar transformasi PM.

    Kalau dah menjadi dasar ,kenalah terima hakikat.

    BalasPadam