Sabtu, 25 Julai 2015

Rusia Akan Veto..!


WASHINGTON: Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk membicarakan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine, mungkin berhadapan tindakan veto Russia, menurut seorang diplomat. Malaysia, Belanda, Australia, Ukraine dan Belgium sebelum ini meminta satu tribunal antarabangsa menyiasat insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) di timur Ukraine, Julai tahun lalu itu. Malaysia sudah mengedarkan draf resolusi itu dan meminta proses pengundian dibuat Rabu depan. 

Resolusi itu akan mewajibkan semua negara untuk bekerjasama dengan tribunal khas itu atau menghadapi sekatanNamun, diplomat itu berkata Russia dilihat kekal teguh untuk menentang resolusi itu dan kemungkinan menggunakan kuasa veto dimilikinya adalah tinggi. "Ia mungkin sukar untuk kita mencari titik persamaan," kata diplomat itu. 

Russia membantah draf resolusi itu dan mahu siasatan sekarang diselesaikan dahulu. Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada Julai 2014 dengan semua 298 penumpang dan anak kapal maut dengan termasuk dua pertiga daripada mereka adalah warga Belanda. - AFP 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan