Jumaat, 24 Julai 2015

Berita Ni Bila TV3 Nak Keluarkan..!


Ramai rupanya bercakap yang mereka sekarang sudah tidak lagi menonton berita di TV3..! Kenapa? sendiri mau ingat..! 

Jadi dalam perbualan tu ada pulak terpacul cerita...

Lester Melanyi mendakwa Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing menugaskan kepadanya untuk sabotaj Radio Free Sarawak (RFS) menjelang Pilihan Raya 2013.

Menurut Lester, yang menuduh Sarawak Report memalsukan dokumen 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Masing membuat permintaan itu dalam mesyuarat semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Bekas editor Sarawak Tribune itu mendakwa dia kemudian berjaya mencari seorang individu di London yang boleh mengganggu transmisi RFS, yang diasaskan oleh wartawan British kelahiran Sarawak, Clare Rewcastle Brown yang juga editor Sarawak Report.

"Saya meminta kepada orang ini, yang tinggal di London, untuk melakukan sesuatu terhadap stesen radio RFS dan memberitahunya bahawa James Masing akan membayarnya lumayan untuk melakukan kerja itu," Lester dalam satu temu bual eksklusif.

"Individu ini telah melakukannya terhadap RFS," katanya yang enggan menyatakan tindakan atau identiti orang itu, selain daripada mengatakan bahawa dia adalah orang asing yang menetap di London selama bertahun-tahun.

"Jika anda tidak boleh melakukannya di Sarawak, maka anda lakukannya dari London," katanya, merujuk kepada gangguan program Pstesen RFS di Sarawak.

Lester berkata gangguan itu telah menghalang RFS daripada dapat disiarkan di sepanjang masa kempen.

Tambah beliau lagi Masing tidak membayar sepertimana yang dijanjikan...

Betul ke? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. berbalik kepada isu pokok...tanya pada najib betul atau tak ada transaksi duit ke dalam akaun peribadi nya...tak payah la nak konar jauh2 sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit tuu sebenarnya ada kat aku .... tapi habis aku buat belanja raya .

      Padam
  2. "There was no tampering because we immediately did a digital fingerprint of the hard disk that contained over 400,000 emails and documents and secured it. What is in the discs we have given Bank Negara Malaysia, the police and MACC this week is the exact copy as the one Justo passed to us and he has said he did not do any tampering."

    Kali ni MASAK la ko NAJIB!!!!

    BalasPadam