Rabu, 17 September 2014

Masih Ada Masa Nak Bercakap Yer..!




Apa yang nak ditunggu lagi? gesaan kepada kehancuran Malaysia pun boleh diambil mudah..! Mereka mahu memecah perpaduan Malaysia pun masih tiada lagi tindakan diambil..!

Nak tunggu bila? nak tunggu sampai keluar Sabah dan Sarawak?

Lu FIkir La Sendiri!!!

MIRI 16 Sept. - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata cadangan supaya Sarawak dan Sabah keluar dari Persekutuan Malaysia adalah satu idea bodoh.

Beliau berkata, selepas 51 tahun penubuhan Malaysia, adalah malang masih ada yang cuba membawa cadangan tersebut.

"Mereka yang membawa idea tersebut adalah minoriti. Mereka bawa idea bodoh sedangkan majoriti rakyat mahu terus kekal.

"Selepas 51 tahun menyertai Malaysia sebagai rakyat merdeka, penduduk negeri ini sudah maju, percaya kepada diri sendiri, bangga dengan negerinya, kembali memperoleh maruah yang hilang (akibat kolonialisasi)," katanya semasa berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia ke-51 Peringkat Kebangsaan, di Dataran Kipas, malam ini.

Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir menyempurnakan majlis. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah antara kenamaan yang menghadiri majlis berkenaan. Adenan berkata, dari segi perubahan, rakyat negeri ini juga sudah mengalami pelbagai perubahan sejak menyertai Malaysia dari segi sosial, ekonomi, politik dan kemudahan asas.

"Melihat kepada kehadiran ribuan pengunjung yang memenuhi Dataran Kipas sempena sambutan perayaan Hari Malaysia, jelas menggambarkan betapa mereka cintakan Malaysia.

"Dalam tempoh 70 tahun, saya tidak pernah melihat ramai orang berkumpul di satu tempat. Malam ini mungkin 30,000-40,000 orang hadir memeriahkan sambutan.

Katanya, kehadiran beramai-ramai in adalah cara mereka merakamkan rasa cinta kepada negara, bangsa dan semua rakyat Malaysia. - BERNAMA

7 ulasan:

  1. Ringkas dan tepat jawapan Tan Sri Adenan Satem

    BalasPadam
  2. Nak buat macamana.PM lembik maka penguatkuasa pun sama lembik juga. Biar hancur negara Najib hanya akan kata Ada Aku Kisah?? Anak aku dah ada kondo mewah di USA bernilai USD 110juta dan isteri aku ada cincin bernilai RM 24juta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko masih nak fitnah cincin 24 juta tu rosmah punya. bukankah sudah ada pencerahan oleh pihak yang membawa cincin tu masuk ke malaysia. kalaupun ko tak suka rosmah, benci najib, biarlah dengan fakta, bukan auta. fitnah ko dibaca oleh begitu ramai manusia, sanggup ko tanggung dosa sebegitu banyak?

      Padam
    2. Tanpa nama 9.08pm tu takut apa dengan dosa .... kalau dah ahli Pengikut Ajaran Sesat , buat lah apa yang dia suka , katalah apa yang terlintas di kepala , lihat lah apa saja yang di depan mata , makanlah apa yang di hidang atas meja .... tak jadi hal sebab dijamin masuk syurga ..!!!!

      Padam
  3. Di zaman Tun M..... berani dia berketik? Ultra Malaya .... tapi melayu termasuk pm .. mudah lupa .. di beri kuasa... laksanalah... jangan dah huru hara dan tahap benci antara kaum meningkat ... ahhhhh boring cakap pun tak guna.

    BalasPadam
  4. Semua BABI tamak punya kerja..

    Singapork dah sempit

    BalasPadam