Rabu, 3 September 2014

Mat Taib Cuma Penyapu Recond Jer..!


Tak ramai orang yang berupaya memiliki duit sebanyak ini..! Jumlah tu yang dapat ditahan dan ditangkap..! Yang tersimpan, tersepit, tertanam, terbenam, terpinjam, terperam mungkin kalau ditahan mesti jumpa...! itu pun kalau kat Australia laa..!

Rupanya sekadar penyapu lama yang diperbaharui jer..! kira penyapu recond ler..!

Baca petikan dari .agendadaily.com/

Layan...

Jika Tan Sri Muhammad Mohd Taib tak berapa perasan Subky Latif, dia bekas pengarang Utusan zaman Tun Razak dan masuk PAS tidak lama lepas Perdana Menteri kedua itu meninggal dunia.
Sejak itu hingga kini, beliau merupakan 'hujung tombak' dalam gerakan propaganda PAS terutamanya melalui tulisan.
Pengasas akhbar Harakah dan kolumnis yang 'berjihad' melalui tulisan dalam PAS. Perngaruhnya dalam PAS bukan calang-calang dan jika Mat Taib nak cuba, bolehlah...
Berikutan kenyataan Mat Taib baru-baru ini kononnya PAS akan rugi besar jika keluar Pakatan Rakyat (PR) Subky pada Rabu menulis dalam kolumnya di Harakahdaily membidas 'penyapu baru' PAS itu.
Kata Subky, jika PAS terkeluar daripada PR atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
"Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja," tulisnya.
Menurutnya, sebahagian daripada undi Melayu masih bersama UMNO. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.
"DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu UMNO memang tidak menyokong DAP.
"DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.
"Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri," sindir Subky.
Jelas Subky lagi, punca semua masalah ini adalah Langkah Kajang yang disifatkan beliau bukan sahaja hendak membuang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi juga "sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan."
Subky yang pernah jadi calon PAS lawan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kubang Pasu dalam pilihanraya umum tahun 1999, dengan sinis memberitahu, PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah.
"Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya," katanya.
Mengenang semula sejarah lama, kata Subky sebelum PR wujud, "semasa Anwar masih dalam UMNO, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan.
"Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.
     
"PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ,"kata beliau.
     
Itu semua menurut Subky, adalah minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.
     
Beliau mengakhiri tulisannya dengan penegasan bahasa PAS tidak berganjak daripada PR.
"Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya..."katanya.
31 Ogos lalu, Mat Taib sahaja yang kini ahli PAS secara terbuka mengingatkan parti itu 'nyawanya' di Selangor banyak bergantung kepada pengundi Cina.
Menurutnya jika PAS keluar dari PR parti itu akan kalah 10 kerusi Dewan Udangan Negeri di Selangor jika pilihanraya diadakan.
Pada pilihanraya umum ke 13 PAS menang 15 kerusi di Selangor yakni sama banyak dengan DAP.
"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi,"katanya.
“Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya negeri di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi),” katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam.
PAS berulang kali mengatakan mereka akan kekal dalam PR, walaupun beberapa pemimpin PAS pro Anwar yang digelar Anwarinas cuba mengertak-gertak kononnya ada usaha peringkat tertinggi dalam PAS mahu keluar daripada PR.
PR merupakan gabungan pembangkang yang dibentuk selepas PRU ke 12, gabungan sebelum itu Barisan Alternatif (BA) 'hancur' kerana DAP menarik diri selepas kalah pilihanraya.-3/9/2014

Lu FIkir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. ..dulu kini dan selamanya subky dan pas mmg bangang.. taqbir!..

    BalasPadam
  2. Militan dalam PAS macam mana? DAP tak takut ke?

    BalasPadam
  3. Dah berapa JUTA agaknya si ANJING KURAP ni dpt. dari PENDATANG-PENDATANG TAUKEH-TAUKEH KANGKANG BABI?!

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam