Ahad, 7 September 2014

Menteri Undang Undang Pun Pertahan Akta Hasutan..!


Syabas Menteri yang menjaga Undang Undang..! pertahankan apa yang telah lama kita pertahankan selama ini..! 

Pastikan NUCC @ MKPN yang dikendalikan oleh Menteri Kurup@Kurap itu juga boleh disabitkan keatas Akta Hasutan kerana telah menimbulkan pelbagai masaalah dan salah tanggapan..!

JOHOR BAHARU: Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dalam masa terdekat walaupun mendapat desakan sesetengah pihak supaya akta tersebut dihapuskan segera, kata Menteri di Jabatan Perdana, Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata, akta itu masih penting dalam menjaga keselamatan, keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini memandangkan kerajaan memerlukan masa dan kajian terperinci dalam merangka draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.

"Memang Perdana Menteri sudah menyatakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi kerajaan tidak akan memansuhnya sehingga ada akta gantian.

"Setakat ini kita belum merangka draf Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 walaupun ada pihak mendakwa kita sudah merangkanya dan akan dibentang (di Parlimen) tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar literasi undang-undang "Wanita Bistari Masyarakat Bahagia" di sini, Ahad.

Nancy berkata, kerajaan menerusi Jabatan Peguam Negara sedang bekerjasama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk mencari input dan maklum balas daripada masyarakat bagi menghasilkan kandungan yang diperlukan dalam membentuk rang undang-undang itu.

Beliau berkata, rang undang-undang tu selaras dengan aspirasi Najib yang menekankan aspek perpaduan dalam kalangan rakyat sekali gus menjadikan rakyat sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Bagaimanapun, dengan pelbagai kesalahan yang semakin berleluasa menerusi media sosial ketika ini, semakin sukar untuk kerajaan menyiapkan rang undang-undang itu dengan segera dan ia merupakan cabaran besar kepada mereka yang terlibat dalam penggubalan akta baharu itu, kata Nancy.

Sementara itu, tentang seminar berkenaan, beliau berkata, ia merupakan usaha baik dalam menyedarkan wanita tentang isu rumah tangga, keluarga, peranan setiap individu serta masyarakat apabila dilanda masalah kekeluargaan.

Seminar anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu juga, katanya, amat penting dalam mendedahkan wanita tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan kepada mangsa kes kegagalan rumah tangga.

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Itu hanya pandangan Menteri. Yang berkuasa dan tak nak dengar cakap orang ialah Ah Jib Gor @ Poo Kee Mak.

    BalasPadam
  2. Jangan sangka Najib tak tahu apa-apa.... dia sedang membina momentum untuk bergasak dengan pelbagai pihak. Cuma cara Najib bukan cara "budak manja" seperti yang digambarkan oleh Nik Aziz kepada PKR.

    BalasPadam
  3. berapa banyak kepala babi dah campak dalam masjid...najib tak bergasak pun....tunggu org melayu gasak umno bila pilihanraya nanti...baru tau langit tinggi rendah...itu jam tido pun tak senang...seloka pantun dah tak guna lagi.

    BalasPadam
  4. jangan buat tak tahu..terdapat pengerusi rukun tetangga jabatan perpaduan menjadi talibarut pembangkang utk menghancurkan umno..

    BalasPadam
  5. Bila lagi Melayu mahu membuka langkah menentang Najib yang dilihat terlalu baik disebalik senyuman yang amat berbisa. Bolehkah kita mula mencari siapa bakal pengganti beliau dalam masa terdekat atau jika tidak berpakat lah semua melayu Pekan untuk tidak mengundi Najib dalam pru14 nanti . Biar dia hanyut dan tidak boleh lagi dilantik menajdi PM walaupun beliau Presiden Parti Umno

    KIta tidak mahu sebarang tindakan yang menjadikan menang negara tergadai

    BalasPadam