Selasa, 9 September 2014

Pelajar Malaysia Terperangkap Dalam Banjir Di India..!


Mohon bantuan sebarkan...

Kepada semua pelajar Malaysia di India,

Dipohon sesiapa yang berhasrat hendak melakukan perjalanan ke Jammu & Kashmir atau ke tempat-tempat yang berisiko diminta MEMBATALKAN hasrat tersebut kerana kawasan tersebut telah diistyharkan sebagai "National Disaster" oleh Kerajaan India.

Seramai 10 orang pelajar perempuan dari MMMC Manipal masih belum dapat dikesan yang terperangkap di Phalagam. Manakala 19 orang lagi terperangkap di Sri Nagar. Mohon 5 orang pelajar yang sepatutnya balik pada hari ini dapat mengemaskini status masing-masing.


Berikut adalah nombor-nombor Talian Bantuan untuk dihubungi;

Helpline numbers:

Flood Control Room No -
New Delhi J&K House (011)-24611210 and 24611108
Srinagar-0194-2452138
Jammu-0191-2560401

Home Ministry Helpline: 011-23093054, 23092763, 23093564, 23092923, 23092885, 23093566, 23093563

Sekian.

Sementara itu dilaporkan...


NEW DELHI: Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai, Tamil Nadu sedang membantu 29 pelajar perubatan Malaysia yang terkandas di Jammu dan Kashmir akibat banjir.
Konsul Jeneral Malaysia, Chitra Devi Ramiah berkata, pelajar berkenaan ke negeri berkenaan sempena cuti semester mereka.
"Kami telah menghubungi mereka melalui media sosial, rakan-rakan dan sesetengahnya secara terus. Kesemuanya selamat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Isnin.
Beliau berkata pelajar itu, yang terdiri daripada 13 wanita dan 16 lelaki, terkandas di Srinagar dan Pahalgam.
Mudah mudahan semuanya selamat...!
Lu Fikir La Sendiri!!!

1 ulasan: